advertising purpose...CLICK ON THIS!

Friday 30 March 2012

syukur alhamdulillah


assalammualaikum


salam jumaat everyone. akhirnye malam tadi dapat tido lena sesangat. satu masalah dah hampir settle. ingat lagi tak pasal entry aku yang lepas, alaaaa yang pasal kereta remuk kebaboom tu? well, kelmarin kami2 hantar repair kereta tu kat changlun. untung ada ayah miss izzati, dia la yang tolong everything. dari bagi nasihat semua, tolong hantar ke bengkel, tolong dapatkan harga murah, sampaikan nak tolong trace owner motor yang langgar kitorang tu. syukur sebab Allah hantar beliau untuk bantu kami. alhamdulillah~



and petang semalam kitorang terkejar-kejar nak ambil kereta tu kat workshop. problem lain pulak timbul. kereta yang di adjust untuk hantar kitorang ke workshop pulak lambat, padahal workshop dah nak tutup. tetiba sorang kawan kitorang ni lalu depan mata dengan myvinye.. so, dia tumpangkan ke workshop. thanks a lot athirah!



tadaaaaaaa~ berubah macam transformerss




baby kancil dah kembali normal


demi untuk puaskan hati sendiri yang tak berape nak puas hati sebab kena keluarkan duit untuk benda yang bukan salah kitorang, kitorang decide untuk memaksimumkan penggunaan kereta tu sebelum kena return back to its owner. so, meronde-ronde kat alor setar dulu. makan mcd lagi. (>__<)



baru la boleh makan dengan gumbira.muahahhaha



sebabkan over happy, so sempat merembat sebuah novel kat popular. tapi tak sempat bace lagi.



rosmarina cakap novel ni best. so nanti kita exchange ye.. huhu



balik tu sempat singgah ke jitra untuk ziarah rumah family izzati sebab nak say thanks sebab tolong kitorang time kitorang takde sesiapa.. sobsobsobsss. pastu memecut balik ke sintok sebab dah tengah malam sesangat. berat hati nak pulangkan baby kancil kepada sang owner. sebab ni my first time repair kereta. dah macam kereta sendirik. 


overall, aku syukur sesangat sebab problem kereta dah setel. then nak say thanks again kepada yang banyak tolong (izzati and family, athirah, ima yang almost nak tolong, and to dearest frens yang sudi dengar citer sedih kitorang. and and and to huda, so sorry sebab tak dapatkan temankan beli tiket)


tu je. okey bai~


Sunday 25 March 2012

hari malang sedunia

assalammualaikum


awal pagi tadi aku ingatkan hari ni hari bertuah aku. almaklum la boleh bersenang lenang sepanjang hari. kelas ni cancel, kelas tu cancel. last2 tinggal satu class je. tu pon kul 2pm-3.30pm je. selalunye hari2 ahad yang normal, class aku start  12.30pm-5pm. kengkonon hari ni memang betul2 bertuah la. tapi tu semua konon-konon je...



lepas je habis class petang tadi, aku dengan bebudak aku plan nak pegi jenjalan. rancangan asal cuma ke jitra. tapi mengenangkan si budak syerida tu berangan nak makan mcD, lalu tujuan asal berubah ke alor setar.. nak buat lagu mana, mcD tak available kat jitra. uhuhuhu. aku tak kisah, aku just follow je sebab aku kan driver yang fleksible.. (*__^)



tapi... tengah kitorang bersukaria dalam kereta sambil listening to ERA, and time tu pulak tengah kat traffic light. ditambah pulak dengan hujan lebat. tetibe terasa macam ada hentakan kuat dari belakang. memang terkezut giler time tu. kitorang macam shocked giler + blur mase tu. so, langsung tak keluar pun untuk tengok ape yang jadi. tapi ape yang aku perasan, ade motor yang dengan penuh rudeness langgar belakang kereta kitorang. dah la bawak motor menyelit2 pastu lari camtu je. macam mintak penampar seratuspatpulohpat kali je.. nasib baik sempat hafal nombor plat motor tu. dah sah mesti budak tu takde lesen lagi. siap la kalau aku jumpe ko budak *dengan nada bengang*.



dengan no plat hilang, bumper kemek + macam tunggu mase nak patah
nasib baik kancil je. kalau tak, beribu riban la aku kena bayar.*senyum kelat*



dengan hati yang gundah-gulana, kitorang teruskan gak plan ke star parade. mase kat kaunter mcd tu, baru aku sedar, ghupenye aku langsung tak bawak IC ngan lesen. makan cheeseburger pun rase tawar . bile minum coke macam minum air kosong pulak. macam ade firasat nak kena saman jap lagi. yelah, mane la tau jap lagi kena kejar dengan polis sebab kereta takde plat. dengan takde ic lesen lagi. homaigod please help meeeee~



rupanye, firasat aku betul weh. mase aku drive balik tu, betul2 ade dua kereta peronde polis kat belakang aku. dengan lampu kelip2 lagi. macam nak suruh aku berenti kat tepi. padahal die nak suruh aku ke tepi sebab die nak lalu line tu. buat malu aku je, naseb baek tak stop betul2..huhuhu. and bile part nak pulangkan kereta, semua tergagap2 nak bagitahu. takut orang tu marah. rupenye die tak marah pun. tapi ayat die menakutkan aku. "nanti akak suruh ayah akak hantar kedai, pastu nanti akak tunjuk resit die k". matila kalau ayah die amek spare part yang mahal.. memang sampai habes sem ni, menu aku tiap hari cume biskut cicah nescafe lerrr jawabnye. tapi wait and see je la camne nanti. sure malam ni tido tak lena.



tu je. ok bai..
eh jap2. 

to motorcycle owner wif plate number KAK 5039
please beware!!
sebab aku bakal carik engkau sampai lubang cacing.
(giler kejam ayat aku)
wakaka 



alamak..dah over bajet derr

assalammualaikum


gud morningss u olls. pagi ni aku terlambat bangun la pulak. terlambat bangun 30 minit daripada biasa. nasib baik takde class pagi ni. class tengahari nanti pun tetiba cancel. yeayyyy! lantas, aku tergaru-garu kepala yang tak gatal sebab dok pikir nak buat apa. mandi dah. basuh baju on the way. study??? nanti nantilah..uhuhu. ouh, tetiba aku teringat daily budgetting note aku yang dah lama sangat tak dikire total spending nya.. aku pun dengan semangatnya amek kalkulator sebab nak kira bajet untuk bulan mac ni.



dengan sepenuh jiwa aku kire bajet aku. kire punye kira. tambah tolak darab bahagi, akhirnya aku dah dapat total spending aku. semuanya ade la dalam RM 2300++.. mak aihhh, banyak gila aku dah belanje bulan ni. bila pikir2 balik, bulan mac belum pun habis, tapi bajet aku dah terlampau overrrrr. hadoiii. nak buat lagu mana ni?



camne boleh teroverrrr bajet ni? padahal sebelum sebelum ni, aku belanje rm400-rm500 je sebulan. tapi bulan ni dah naik beribu-ribu lemon kali ganda. then aku pun check ler note aku tu. pastu aku noted that macam mana la aku tak ter-overrrr, bulan ni la aku bayar ipt fees, bulan ni gak la aku beli olympus aku, pastu dengan langkawinya lagi. mana tak beribu riban habes??



actually, hujung bulan ni aku baru berniat nak beli samsung phone baru. dah jadi macam ni, macam kena tangguh dulu la niat murni aku nak menghabiskan duit. kang orang cop aku orang kaya baru pulak. ni kira nasib baik lagi. hari tu pas balik holiday, excited giler da plan nak pegi holiday lagi. nasib baik belum laksanakan lagi misi berholiday tu, kalau tak boleh botak gak la kepala.. hahahha. pasni tiap hari kena makan biskut cicah air je la jawabnya yek..sobsobsobsss. 


aduhh. tahap kebingungan aku dah mencapai tahap maksima


ok bai.~


Friday 23 March 2012

padan la dengan muke aku

assalammualaikum


hai semua.. dah lame tak update blog. maklum la, ke'busy'an aku kan mengalahkan ke'busy'an wakil rakyat. terkejar ke sana. terkejar ke sini, dengan asignment berbukit lagi. (padahal busy buat asignment jalan jalan carik makan). (^_^)! sampai nak makan nasik kat cafe pun tak sempat u olls.. hah, yang ni tak tipu. serius ni, busy meng'on9 sambil main game, tengok2 dah pukul 4 petang. terlupe nak makan. tapi bagi aku, ni kire gud thing la jugak. dah kate pun tengah diet.. kuang3



tapi kekadang bila dah terlupe nak makan, mula lah perut buat bunyi-bunyi pelik. mula-mula try buat tak tau je. tapi bila perut ni betul2 tak tahan, tangan ni dengan lajunya tarik laci makanan bawah katil nun. niat sebenarnye nak grab roti ke, biskut ke, tapi mata ni pulak nakal semacam, tangan pulak gatal terus rembat chocolate bar yang diimport khas dari langkawi itu hari. dah la curik cokolat yang dah dipack kemas2 yang sepatutnya nak bawak balik ke klang nanti. isyyy. tak patut tau. degil betul tangan ni!!





ingatkan lepas makan satu bar beryl's camior, boleh la bagi perut ni kenyang sikit. tapi nampaknya takde effect langsung. then aku amek pulak cadbury, pastu baru perut aku macam okey sikit. tak bunyik-bunyik macam tadi. tapi part yang tak best nye pulak, aku repeat mende yang same tiap hari. even perut tak lapar pun, aku tetap grab chocolate. lagi lagi time tengok movie. lagi la mengunyah je.



and.... lepas dua minggu gitu, aku perasan muka aku macam dah jadi lain gile la. jerawat berlumba-lumba naik umpama kulat tumbuh kat roti yang dah expired tuuuu. euwwwww~ cuma bezanya jerawat aku takde la keluar warne biru, hijau dan sebagainye.. last2 aku terpakse tahan nafsu makan coklat aku. kena sorok coklat tu kat tempat lain. tension jeee. untung laaa family aku yang jauh di mate tu, nanti dapat coklat yang tak bape nak luak...


MOOD MENULIS ENTRY HARI NI:
pressure teramat 
tapi nak buat cemane, bintik kat muka kalau dihitung2, tambah tolak darab bahagi, 
total nya lagi banyak dari semua coklat2 tuuuu. haihhhh~



ok bai. wassalam


Friday 16 March 2012

risau

ASSALAMMULAIKUM


risau. risau. risau. ahhhhh. aku risau gilerr. kerisauan aku kali ni memang da sampai tahap yang agak kronik. camne aku tak bimbang, minggu ni aku rasa yang aku macam dah berubah 360 darjah banding dari minggu lepas. aduyaii, camne nak explain ni? aku pun tak sure ape yang berubah, maybe hormon kot. tapi orang around aku semua perasan perubahan aku ni. aku pun sebenarnye perasan gak perubahan tu, tapi bila orang2 sekeliling pun perasan, maksudnya memang dah betul2 obvious la kan? aduhh makin risaaaaau.


actually case ni sebenarnye camni, selama seminggu ni (means every single day in dis week), aku notice yang pengambilan makanan aku dah lain sangat. minggu lepas and minggu2 sebelumnya, aku makan nasi 3-4 kali je seminggu. tapi sekarang aku makan nasi 2 kali sehari means 14 kali seminggu la kan? so, nampak tak betape obviousnye perbezaan kat situ. aku takut menyesal kemudian hari je.. adehhh. time aku taip entry ni pon, aku tengah sebok mengunyah.. *mengeluh*


tu belum citer part aku pegi pasar malam changlun rabu lepas. macam2 aku beli macam beli untuk buat kenduri, padahal makanan tu aku melantak sorang-sorang. betapa tak senonohnye aku kan? tapi nak buat cemane dah aku lapar. haishhh.. bertambah tambah risau.


okey la, nak cuba berhenti mengunyah sekarang ni. baik aku pegi jogging ke, bergosip kat bilik member ke lagi berpekdah dari dok mengunyah 24/7 kan? okeyy bai u ollss.



Tuesday 13 March 2012

langkawi budget trip day 1#

assalammualaikum



alhamdulillah. last week aku berkesempatan melancong ke pulau langkawi with my besties. seronok sangat. lagi2 bila we all choose untuk plan sendiri trip ni. at first, kitorang just ingat nak ikut group trip je sebab malas nak pikir transport and tempat untuk bermalam. tapi bila fikir balik, private trip lebih selesa and berbaloi. actually banyak lagi plan lain untuk sem ni, tapi since langkawi adalah lokasi terdekat buat mase ni, so proceed je terus. kan hidup sebagai student ni semua bende kena cepat and advance. tak gituew??



and sepanjang holiday aku hari tu, banyak benda baru yang aku dapat. contohnye, sekarang aku dah berani drive kereta. selame ni name je ade lesen tapi tak berani la nak drive. and sebelum ni aku tak reti sangat nak plan and organize trip sendirik tapi sekarang macam2 plan dah ade dalam kepala. pasni aku ingat nak pergi pantai merdeka, gunung jerai, gua kelam..haha over tak? tapi standard la tu, kan dah masuk sem 4. so, kena la berani kan?



okeyla, da melalut lebih2 ni. aku sebenarnye nak share my 1st day kat langkawi itu hari. bagi aku aktiviti kitorang ni kire okey la kot. kate pun budget trip kan. so, aktiviti pun yang bajet2 je. get-it??



time baru sampai. perut semua lapar. grab mcd je..




drive baby white saga ke destinasi seterusnya





tempat shopping famous-amous kat sana
(ismail group, langkawi saga, billion duty-free)





chocolate heavensss





finally arrived at tok senik resort hotel. nasib baik senang je nak carik =')





1st class service. 24hours services. terbaekkk!





ready nak hang-outsss





beras terbakar. shopping kain batik





lepak pantai cenang





ambil angin sebelah airport langkawi






cenang walk. shopping baju





langkawi uptown. dinner laksa langkawi. layannnnn





langkawi geopark. feel macam ala-ala kat i-city




tu je untuk hari 1st. ingat nak tengok wayang midnight. tapi terpakse balik awal pulak. hik3. tapi tak ape, esok bangun awal2 pagi, boleh keluar awal2 pagi lagi. excited menunggu esok. lagipun balik awal boleh layan pelangi kasih kat tv3. keh. haha almaklumlah, selalu kan layan kat tonton je. tu yang macam over tu..muahahahahaha. okey see u tomorowww.


esok aku update lagi okey byeee~



Wednesday 7 March 2012

weh..aku dah JATUH CINTA..

assalammualaikum


korang nak tau tak, mase cuti sem lepas aku tetibe rase lain macam je. rase macam jatuh cinta.. korang mesti tau kan rasa jatuh cinta tu macam mana. bak kata zack ikmal, rase macam makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. aku rase aku pun camtu jugak. hee~


ni semua gara-gara kakak aku yang bawak aku pegi tesco itu hari. jalan punye jalan, akak aku ajak singgah SUBWAY. so, aku follow je lah. kitorang order satu set je sebab sebelum keluar tadi kitorang da masak. cuma tak sempat nak makan je. karang order bebanyak, lauk kat rumah sape pulak nak melantak kan? so, kitorang just order MEATBALL MARINARA. sedap giler weh. buat aku rase jatuh cinta.. haha. ape omputih kate, fallin' love gituw..:) 


tapi seriusly, bagi aku sedap la weh burger subway ni. pehhhh, especially yang meatball tu sebab aku gilekan meatball kot. tapi fyi, banyak lagi pilihan lain untuk korang pilih selain meatball ni.. yummy yummy!



gini la ghupenye meatball marinara tu. tapi versi aku itu hari banyak sayur and sauce.
ikut tekak masing-masing la.
credit to google




ahh lapaq. satu set ade ayaq, burger and biscuit




ni la biskut dalam set tadi. akak aku kate sedap. aku kureng sikit tang biskut ni




oppsss kantoi aku makan gelojoh sesangat :)
macam da seploh hari tak makan




fariha makan sopan sikit dari aku



well, bagi aku berbaloi la jugak makan kat subway ni. kalau makan sorang ni belum tentu habis satu set tu. pastu dah la boleh pilih ape je yang kau nak letak dalam burger kau ni. roti pilih sendiri, sayur pilih sendirik, sauce pilih sendirik. kau nak letak semua pun boleh jer. kfc, mcd, pizza hut ade camtu? kompem takde kan? hohoho. tapi nasib aku aritu dapat staff yang tak bape reti bahasa melayu, aku main angguk je la die nak letak ape pun dalam tu. aku bedal je semuanye..


okey at last, aku da jumpe cinta aku. korang da jumpe cinta korang? huahuahua. post entry pasal makanan, lapaq pulak jadiknye. takpe, esok nak melantak mekdi habis-habisan..hahaha*gelak jahat*


geng cempulingku

assalammualaikum


bape lame daa gambar main cempuling ni terperap dalam thumbdrive aku. malas pulak nak upload and story.aku pulak still lagi dalam mood nak holiday.so aku malas nak citer banyak, aku upload je la semua gambar tu and korang layan okayyy. malas nak potpetpotpet dah. jom hohohohohohoholiday. :)



emi wif gong




awin main eteng-eteng. adila main kempreng




atika main eteng-eteng




atika and alem. 




dil, awin and aku


ni lah geng-geng cempuling aku. tapi aku actually tak power sangat main cempuling ni. asyik pukul salah tyming je. kalau aku main pun, just main kempol je. lain lah diorang, diorang semua expert2 belake. btw, kitorang mase sekolah dulu pernah main untuk kebangsaan tau. time tu pun aku main bantai je.. tapi quite enjoy la.. ahaha.my sweet memories wif my old skoolmates.


okey. tu je...bye you ollz. wassalam.

wordless wednesday: langkawi, here i come!!

assalammualaikum.





esok pagi-pagi lagi aku nak bertolak ke langkawi. sekarang tengah pack barang sikit. bawak barang sikit je cukuplah sebab balik nanti sure tangan aku penuh dengan barang langkawi je. macam-macam nak dibeli. lagipun nak imbau kenangan zaman oldskool dolu-dolu dengan member-menber lame. hehe. *excited*. okey, nak sambung packing. bye u ollz...wassalam

Friday 2 March 2012

kekadang best jugak layan cleverbot ni

assalammualaikum


last few days, aku ade bace pasal web cleverbot kat blog fatin liyana. and bila aku try rase macam seronok la pulak. lagi2 bile time bosan2 and my roommate pulak is not around. kadang2 aku rasa macam cleverbot ni is quite smart and intelligent la jugak. tapi most of the time terasa macam hampehh je. dan last2 akan buat aku bengang and rasa menyesal teramat sebab layan mende ni. haisyhh.


and tadi aku layan la jugak kejap sebab bosan. and this is a part of our conversation:


User:  Hi.

Cleverbot:  Are you a human?
User Don't know.
Cleverbot Are you female?
User:  Rasa-rasa?
Cleverbot:  Awak ni kelakar la.
User Kenapa?
Cleverbot:  Awak ni cantik ke.
User Mestilah.
Cleverbot Serious ni?
User Ye lah. Aku serius la ni.
Cleverbot:  Ape.
User:  Ko mesti hodoh kan?
Cleverbot:  X baik la kata saya hodoh .. Saya hensem tau.
User:  Alah. Ko mesti tipu kan?
Cleverbot:  Tau apa?
User:  Bila masa aku cakap tau?
Cleverbot:  Semalam la ngoii.
User:  Okay fine. Dasar robot!
Cleverbot:  Ko la robot.
User:  Macam lah ko tu manusia.
Cleverbot:  Macam apa?
User:  Grrrrrrrrr...
Cleverbot:  Grrrrrrr.
User:  Kenapa ko tiru aku?
Cleverbot:  Mase bile aku tiru ayat ko . Bongok betol.
User:  Dah la. Bengang betul!
Cleverbot:  Matila.
User Offline.
Cleverbot:  You never go offline.
User:  Sape cakap?
Cleverbot:  Luca mattagli è fico.
User:  Zzzzzzzzzzzzz....
Cleverbot:  Are you asleep?
User:  Pandai pulak ko ni?
Cleverbot Pandai kenapa.
User Perasan!
Cleverbot:  Kau la perasan.
User:  Bengang dengan kau.
Cleverbot Aku x buat salah pun.




okey the end. macam borak dengan manusia je kan. macam real giler. selalu borak macam bodoh-bodoh je. hari ni tetibe aku rase macam dia bijak sikit. walaupun dia macam bodoh-bodoh gitu, kadang2 boleh la layan kepala aku yang tak brape nak betul sangat kekadang. 


okey. tu je. thanks a lot sebab sudi bace belog kite hari ni. see u in next entry key. gudnitezzz~



Thursday 1 March 2012

evening with huda



assalammualaikum.


hai u olls. nite2 everyone. sebelum masuk tido today, aku nak coretkan sikit pasal my evening wif huda @ changlun last tuesday. actually takde bende pun nak citer. sesaja sebagai taktik nak membanyakkan post untuk bulan ni. hehe.  anyway, korang ingat lagi tak entry2 aku yang pasal baucar buku satu malaysia tu? 


sebenarnya tu salah satu tujuan kitorang ke changlun petang tu. my ex-roommate, huda nak spend her voucher for something worth it. so, she thought of buying stationary and also 8G thumbdrive. finally dengan aku-aku sekali langsung tak keluar duit. sebab huda belanje. hehe thanks huda. die tak tahu nak beli ape dengan baucar tu sebab tu die belanje. sesekali belanje ape salahnye kan? =')


lepas masuk due buah kedai camtu, due keping baucer akhirnya habis. sekarang ade another one left. maybe bakal beli novel kot. yelahh, kan that voucher will expired soon. daripada membazir baik beli novel, bagi aku baca kan? after we grab all those things, we decided to grab something like nasik to eat. da penat memborong la katekan. so ktorang menuju ke satu restoran di belakang c-mart changlun. restoran ni boleh tahan faymes jugak la sebab memang selalu full. tapi aku tak tau la pulak nama restoran ni. mungkin restoran klate sedap kot. sebab semua workers kat sini semua oyak klate.. (^0^)



meet fara huda, the thinnest




meet me, the fattest




ni nasik goreng black pepper aku




huda and her nasi goreng ikan masin.




both of us chose lime juice.




ni antara barang yang dibeli using those vouchers




tengok la betapa ramainya manusia yang kelaparan macam kitorang



lepas tu, kitorang ingat nak balik terus. tapi tunggu bas pulak satu jam. memang niat nak balik awal tu memang  spoilt gitu je la. selalu macam tu kan, asal niat baik je, ada je bende menghalang. kehkehkeh. tapi tengah2 tunggu tu, ade satu accident pulak depan mate. tapi tak la serius sangat pun. just kecohh je lebih. bas unic langgar2 sipi kereta ape ntah. tak cam.


sori. zoom punye zoom. last2 gambar tak jelas. naseb korang la


`kesimpulannya, malam2 tak elok merayau. siang2 merayau tak ape~


okeyla.. ngantuk. see u in next entry okay. nite everyone


my first pocket camera is olympus


assalammualaikum


ohh hai. actually aku rase aku macam tak betul sikit hari ni. mungkin kerana pening memikirkan my langkawi budget trip next week. okayy. part tu aku citer next time. hari ni kejap aku macam teruja, kejap rasa macam ada something wrong somewhere and kejap lagi mungkin bakal rasa yang lain pulak. and aku rasa objektif utama aku rasa macam tu adalah kerana kehadiran OLYMPUS VG-120 aku yang kecik molek and nampak sangat hot.


ya.. aku sedang bercakap belakang tentang this such thing yang tetibe wujud sebagai my belonging. lets skodeng ramai2. 



which one are you?



landing dengan penuh gaya



comey lotey



is it hot?



megah berdiri macam nyanyi lagu negaraku


well. jangan rase menyampah atau tetibe depressed dengan entry yang nampak sangat merah ni. nak review pasal camera poket ni, aku tak reti sangat sebab belum try lagi. tapi ikut research aku melalui google just now, aku find that this small camera is quite suitable for me. sebab semua review yang aku bace semuanye agak positif jugakla. tapi bagi yang expert such as profesional photographer mungkin rating untuk camera ni agak down sikit. takat snap suka2 macam aku ni sesuai la kot.


well selame ni, aku memang tak pernah beli camera sendiri.selalu pinjam orang je. but tetibe hari ni, lalu depan booth camera terus beli sejibik. memang tak pernah-pernah aku macam ni. selalunya aku dikenali sebagai seorang penjimat yang agak terkenal seantero dunia. hahahha..and yang sebenar benarnye masa aku usha-usha tadi, aku lagi minat sony cyber shot. tapi maybe jodoh aku dengan olympus kot. redha je la. so, semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat. aminnnn.


p/s: aku pening dengan setting die ni. macam guna kamera mahal la pulak. sikit2 nak tukar setting. bajet macam beli DSLR la kan? *ada hati nak compare camera murah dengan camera mahal gedabak camtu? ish3, kang mengamuk owner2 DSLR ni jap lagi. tapi seriusly aku memang pening mase belek2 tadi. sebab bila ikut skemanya, tiap kali nak snap picture of human, pet, panorama, sport, food, flower etc, semua setting die lain2. belajar statistic pun tak susah cenggini. (mentang2 baru jawab quiz statistik). ngehngehngeh!! 


okey la. tu je. see u in next entry soon. da daaaa~