advertising purpose...CLICK ON THIS!

Monday 28 May 2012

what's your flavour?


assalammualaikum


sape ni suka makan mcdonald's sundae macam aku? aku bukan setakat suka, dah macam addicted pun ada. kalau menapak kat mcd, dah tak boleh dah order mende lain. msti kena ade sundae gak. tapi biasenya makan double cheeseburger set plus sundae je.tu pun macam nak meletop perut  ni sebab kenyang sangat. tak kisah la sundae perisa ape pon, yang penting wajib ada satu sundae. =')



double cheese and sweet caramel sundae




dulu aku paling suka makan sundae chocolate. tapi sekarang dah ubah angin. rasa macam lagi prefer yang strawberry tu. sedap, masam-masam manis gitu. sesuai la dengan tekak aku ni. biasanya memang ada dua flavour tu je. tapi untuk masa yang terhad ni, ada extra satu lagi flavour untuk korang pilih. which is sweet caramel. tak tahu la ada lagi ke tak kat mcd nuu, sebab offer yang caramel ni macam da lama jugak laa. fuhhh, naseb baik aku sempat rasa itu hari.. sedapp. but too sweet kot for me. strawberry jugak paling sedap. yummy!




sekali lagi double cheese. tapi dengan favret strawberry sundae




nak dijadikan cerita, i had my first sundae in 2007. masa tu aku balik dari kelas tuisyen. biasela kan, kalau bebudak pergi tuisyen mestila merayau-rayau dulu sebelum balik. tak melepak, tak nampak macam remaja la kan? ^__^. then, time tu la member aku sorang ni (teahh) belanja aku sundae chocolate. sejak tu pantang jumpa mcd, mesti kena beli satu. unless time tu tengah pokai takpun tengah kenyang giler. time tu niat nak makan sundae akan terbatal dengan sendiriknyaaaa. muehehehhehe... so, thanks to teahh sebab introduce aku dengan sundae ni.




marvellousssssssss.




walaupon aku tahu yang bahawasanya, kat mcd ada banyak lagi desserts and beverages yang lain, macam variety flavours of mc'flurry (terbaru horlicks crunch) , chocotop, flavor twist, milk shake, and etc,.. aku akan tetap setia dengan dengan sundae. sebab sedapppppss. 




yang caramel ni ade lagi ke eh kat mcd? aku pun tak sure..




IN CONCLUSION, I'M A HARDCORE FAN of MCD's SUNDAE. ahaaksssss




sekian terima kasih. ok baiii. thanks sudi baca this post =')


they are priceless :)


assalammualaikum



today aku nak story pasal barang-barang yang agak bernilai bagi aku. kirenya bagi aku, benda-benda tu semua ada sentimental value yang agak tinggi jugak la. tak bole suka-suka jual, tak bole suka-suka buang. pendek cerita, diorang (walaupun bukan orang) sangat priceless.. tak terharga... nak tahu barang apa? let's check it out yowww!



my hand watch. from my abah.. thanks abah.
walaupun takde la mahal sangat, tapi aku sayang giler jam ni. =')




 handset sony from my sis, fariha
beli handset ni 2008 kot. sampai sekarang still okay lagi. dah berjasa kat aku almost 4 tahun jugakla. 
sayang nak tukar yang baru.




 lappy from my sis, fariha
aku start guna lappy ni since old lappy aku kne curik dua sem lepas. sayang giler lappy ni.
 tak tahu la ape jadi kalau lappy ni takde. sebab dah berjase banyak sangat.




ni bears from my 'bestfriend everrr'
belah kiri name dia farah. belah kanan name dia chipmunk. =)
hello farah, hello chipmunk!




ni bantal pooh and cute small bear from cik syeri
present for my birthday last year..thankss




keychain 4 april from sasa and suhaila for my birthday 4 years ago.
keychain I love U from fariha 3 years ago.




bantal nightmare before christmas from my sis, nazrah  
masa mula-mula beli comel gile, sekarang dah banyak peta dah. sebab dah buat bantal busuk. muehehehehe




olympus VG-120 aku
my first pocket camera. so sayang gilerr la.



sebenarnye banyak lagi barang yang priceless bagi aku. unfortunately, takde pictures of them la pulak. kalau nak buat list memang sampai esok pon tak habis mention. kesimpulannya banyak giler barang tu semua. contohnya camni:


  1. bantal mr bean - mr. zack ikmal bagi
  2. black diary - from cik awin 8 years ago.. form 2 kot.
  3. baju t-shirts cute - from  izzati and mek ain for my birthday last year.
  4. pink shawl - from miss hudhud for my last birthday
  5. pooh clock - from bebudak dorm fatimah az zahra mase form 2.
  6. buku zikir lepas solat, handkerchief, sabun berukir bunga + bebola bunga kaca - from mr.ex.
  7. cream scaft - miss suhaila
  8. a lovely drawing - from mr. apiss
  9. pinky bear keychain + loket jade - from budak paiz
  10. sarung bantal pink masa form 1 - penuh dengan autograph and wishes 'ikhlas' kengkawan
  11. potret karikatur of mine - from teahh
  12. etc... sebab banyak sangat benda priceless kat dalam almari. hehehe... 


kesimpulannya, segala barang or hadiah yang orang bagi kat aku semuanya ade sentimental value yang tersendiri bagi aku. rase sayang sangat nak buang. sampai sanggup mampatkan almari, daripada buang bebarang tu semua. see, how much i appreciate all these thingsss.. so, in conclusion, bagi la hadiah banyak-banyak kat aku. kompem aku hargai sesangat and takkan buang mende tu.. huhuh0oooo..


ok la. tu je kot. k bye.. wassalam.. zZzzzZzzz. ngantukss


Saturday 26 May 2012

don't merungut people


assalammualaikum


dah lame sangat rasenye aku tak mengupdate belog aku yang entah pape ni. seingat aku, post terakhir aku itu hari adalah pasal abang chik kan? abaikan je lah pasal bang chik yang merapu meraban tu. time tu kan aku macam ter'poyo sikit, tu yang ter'post tu. so people, sekarang aku dah jadik normal balik dah. (^^) mueheheheheh..


jam aku sekarang tunjuk pukul 11.54pm. kalau aku post entry time-time memalam camni, maksudnye ade la bende aku nak merepek-repek ni. tapi masalahnye, nak merepek pon takde tajuk ni. adehh. tapi bila mengenang hari2 terakhir untuk semester ni, aku dapatla tajuk kat atas nun, which is 'jangan merungut'.. and yess. aku sangat pantang dengan orang yang suka merungut tanpa sebab musabab yang kukuh.. *tu diaaa, zaman sekarang nak merungut pun kena ade sebab yang kukuh, barulah rungutan korang diterima oleh aku*.hahahha


camni lah contoh rungutan yang unacceptable yang aku terpaksa dengar tiap hari, tambah-tambah pulak kalau time tu aku tengah depressed or stress, memang tindak balas refleks aku camni la jawabnye..



RUNGUTAN (i);
alaaa, kawan ajak keluar shopping, tengok wayang, tapi poket dah kering pulak.. cemane ni? stress2.


then aku pun respon camni;
takpe la, next time awal sem tu save la sikit. jangan boros sangat.


padahal dalam hati aku, syaitan berbisik suruh cakap camni (nauzubillah);
padan la dengan muka kau, tak dapat enjoy. tu la sebok shopping sane sini awal sem. berlagak macam shopping kompleks tu bapak engkau yang punye kan. nahh, sekarang kau duduk la senyap2 dalam bilik tu makan biskut kering cicah air kopi je. dah, aku nak pegi makan pizza hut ni ok bye. huh!





RUNGUTAN (ii)
alaa, nak balik kampung.. tapi banyak asignment tak siap lagi ni. nak buat sekarang, tapi tak tahu cemane nak buat. hari tu mase lecturer tunjuk cara, aku tak datang kelass..


respon aku;
takpe la, siapkan la dulu asignment tu. kalau tak tau, tanye la member2 class. kalau dah siap, esok luse kan boleh balik. kalau tak sempat jugak, nanti gap banyak mase exam kan boleh la balik. 


respon reflek hati aku tanpa perasaan (nauzubillah);
tu laaa, sape suruh buat asignment last menit. ade class tau nak ponteng je. orang sebok pegi class, kau sebok pegi dating la, shopping la. naseb kau la kan kalau tak dapat balik. dulu tak dapat masuk U, sebok merayu2. dah dapat masuk U, main tuang2 class pulak. ni la budak zaman sekarang. pandai buat, pandai tanggung la. laa ni, kau duduk la kat hostel ni sorang-sorang time study week ni. dah, jangan kacau aku, aku nak pack barang ni. (sambil tayang tiket balik kampung) muehehehehe.




that's why la aku tak boleh la kalau orang merungut pasal benda-benda yang disebabkan kesilapan sendiri ni. rase macam mulut dengan hati ni bakal cakap benda yang mengundang penampar je nanti sebab sakitkan hati orang lain kan. lagipun aku ni bukanlah orang yang selalu ade belas kasihan sangat. kadang-kadang main cakap lepas je. tang cakap lepas tu yang kadang-kadang buat aku menyesal teramat. habis hilang kawan la, kawan kecik hati la... haishh, mintak dijauhkan.


lagipun, bukan ke merungut tu perbuatan tak elok dan langsung dan sangatlah tak digalakkan. sebabnya, ia macam pertikaikan takdir tuhan kan. contohnya, kalau ada orang tu merungut sebab hidup susah. pastu merungut pasal benda yang dah jadi, contoh paling faymes andaikata orang cakap perkataan KALAU, "kalaulah hari tu, aku buat camtu.........", "kalaulah masa tu, aku tak buat macam ni ...............". bukan ke tu namenye pertikaikan takdir tuhan?? so, sebaiknya kalau apa-apa terjadi pada kita, kita sabar dan redha je. sebab bak kata kawan lama aku dulu, yang baik tu semuanya datang dari ALLAH, dan yang buruk tu datang dari diri kita sendiri. so, terima je la semua benda dengan hati terbuka okey..


eh, macam islamik la pulak post aku kali ni kan. tapi apa yang aku bebel kat atas ni semuanya dari hati aku la.. tak tau la pulak kalau korang rasa salah kan? anyway, renung-renungkan dan selamat beramal..heee~ gudniteee people.. okeyy bye.


Monday 7 May 2012

abang chik


assalammualaikum


korang tau tak, bahawasanya hidup kat kolej atau universiti sangat sunyi bila kita takde member. dah la family pon jauh kat kampong nun. yang kita ada cuma member-member je. dah macam keluarga. member aku siap prepare nickname lagi untuk FFL (friends for life) dia. ala-ala macam family la. along, angah, achik and adik. and tetiba aku jadi achik. pelik jugak la tetiba ada nama panggilan baru. selame ni diorang kan dok panggil aku 'nad'. tapi aku layan kan jee. member aku tu pon anak tunggal, sebab tu la kot terase nak ada siblings. lagipon kitorang takde hal pun kalau dia nak panggil cenggitu.. ^__^



dari kiri: rosmarina, syerida, aku, dayah



ida (along), ina (angah), dayah (adik)




diorang bertiga asal kelantan. aku sorang je selangor. tapi okey je. diorang takde la sisihkan aku. dulu aku macam risau giler nak kawan dengan budak kelantan. sebab kengkawan aku semua cakap bebudak klate ni macam sombong sikit. pastu macam tak geng dengan negeri lain. tapi aku rase diorang okey je. lain tempat, lain cara kot. tapi sebabkan U aku memang kat utara kan, so memang tak boleh lari dari kawan dengan budak utara dengan pantai timur. sebab diorang golongan majoriti kat sini. buktinya, asal pegi memane je. for sure akan ade insan-insan berloghat timur + utara, even dalam toilet. =')


nak dijadikan citer, si along ni dah ade abang long. means ehem-ehem die laa. tapi tak tau nak kategorikan apa. sebab diorang tak kapel, diorang teman tapi mesra je. tapi kitorang panggil that boy, 'abang long'. wah, terasa macam ada abang ipar la pulak. tapi abang long dengan kitorang okey je. kiranye, kalau diorang menjadi, kitorang restu je relationship diorang.. hehe



wish you happily ever after.. =')



adik (dayah) pon dah ade bf jugak tapi takde gambar, so tak boleh nak matching-kan. tak tahu nak panggil pakwe dia apa . maybe adik su, nope! abe su kot.. sebab dia lagi tua dari kitorang semua. lainla abang long tu, nak panggil ape pon boleh sebab sama umor. pastu turn angah pulak, tapi angah belum ada calon. so, skip dulu. pastu giliran aku pulak, hahaha. 





siapalah yang bakal jadi abang chik tu kan. hahaha. actually aku dah ade dah calonnya, tapi entahla. tak tahu nak cakap camane. aku cuma bahasakan diri abang chik je kat diorang. nama sebenar dirahsiakan. malu la nak kecoh-kecoh pasal benda ni. even empunya diri pun tak tahu aku gelarkan dia abang chik. kang kalau dia tahu, aku tak tahu nak nyorok muka kat mana. so far kitorang kawan-kawan je. kadang-kadang dia macam bagi hint, tapi aku tak sure la. then, aku pun buatla macam biasa-biasa je. gaduh macam biasa.. tapi aku harap sem depan application dia nak masuk uum diterima. nama sebenar dirahsiakan, sebab aku malu gila kalau dia tau.. lagipun si budak along tu bukan boleh pecaye sangat, karang di'search'nya nama abang chik tu kat friendlist aku, abes kantoi. lagi parah lagi kalau dia bagitau yang aku panggil dia abang chik..aisehhh...


gitu la alkisahnya pasal abang chik tu. tu sebab tajuk entry ni 'abang chik'. intro lain, ending lain. tah pape tah kan. ahhh, tak kisah la semua tu. yang penting aku, dia, mereka dan korang yang bace tu bahagia. haha bengong. ehh, panjang umor orang tu, baru cakap pasal dia, dia da call. ok baii..nak jawab abang chik call ni. haha. by the way, happy monday everyone..


Sunday 6 May 2012

sime darby D' fabulous night


ehem-ehem, assalammualaikum =')



last week dalam hari rabu camtu, dewan penginapan pelajar aku (DPP Sime Darby) ada organize dinner untuk seluruh warga sime darby. ni kali ke-2 aku join dinner yang diorang arrange kan. bagi aku, kira okey la sambutan student-student kat sini. walaupun mulanya ramai tak mau pegi sebab esoknya ramai ada exam + quizes. tapi tetap meriahhh tau. time aku datang tu, semua meja dah penuh. tak tau nak duduk mane. tapi kitorang bernaseb baik la kot, sebab satu geng dapat duduk satu meja. pastu meja sebelah-sebelah pon meja kengkawan kitorang jugak..


tapi ramai member aku tak dapat nak pergi, so macam tak syiok sangat. ain takde, hudhud takde, even izzati pon takde. kalau tak, kompem diorang melaram habess malam tu. tapi sokeyy la, dah diorang ada hal nak buat cemane kan. malam tu aku tak bawak mini olympus aku, so semua gambar aku copy dari sana sini je. even food dengan performance pun takde snap gambar. tengok-tengok, semua pinggan dah licin. tak sempat nak snap. makanan aku bagi 3 bintang gitu, tapi untuk service katering malam tu, bagi 1 bintang pun dah cukup kot. slowwwest gilesss.. buat aku kebulur jee.


kejap lagi aku ade class. so menaip harus laju. malas nak letak caption setiap gambar.. layan je gambar-gambar kat bawah ni okeyy. ohh lupe, tema malam tu glamour + bollywood. aku sebagai seorang yang tak suke ikot tema ni, pakai je ape yang ada dalam almari. and for sure aku sememangnye tadek baju bertema begitu kan. bantai je pakai papepun, memang tahap sempoi habess. asalkan stay cute and menyerlahkan kesopan-santunan aku ahaksss...



welcome to Sime Darby D' Fabulous Night



sambil menunggu.. terima kasih encik photographer



sesi tayang gigi. mentang-mentang gigi mek klate lawa. gigi aku terus tenggelam =')



tasha the hottest with me the poyoestt



seha and zura.. they are gorgeous



hot stage. zura, mira, syeri and me



me with mek klate



adik-adik kat meja kitorang. padahal kitorang yang menyibuk kat meja diorang



time ambik makanan. nampak kepala aku je. sebab aku tetiba menyebok



ema, mira and zura



antara hot performance malam tu



seha, zura, mira






okey bai. happy sunday everyoneee. heee~

~peace no war~


Saturday 5 May 2012

saving planning for students


assalammualaikum


straight to the point, malas nak belok sana, belok sini. today aku terase macam nak share dengan korang-korang semua yang berminat nak tahu pasal cara aku untuk save money. euww, aku pon sendiri rase poyo jer nak share kat korang. sebabnye aku sendiri pon kadang2 terbabas dari monthly saving plan aku.. tapi tak kisahla semua tu, aku nak share jugak style aku save budget. tak kire, tak kire. nak jugak, nak jugak. (geliii)


disebabkan aku pon still seorang student lagi kan, so cara aku ni cuma sesuai dipraktikkan oleh golongan student je. reason? pasti la sebab student cuma dapat allowance satu kali je untuk satu semester, workers pulak dapat gaji setiap bulan. absolutely different. tapi aku tak jeless pon kat diorang. sebab bagi aku, orang dah kerje lagi banyak bende kena fikir, and paling penting lagi banyak bende kena bayar. kereta la, rumah la, etc. kesimpulannye, hidup aku sebagai student ni rilekk je walaupon duit tak la banyak mane kalau nak compare dengan orang yang dah kerje ni. cume kena pikir pasal student-tasks je la..lain la kalau korang anak orang kaya kan, anak dato' ke, anak tan sri ke, memang tak payah la nak pikir pasal save-save money ni. so, untuk makluman, aku sedang bercakap tentang student golongan sederhana dan bawahan. yang upper class tu tak termasuk okayy.






first, utamakan yang perlu dulu. contohnya, macam aku ni, setiap hujung sem memang otometik wajib asingkan a sum of money untuk bayar IPT fee untuk sem depan. almaklumla, elaun kan biasanye memang lambat masuk. and aku akan rase macam tak kena je selagi tak bayar yuran. terase umpame pendatang asing dalam kampus. so, that's means aku tak boleh la nak habiskan elaun aku di hujung sem. harus save sikit untuk sem depan dan jugak sebagai expenses di kala cuti sem menjelang. tak boleh la nak mintak parents selalu. lagipun, parents aku pun bukanla tanam pokok duit-duit kat belakang rumah kan..?



and yess, belakang rumah aku memang takde pokok ni.



second, asingkan wang mengikut kegunaan. maksud aku, dari awal semester memang dah kena plan berape banyak korang nak guna untuk itu, untuk ini, dan jugak untuk yang lain-lain. macam aku, aku prepare rm1000++ untuk yuran, pastu siap2 prepare duit tiket nak balik untuk satu sem, pastu duit makan at most rm10 per day, pastu nak travel lagi kena siap sedia duit awal-awal. nanti tak la frust bile mane tak dapat follow kengkawan yang lain disebabkan elaun dah habis guna untuk benda lain. kan? paling penting kena save untuk future awal-awal. and kalau ade lebih tu, baru la bole beli that kind of miscellaneous stuffs.. ada paham?


money-lock



third, tetapkan jumlah penggunaan untuk satu tempoh. contohnye, macam aku ni, aku fix-kan expenses aku sebanyak rm350 something untuk sebulan. ini untuk makan dan beli barang keperluan sikit-sikit. then kalau ade lebih, boleh la bawak ke bulan depan. tapi make sure bila duit ni habis, selagi belum start bulan baru, don't ever-ever pegi cucuk duit kat mesin atm korang tu. cara ni bakal melatih korang untuk merancang kewangan bulanan korang dengan lebih bijak sebab kalau korang betul-betul seorang yang berdisiplin, korang akan pikir seploh-doploh kali untuk beli sesuatu barang.


fourth, try to think of somethings that will inspire you to save money. contohnya, kalau korang berhajat nak pergi bercuti kat oversea atau berhati murni nak hantar mak ayah korang pergi tunaikan haji, kompem-kompem korang dengan automatiknya akan lebih bersemangat untuk simpan duit kan sebab korang tau niat korang tu perlu jumlah wang sangat banyak. so, kesimpulannya berangan tu kadang-kadang bagus. ia bagi inspirasi untuk berjimat.. tapi jangan la berjimat sampai korang abaikan benda yang penting macam makan or pelajaran. nanti at last, korang jugak yang susah.






tu je kot yang aku boleh share kat korang. sebab tu je la yang aku buat untuk save money for the future. lagi satu, menabung dalam tabung pun boleh jadi cara yang bagus jugak. tapi tak berkesan kat aku. sebab aku bila takde duit, aku terus cekau duit dalam tabung tu. entah bila tabung nak penuh pon tak tau la. tapi kalau korang menabung dalam bank ada la jugak faedahnye. and susah sikit nak korek kan. lagi-lagi kalau guna buku akaun je, tak apply atm card. *tetiba teringat tabung bentuk menara tabung haji yang faymes zaman sekolah rendah dulu* 


till then, selamat mencube untuk korang. ok bai.



p/s: kalau nak tau, inspirasi aku untuk menabung mestilah sebab nak beli kereta lepas grad nanti means sebelum praktikal. fully duit aku. baru boleh berlagak sikit. pastu aku berhajat nak pergi bercuti kat oversea. macam korea ke, europe ke, baru gah. sape nak joinn?? jom-jom.. tapi belanje sdn.bhd laaa. hahahaha.