advertising purpose...CLICK ON THIS!

Sunday 29 April 2012

friday i'm in love


assalammualaikum


rase macam dah lame giler tak update blog ni.. nak kate aku busy, memang busy pun. tapi takde la busy sangat sampai tak sempat nak online. lagipun aku ni selalu online bila mana aku tengah carik bahan untuk asignment aku. alang-alang dah surf kan, jari ni laju je nak log in facebook. tu yang hangpa selalu nampak aku online chat tu.. padahal aku tengah sebok menelaah.. ecececehh. 



so, kat u aku sekarang ni, semua bebudak tengah busy siapkan asignment, tutorial, portfolio, slide, etc. maklumla sekarang kan dah hujung april. kejap lagi masuk bulan mei. then hujung bulan mei dah final exam. so, kirenye syllabus pun banyak nak khatam dah. tapi bagi aku pulak, di saat-saat camni la aku dok melayan movie + tido asal ada mase terluang. padahal banyak lagi asignment tak siap. (asal post entry je aku story pasal asignment aku. tapi pecaye atau tak, dari dua bulan lepas satu kerja pun tak siap-siap).



selain dari tengok movie + tidur, aku ade hobi lain. iaitu layan drama-drama baru kat tv. walaupun aku kat hulu ni susah nak carik tv untuk isi masa lapang aku. tapi thanks to TONTON sebab kasik chance kat aku layan citer-citer yang aku missed nak tengok in case aku ade class or ada meeting program. *bajet macam aku orang penting je kan* and apa yang aku nak habaq kat angpa semua ari ni sebenarnya adalah pasai one of my pavret drama yang baru start tayang 2 minggu yang lepas..




poster pun da bajet macam drama korea =')




tapi seriously drama FRIDAY I'M IN LOVE ni memang klakar giler. sape yang tengah stress tu boleh la layan drama ni kat slot aurora tv9. kalau tak salah aku setiap hari khamis 8.30pm. aku pun tak sure sangat sebenarnye pukul bape dia tayang kat tv9 tu. bila aku dok u ni, macam tak bape nak alert sangat schedule program kat tv tu hah. lain lah kalau kat rumah, memang aku je yang tercongok depan tv tu.. 









drama ni dibintangi oleh Qi Qushairi (awang a.k.a amir hisham), pastu ada jugak Nellydia Senrose, Bella Dally, Aiman Hakim Redza, Rizal Jaafar, Zoey Rahman, etc.. so, good news untuk peminat drama Vanilla Coklat tv3, pelakon-pelakon drama tu pun ada dalam cerita ni. and yes, izara aishah pun bakal ada. tapi maybe untuk satu episod je kot.. kira okey la tu kan.




hah, ni masa lagu intro drama ni. tengok pun da tau citer ni giler-giler-giler =')




apa yang aku boleh story kat sini cuma drama ni mengisahkan Awang yang akan fall in love setiap hari jumaat dan akan berpisah pada next thursday. and the next friday once again akan fall in love lagi. so far yang aku dah tengok, first week ada fouziah ghous, 2nd week ada puteri sarah liyana. this week tak tahu la sape yang bakal muncul. tapi yang aku perasan, drama ni macam bagi banyak idea untuk tackle girls tau. sweet sangat.




80's style.



bagi aku, drama ni quite interesting tau. bagi korang tak tau la. bagi yang tak penah tengok tu, dun worry sebab korang boleh tengok kat TONTON for free. macam promote tonton la pulak kan. eh, tapi actually aku perasan cerita ni wujud pun bila aku kebetulan belek-belek tonton masa nak search drama lain. so harap korang pun enjoy layan drama ni. and seriously drama ni akan buat korang tersengih-sengih sambil tergelak-gelak sensorang.. hehehe




okey tu je... bai. wassalam




p/s: dalam drama ni, baru aku perasan yang Qi Qushairi ni macam quite sweet and cute gak. untung la yuna.
peaceeee. =')

Thursday 19 April 2012

tolong.... berat aku dah melambung

assalammualaikum


selase lepas, kawan aku si fara and huda farahuda ajak aku pergi kompleks changloon (c-mart) sebab akak die nak singgah situ. aku macam berbelah bagi la jugak nak pegi ke tak mau kan, sebab esoknya ada exam. by the way, dah lama giler kot aku tak jejakkan kaki kat situ. padahal tu la tempat paling famous-amous bagi student uum cam kitorang ni. makanye, aku pun ter' setuju nak ikut.. 





tapi.... ape yg aku nak citer sekarang ni bukan la pasal changlun ni. tapi sebenarnye pasal berat badan aku yang semakin melonjak-lonjak naik. ape kaitan antara changlun-berat badan melambung? actually, masa aku tengah bersiap-siap nak keluar pi changlun tu, aku tarik la jeans yang agak lame aku tak pakai. pehhhh, sekali pakai da macam sarung cempedak dah aku tengok. ketat gila woo. mase dulu2 aku pakai longgar je. ape maksudnya tu?? (paham-paham sudaaaah) T__T. tapi secara positifnya aku pikir, maybe seluar tu mengecut masa dicuci kot.. *sedapkan hati sendirik* kehkehkeh.


then, masa kat changlun tu, kitorang round banyak tempat gak la, banyak masa terluang sebab target balik pukul 5. ade lagi berjam-jam. so, aku ajak si huda ni masuk satu kedai buku. aku usha buku-buku yang ada. aku macam tertarik nak beli satu novel ni. 'ISTERI SEPARUH MASA'. macam best je aku tengok sinopsis dia. pastu aku pusing-pusing lagi dalam kedai tu. jumpa buku lain pulak. tak tahu nak beli yang mana.






cer teka last-last aku beli yang mana? hehe, jawapannya aku beli yang ade gambar buah epal hijau tu. heeeheee~ bila aku pikir-pikir balik, aku sebenarnya lagi prefer novel. tapi disebabkan aku tengah ada krisis dengan berat badan, so aku pilih buku ni. lagipun aku tengah musim exam, mati la aku kalau beli novel tu, memang nota-nota semua aku ketepikan dulu. bagi laluan kepada novel. haha. novel come first. study come second. oh no no no no.


so far aku tak bace lagi buku tu. tak tau best ke tak. tengok la nanti bebila free, baru aku baca buku tu. almaklum la, minggu ni aku busy giler la. exam berderet sampai next week. pastu asignment pun banyak yang dateline die dah around the corner. insyaallah, pas baca nanti boleh la aku share tips-tips kat korang semua. teruja tak, teruja tak?? mana la tau berguna kat korang. nak harap aku ni, beli je rajin. hasilnya entah hado ke idak.. hahaaa.


tengah taip-taip entry ni, lapo la pulak perut ni. padahal baru je melantak nasi goreng satu polisterin bape minit lepas. entah perut hape pon aku tak tau. hesyyyyy. okey la. bye... 


Monday 16 April 2012

sebelum. semasa. selepas.


assalammualaikum


ni adalah kisah hidup aku yang sangat simple semenjak seminggu dua kebelakangan ni:


sebelum cuti:


kemain lagi excited nak balik bercuti.
seminggu sebelum balik semua da sebok pack barang.




semasa cuti:


enjoy sakan. bajet macam dapat cuti 4 bulan. hewhewhew




selepas cuti:
pressure
sebab assignment berlonggok-longgok yang dah diperam terlampau lama
 and menghitung saat nak jawab exam(s)
with empty brain.



ok bye. nak pengsan kejap.

Thursday 5 April 2012

finally after 50 days


assalammualaikum



saat ni aku tengah bersenang lenang dalam bilik ostel aku yang umpama macam heaven bagi aku
sangat heaven
sebab segalanya aku buat dalam bilik ni
makan, study, tengok muvie, paling penting tempat tido aku kat sini
dah macam rumah kedua
and malam ni aku bakal tinggalkan rumah kedua aku selama seminggu
tak la sedih pun sebenarnye
rase excited nak balik rumah pertama aku lebih dari segalanya.
(^___________^)



malam ni aku nak bertolak balik ke rumah pertama aku kat selangor nun
sekarang tengah belek belek tiket. takut salah date. nasib baik betul.
5 april 2012, 10.45 pm.
klang here I come
dah 50 hari @ dekat dua bulan jugak tak balik rumah
tapi sem ni terase cepat je mase berjalan. tak terase lame.
kalau sem sem lepas, seminggu macam sebulan 
tapi maybe sebab aku da agak senior kott kat sini, so da boleh adapt.



tapi cuti midsem kali ni seminggu je
macam tak cukup la
boleh tak, nak extend cuti tu? dua minggu ke, sebulan ke? masyuk sikittt
nak jumpa tut, nak jumpa tutt, nak jumpa tutttt lagi.. 
hurm... memang kompem tak cukup masa. 
nak tunggu cuti hujung sem, lambat lagi. lagi 3 bulan.
haihhhh



tapi takpe la, ni la namenye dugaan hidup sebagai student
karang dah habis blaja, rindu pulak nak ulang alik dari selatan-utara, utara-selatan ni kan.
errr, selangor tu utara ke? aku bab bab geografi memang failed sikit
ahaha. ok la. lapar dah ni. nak jalan jalan carik makan jap.
byeeeeeeeee~





Wednesday 4 April 2012

congrate. i am now 22 years old

assalammualaikum



alhamdulillah. today genap usia aku 22 tahun. aku bersyukur sangat sebab tuhan izinkan aku untuk hidup hingga ke hari ni. bagi aku, hidup ni macam sekejap sangat. tak gituw?? aku rasa macam baru semalam amek spm. haha, bajet macam aku ni sweet 17 kan. padahal muka pun dah nak kerepot sana, kerepot sini.. (>_<)








tapi seriously, memang aku rase masa sangat cepat berlalu. dulu mase umoq aku 4 tahun, aku sebok pujuk mak aku daftarkan aku tadika. pas grad kat tadika tu, aku join tadika islam pulak mase 6 tahun. then masuk darjah 1. time kecik2 dulu, aku memang excited giler pergi sekolah. kalau sakit pun nak pegi sekolah gak. tapi start darjah berape tah, aku dah start jadi malas sikit. lagi lagi part pegi sekolah petang. hewhewhew. then   pas abes darjah 6, aku sambung kat skola dekat dengan rumah aku je. dekat dekat pun, gatal jugak nak duduk asrama. and the best part is i've met my first love there. tapi unfortunately takde jodoh nak jadi last love kan. haha. pastu pejam celik pejam celik, tengok tengok dah abes spm. then amek stpm. and then, here i am. and insyaallah, next year will graduated. hopefully~



p/s: this is not my birthday cake for this year, thanks to google image for this lovely cake =')




well, for this year.. my wishes for my birthday will be; aku harap my family, my friends, and myself as well akan sihat sejahtera. dilindungi dari sebarang penyakit and dijauhi dari fitnah etc. and second one will be; aku harap Allah tak kan putus-putus bagi rezeki buat keluarga aku and kurniakan happiness buat kami. then lastly, aku harap aku akan jadi lebih matang, lebih kuat, lebih tabah dan lebih slim dalam menempuhi cabaran dalam hidup ni. hopefully insyaallah.



okay. that's all for now. have no idea what to write about. ohh, baru teringat ade gift from celcom and maxis lahh. as usual la, free calls and sms(s). tak tahu nak call sape. therefore, i allow my roomate to call anyone all night using my phone. baik tak hati i?? anyone who wish me to call you today, just drop your phone number in the comment box okay. see u next time. daaaa~ wassalam