advertising purpose...CLICK ON THIS!

Thursday 30 May 2013

practicumophobia.



assalammualaikum


first of all, nak bagitau awal-awal. entry ni adalah entry pertama yang takde gambar. kalau takde gambar, bermaksud entry ni sangat2 la serius. datang dari lubuk hati yang sangat dalam.. ewahhh. teehee~ padahal cuma nak cerita pasal life story yang sangat typical tapi agak huru hara and very confusing as well. kenmain bahasa aku ni. kahkahkah. lantak ah. huhuhu



bahawasanya first paper aku untuk sem ni bakal muncul 3 hari lagi. tapi masalahnya satu hape pong tak study lagi. tu tak risau sangat sebenarnya.. sebab memang sejak azali aku tak penahnya nak study awal. sepanjang hidup study last menit memanjang. bahahahaha. and lepas habes je first paper aku tu, aku nak balik kampong.. weehoooo. dah sebulan dah tak balik ni hoiii. rindu kat si naurah rambut sarang tebuan. ;p



tapi masalahnya sekarang adalah pasal tempat praktikum aku yang takde khabar pape ni. risau tahu?? memang la ade je coursemate yang tak dapat tempat lagi. masalahnya aku runsing gila ni. tahap kerunsingan aku ni dah sampai tahap paling maksimum, tahu tak??? grrr



memang la ada offer yang best gilaa tu, tapi kena pegi interview bagai. dah la service slow. aku ni pulak nak balik kampung. (again). jap lagi dia call aku time aku kat rumah. memang melepas la jawabnya kan?? sesaja je dia tanak bagi chance kat aku. grrrrrrr. geram pulak kita dibuatnya. so, aku ingat nak balik lambat sikit sebab nak kasi settle interbiu ni. tapi.................mak aku pulak kata gini;




aku :  hello mak, orang tak tau lagi la boleh balik terus tak lepas exam nanti. maybe balik lambat sikit kot                              

mak : kenapa pulak? ada apa?

aku :  alaa, interview hari tu belum lagi la. nanti satgi orang balik rumah, diorang call suruh datang pulak

mak : dah kalau camtu, balik je terus. tak payah pegi interview tu.

aku : (terkejut gilosss). eh mak, takpe ke kalau tak dapat praktikal kat situ???

mak : takpe. mak tak kisah pun. (dengan nada rilek dan angkuh)

aku : biar betul mak ni? mak ni macam lagi suka je kalau orang tak dapat praktikal situ... ??

mak : memang pun. (dengan nada selamba badaknya)

aku : alaaa, kenapa pulak???

mak : yelaa. kejap lagi karang susah nak balik. 4 bulan tak nampak batang hidung. raya pun takde kat rumah. teringin sangat ke nak pegi sana??

aku : entahlah...... tengok la nanti camne ye mak. (lepas tu terus tukar topik)..



actually aku pun taktau aku nak buat apa sekarang. ikut hati memangla teringin juga nak praktikal kat oversea tu. tapi bergantung kat rezeki jugak laa kan. tapi kalau dah mak sendiri pun macam tak redha je aku pergi, nak buat camane kan? kejap lagi orang kata tak berkat la pulak..



tapi bila ingat2 balik, macam terharu pun ada jugak. ye la kan, at least mak aku terasa kekurangan la sikit kott kalau aku takde nanti. aku tau sangat mak aku ni. dia kalau rindu, takkan pernah cakap yang dia rindu. lagi satu, rasa lega pun ada jugak sikit. terus kurang pressure aku tau. mane taknya, at least kalau in case tetiba tak dapat, takde la aku rasa macam aku dah kecewakan family aku. then aku takde la down sangat kan.



tapi bak kata member aku yang sorang tu, dia cakap," kalau tetiba diorang panggil interview tu sebelum aku balik klang atau selepas aku balik sintok, then maybe ini rezeki atau hint untuk aku. 
tapi if in case diorang call masa aku kat rumah, then aku patut lepaskan je peluang tu sebab bukan rezeki aku kott"



tapi orang kata, jangan pernah mengalah sebelum mencuba
so, jangan give up sebelum masanya.



ok la.. tu je.. bye bye.
wassalam. thanks sebab sudi baca.



Friday 17 May 2013

family gathering time is coming soon


assalammualaikum


woahh. ni first time aku update blog untuk bulan may 2013 ni. sebenarnya malas nak menaip pepanjang. entah nape ntah, sekarang ni mood asyik malas je memanjang. nak update status kat fb pun malas. kat twitter pon kekadang je. wechat rajin la kott. ehehe. ouhh. lagi satu, instagram pon aku rajin gak update. sebab tak payah taip banyak2 kott, sebab tu jadik rajin gituewww.. ehehehhehhe



tapi sebab aku ada banyak sangat masa terluang sekarang, so aku hapdate ler jugakkk belog gonjeng ni. citernya nak story pasal familia aku nak mai kedah, nak jemput eden balik selangor.. dah semester akhir katanyee. so, diorang pon terpaksa la amek aku dekat sini.. weehooooooo. tak kira la, terpaksa ke hape kan.. habeh tu, kalau tak hambik aku, mana la aku nak campak barang2 aku yang berlambak ni kan? ehehe. padahal sebenarnya boleh je pos. hikhikhik



tapi takpe la kottt. aku bukan paksa2 kosong tau. (eh??). aku plan nak bawak diorang pusing-pusing utara. tu la, mesti seronokkk. yeayyyy. tak sabaq ler pulak. almaklum, depa dah selalu sangat duduk selangor. time ni la nak rasa angin utara kan. lagipun, secara jujurnya kitorang tak penah pun pegi holiday 1 family. sobsss. sedihhnya cerita aku ni. lagipun parents aku bukan jenis suka bercuti. anak2 diorang je yang suka round the world. naseb ada kakak abang yang suka berjalan juga. hee~



family aku. lepas masing2 kahwin, jumlah members yang asalnya ada 7 orang dah jadik 11 orang. =') #happy sesangat#



so sekarang tengah dalam proses nak pujuk ke sebelas-sebelas orang ni join trip amek aku kat utara. harap diorang semua join. bukan apa, biasalaa bila adek beradik semua dah besau-besau, memasing buat kerja memasing. takde masa nak buat gathering langsung. kekadang si kakak takde, abang busy, kekadang aku yang tak balik. susahh! so ini lah masanya.orang kata, eratkan silaturrahim. ukhuwah katanye.



makanya, aku sekarang tengah sebok nak survey transport and places untuk kitorang stay. aku plan nak bawak diorang pusing langkawi dan around perlis juga. almaklum la, utara tak crowded dengan shopping mall macam selangor. so banyak la tempat yang cambest juga yang wajib dilawati. i excited tak hengat uollsssss. 






so, untuk plan ni. aku bertindak sebagai tourist guide. feel2 jadik travel agent gituew. so far ada jugak few hotel and car rental yang macam hokey dah masuk dalam list. tapi belum booked lagi. sebab takut depa tak suka. nak tak nak, tunggu la bulan jun nanti. discuss kat rumah je. senang cerita kan. dulu time pi dengan hostel-mates, ada stay satu resort ni. selesa tapi cam tak sesuwai pulak kalau datang dengan family. so, kena pikiaq lain. fening la pulakkk. haihhh.




okey la. tu je la kott. bai. doakan plan berjalan lancar yerr.
wassalam.




Thursday 18 April 2013

naik setingkat lagi



assalammualaikum



rasa macam rajin pulak aku ni. asyik update status twitter and belog jer. macam takde koje lain pun yer jugak. lepas settle assignment risk itu hari, sampai ke la ni, belum ada keje terbaru. selalunya time2 macam ni la assignment berlonggok-longgok mintak disiapkan. exam pun lambat lagi. tapi untuk insan pemalas macam aku, waktu sekarang ni memang heaven sesangat. *senyum lebarrrrrrr. ngeeee*



tapi dalam takde keje tu, mesti ada kekadang tu, tetiba termenung-menung, terpikir-pikir. kadang pasal diri sendirik, family, takpon kengkawan. lagi-lagi bila bukak fb and bace status twitter diorang. ada yang nak betunang, ada pulak yang dah nak kawen. yang nak bersalin pon ada and yang anak dah berderet pon ada jugak. advance sungguh la depa ni. life semua dah berubah. aku ni jer yang still sama dari dulu sampai sekarang, dok syok la duduk bawah ketiak family. belum puas lagi jadik childish. takmo jadi matured sangat. heee~



tapi.... bila tengok member aku yang sorang ni (syeri), macam tak pecaye pon ade jugak masa dia tetiba bagitau dah kena risik. memang ingat kena tipu hidup2. biasa la kan, gurau dengan kawan, so malas la nak pecaye. rupanya dia seriusss. aiseyyyy, tetiba terasa ketinggalan kat belakang la pulak. tapi dah memang jodoh dia laju macam fighter jet, nak buat cemana kan? and sekarang beliau dah masuk fasa bertunang.




my besties and her fiancee (6 april '13)
"azrul amri, do take care of my besties ya? or else, i'll smash u!!" hehe





ni pulak engagement fiefa (14 april '13).. ex-classmate masa form 5
tak dan nak pi ghumah dia. so credit pict to facebook AWIN





last; ni masa majlis resepsi member kitorang, NHAZMI (6 april '13). alaaa, yang menyibuk masa celebrate beday aku tu. tapi time tu kiranya nak celebrate dia sekali laaa kott. tak acii




ni je la memember yang engaged and married paling latest ni. yang lain dah basi sikit. hahaha. aku wish diorang semua happy. yang mana bertunang tu, cepat2 la nikah. mana yang get married tu, cepat2 la dapat junior. bahahhahaha. tapi yang paling penting, aku doakan korang bahagia sampai ke akhir hayat oke. aminnnnn~ jangan lupa doakan aku sekali ek.. hehe




ok la. tu je... k bai



xoxo. nadddddd



Monday 15 April 2013

I'M 23.



assalammualaikum


dah lama tak bukak blog ni. bajet busy la konon. sem akhir la konon. padahal busy dengan benda2 laghah. sebabnya asal tiba je hari isnin dengan khamis, mood meronda utara pun datang sekali. almaklum, kelas dua kali je seminggu (rasa macam 1000x dah mention) so, nanti kompem rindu giler dengan utara ni bila dah grad. omg, grad?? tempat praktikal pun tak dapat lagi. ada hati nak mimpi bergraduation ?? pelissss laaa.



btw, last week aku balik kampung. first time cuti untuk sem ni. orang lain cuti seminggu. aku cuti dekat dua minggu. takla over sangat kan. ni jap lagi #PRU13 ni, kompem balik seminggu lagi. ohh beshnyee. can't wait!! tapi masa hari tu balik, rasa berbaloi-baloi gilosss sebab balik awal. sebab my sis celebrate my birthdayyy. beshhh sangat.. heaven gilerrr kott. even makan yang takla mewah sangat tapi yang penting dengan family. tu yang paling best. bak kata orang, family come first.



untuk kawan2 yang wish birthday hari tu pun, aku nak wish thank you banyak2. yang doa umur panjang & murah rezeki pun thanks jugak okey. walaupun tak dann nak reply sebab busy jaga afaf hulma yang cerewet. nasib baik best frenss and family aku tak lupaa, tu yang aku senyum sampai ke telinga dari pagi sampai malam tu.. thanksss a lot yerrr. so, petang tu sis aku ambik aku kat rumah. pastu pegi pusing-pusing..


birthday katenyaaa. harussla ke secret recipe. taktau nak makan apa. so, rembat chocolate indulgence.




naurah kalau kat secret ni, memang dah buat macam rumah sendirik. fening jerr aku tengok.




abang ipaq aku and kawan kitorang pong follow sekali
ouh, meet our friend, nhazmi.




bangga lettew ayaq dia paling tinggi. tetiba tak sedap pulak katanyaaa. padan muka. hahhaha




takde gayo lain nak posing. peace pong boleee~




pastu jalan-jalan sat kat tesco. carik barang dapor la kononnya.




pastu pi melantak pizza hut pulak.. memang betul2 buat lemak ni.



pastu order menu wow savers pulak.. memang betul2 ho liao.. nyumnyum
Tempura Prawn Garlic Rice  # Blueberry Smoothie  # Cheese Baked Meatballs 




naurah dapat free sphagetti carbonara dengan air soya. kira okayyy la kan.




rambang mata. taktau nak makan mana satu dulu.





last; sesi gelak-tergelak beramai-ramai..




pastu, bila sampai rumah. rumah dah senyap sunyi. pastu sambung tengok the lord of the rings kat HBO sampai ke pagi... lepas tu, semua balik rumah masing-masing. pastu birthday aku pun habissssss.. *berapa banyak pastu la kan*...


btw, camtu la cara kitorang celebrate birthdayy biasanya.. takdenya nak beli kek sebijik pastu buat tiup2 lilin kat rumah. sebab semuanya dah besaq gedabak. lagipun, memang parents kitorang memang tak suka beli2 kek ni. so, selalunya makan ramai-ramai kat luar jer. tapi seronok sebab bukan selalu dapat kumpul ramai-ramai. sebab semuanya dah ada family sendirik...



# so, hargai family selagi diorang masih ada.. kawan-kawan & bf/gf boleh carik. family mana nak carik? tu je la yang hado...



ok la.. tu je. bai


XOXO.. naddddddddd~


Sunday 10 March 2013

makin sikit makin malas.



assalammualaikum



yeayyyyy akhirnya sampai jugak ke sem akhirr!! apa yang paling best kalau da sem last ni?? opkos la class yang makin sikit, dan jugak ada lebih masa untuk berpoya-poya. jangkamasa untuk beradu pun da jadi berlipat kali ganda berbanding sem lepas.. errr, maka badan pun makin berisi sejak-sejak asyik tido je memanjang ni.. apa la nak jadi kan?? hmmmmm



sem ni, aku ishtiharkan bahawasanya hari favret jatuh pada hari isnin dan khamis.. hehe. tu pun sebab nak balas dendam sempena selama 5 sem sebelum ni class berderet pada hari-hari tersebut.. tapi time paling best bila mana pagi-pagi tengok orang kelam kabut pegi class, sedangkan diri sendiri baru melenggang nak pegi mandi.. memang manyak syiokkk wooo.



mana tak nye, sem ni cuma ambik 4 subjek je. berderet class hari ahad dan rabu. hari lain heaven sangat-sangat. tapi susah juga bila dah free ni, godaan kawan-kawan ajak merayau sana sini susah betul nak tangkis. dan akhirnya terpaksa surrender secara suka dan rela serta senyuman lebar.. just imagine 5 hari cuti instead of 2 days of classes in a week.. sapa tak suka kan??





class teori amalan perniagaan islam (TAPI)
moga-moga aura baik terjangkit kat aku sikit. aminnnn~



tapi sebabkan class cuma 2 hari, jadi makin malas pulak nak pegi. dulu kemain berkobar-kobar nak pegi class. sekarang kalau boleh nak rehat 24/7. tu pun kalau boleh la.. tapi sure mesti tak boleh punya kan.. dah la risau dengan praktikum ni. haihhh. dapat mana la kan?? harap dapat dekat la. penat dah duduk jejauh dengan family ni. doakan dapat dekat okeyy~



tu jerrr. okey baiiii. assalam. 



XOXO. nadddd!



p/s: to juniorsss, pliss jangan jadi malas macam seniorss. hidup kena rajin. akhir kata, maju la juniorss untuk UUM.. bye :)


Friday 8 March 2013

susut



assalammulaikum



seronoknyaaaa bercuti hari ni.. padahal assignment dah start mencurah-curah ke ladang gandum. tapi malas nak sentuh.. nanti-nanti la kot. macam pelik pulak kalau dah siapkan awal. nanti kang esok-esok dah takde keje. bosan pulak nanti, ye tak? (alasan orang pemalas).



dalam sonok-sonok ni, ada juga yang tak syok nyer.. sapa pandai cuba teka?? mesti korang tak tau..



sebenarnyaaa stresss tau tak. aku ni tak habes2 dengan stress yang tak penah habes kan? kali ni stress sebab elaun tak masuk lagi. dengar citernya bakal masuk dekat2 cuti midsem nanti.. giler tak stress?? dah la duit sem2 lepas dah guna atas tujuan yang tak dapat dielakkan.. sekarang ni mana nak cekau duit?? habeslaa, nampak gaya stok maggi bakal menghuni laci simpanan makanan aku.. sobssss.








jeless tengok kengkawan shopping sakan masa ekspo hari tu.. nak buat cemana, harusss la berjimat untuk masa depan yang lebih cerah.. gituewww~ tapi so far, okey lagi kott. esok lusa tak tahu la cemana.. nak mintak fuluss dari parents macam tak patut pulak. sebab dah besar, malu nak mintakk. huuhuhuuu!



nampaknyaaa, plan travel kena la tangguh dulu. semuanya kena tangguh sampai lepas midsem. tapi lepas midsem mesti busy gilerrr. aiseyyyyyy. melepas la nak berjalan-jalan sempena sem akhir. 



:kecewa :(



ok bye!

Saturday 23 February 2013

batas



assalamuualaikum



lamanya tak update blog. (intro cliche). tapi tetiba terase nak update something malam ni. btw, malam ni malam kedua aku kat bumi sintok yang agak kemarau ni.. dan ni adalah sem last aku kat sini. tak tau nak sedih ataupun nak hoorayy2.... sebabkan aku dah sem last, so aku kena la post something yang serious2 sikit kan? kan?




sebenarnya, lately aku asyik fikir pasal something yang pelik je.. that is pasal batas lelaki dengan perempuan. maksud aku yang bukan mahram. entah la. bukan la maksudnya aku nak tunjuk alim atau tunjuk pandai. tapi aku macam konfius pasal apa hukum couple?, apa hukum kalau dating2 ni?, macam mana pulak kalau keluar berdua walaupun without feeling antara keduanya? etc. banyak sangat aku fikir esp. time cuti hari tu.




sesapa terase jangan marah okeyy. ni just my random of thought je. berlaku pada diri sendiri dan bukan orang lain. ni just based on pemerhatian aku terhadap persekitaran dan sekeliling aku. so, aku perlukan jawapan, so that aku akan tau mana yang salah, mana yang betul..




1st, bila orang ajak couple, mesti kebanyakan kita akan fikir sama ada nak terima tau tak kan? tak ramai yang akan fikir sama ada couple itu harus atau haram. dulu aku penah terbaca satu artikel. stated that couple tu umpama kita makan nasi. makan nasi tu da tentu la harus. tapi kalau kita buat something inappropriate atau improper such as holding hands, hugging etc. automatic hukum couple tu akan jadi umpama makan nasik bercampur daging babi. (got what i mean?).








tu starting phase, fasa kedua pulak adalah bila keluar dating tanpa orang ketiga.. bak kata orang, kalau berdua je, mesti akan ada yang ketiga. time tu la, akan ada improper action happened. bukankah kita disuruh menjauhi perbuatan yang mendekatkan dengan zina?? someone penah berkata, apabila kita menjalinkan hubungan dengan seseorang, dan kita mematuhi batas-batas agama, maka kita adalah di jalan yang benar dan diredhai ALLAH. sebab tu kita tak digalakkan keluar berdua je dengan yang bukan mahram. tapi based on apa yang aku perasan, lelaki sekarang bila kita nak ajak member ikut sekali time diorang ajak keluar, mula la macam-macam alasan diorang bagi. konon malu la, nanti member kacau daun la, etc.. even you're engaged, both of you are still not mahram, isn't it?? sehinggalah pada saat kamu dinikahkan.




tapi lain pulak kalau kita keluar berdua dengan lelaki (bukan bf, tanpa ada perasaan, kawan mungkin). maybe bagi sesetengah orang, perkara ni bukan satu isu sebab kawan je punn kannnn. but still diorang bukan mahram kita. dan mungkin akan mendatangkan fitnah kepada sesiapa yang melihat.. tak begitu?? sila tegur jika kenyataan ini salah... tak salah jika kita bawa muhrim yang lain, kan? bukankah the more, the merrier??




entry ini bukan untuk menyinggung sesiapa. tetapi hanya peringatan terutama kepada diri sendiri.. sekiannn



kiut atau pelik??



assalammualaikum


todayy aku nak citer pasal orang keliling aku yang suka sangat buat muka pelik.. tapi kadang2 ada jugak muka pelik diorang macam comel jerrr bagi aku.. ahahhaha. bila tengok je boleh buat gelak berguling-guling sampai jatuh katil... tapi agak-agak diorang marah tak ye kalau letak muka pelik diorang dalam blog ni? ahhhhh, lantakkkkk. kalau gambar dah ade kat kamera aku, kira hak mutlak aku la kan. boleh buat suka hati kan???? hohohohohohohoooo (gelak jahat sakan)...




 tak pelik punnn..  comel jerrr farha




ini pelikkk. fariha ngekkss





abang ipar aku.... sengettt





bajettttt sindrommm





macam tak penah jumpa prosperityyyy




ini muka tak pelik.. kening dia je pelik sikitt. tapi afaf sangat comey loteyy
(abaikan orang di belakang)




tak sempat korek folder lain. cuma ni jer yang terjumpe takat ni. kira okey la kan, dari takde langsung... maklumla dah tengah malam sangat. ni pun challenge mek klate tadi, sape siap update dulu dia menang. dia dari tadi dah siap. aku jer terkedek-kedek... huhuhu



okey laaaaaa,, selamat malam semua.. have a nice dayy on your weekend yaaaa.... selamat tidooo... hohoho


XOXO. nad.



Sunday 13 January 2013

jom sihat, ceria, dan bertenaga.


assalammualaikum.



di kala member2 aku tengah busy mentelaah pelajaran, tetiba jari ni gatal nak taip entry baru. post bukan sebarang post. post ni ade ade kena mengena sangat dengan student, rutin harian dan kesihatan. bunyi macam nak post something yang beneficial je kan. tapi memang berguna pun.. 



INTRO: penah tak korang rase macam letih sesangat padahal korang tak buat aktiviti papepun, just surf internet, tengok tv atau benda yang tak keluarkan setitik peluh pun? pastu bila bangun tido pun rase letih, badan rase penat.. walhal baru je bangun tido kan..


aku selalu rase macam tu. sebab tu macam nak carik jugak la camne nak hilangkan sindrom-sindrom camtu kan.. pastu carik punya carik, jumpa la satu product ni.. rase macam nak try. 




blackmores executive B




menurut firasat aku, aku patut try product ni sebab product ni anti-stress, hilangkan keletihan dan buat kita bertenaga nak buat rutin harian. lagipun memang selama ni aku da try blackmores ni. tapi product vitamin c dia. bagi aku blackmores ni bagus sebab dia ni clinically tested. lagi-lagi bila zaman sekarang ni, macam wajib je setiap orang kena makan supplements untuk support and maintain kesihatan kita. bukan ape, memang la setiap hari kita makan nasi. tapi kita sebagai orang yang kurang ilmu nutrient, bukannye kite tau nutrient yang kite ambik tu cukup ke tak.. so, tu la gunanye supplement.



blackmores bio c 1000.



aku da ambik bio c ni dalam 2 bulan. hasilnya okey la jugak. sebab hasil die berbeza bagi setiap orang. ade member aku sorang ni muka dia makin berseri-seri sejak makan bio c ni. ade jugak yang jerawat makin surut, luka makin kering etc. so, bagi aku produk ni bagus dan menjimatkan. part menjimatkan tu yang paling aku suka.. ehehehe. sebijik tu dalam 40sen je. sebab kalau beli buah sepotong pun dah seringgit kan sekarang. so, sebab tu aku kate jimat.



kalau nak tau lebih lanjut pasal review product or harga pasaran, bole la tanye encik google. executive B tu pun aku tak try lagi. baru terase nak try. maybe sem depan la kot.. maklum la hujung sem la katekan, duit pun kering. lagipun tengah musim exam. tak sempat nak survey kat watson, guardian, carine bagai..



ok la. got to go.. nak sambung study yang terbengkalai. next paper, lusa.. da la paper berderet. mati la kalau tak sempat baca.. sorry kalau info berterabur.. sebab rushing sangat ni. lagipun dah lame tak tulis entry baru kan.. esok2 tak sempat nak berblogging.. heheh. ok byeee uollsss.



wasssalammm


Wednesday 9 January 2013

zoo negara after 17 years



assalammualaikum


itu hari, aku and separuh family aku pegi berjalan. bukan berjalan ke mane sangat pun. cume ke zoo negara je. and sebenarnyaa da lama sangat, last few months punyer ceritaa daaa~ entah kenape laa si abang kandung yang bajet tough tu ajak pi sana, padahal zoo negara je kotttt. abang korang ade ajak pi zoo? memang takde la kan. at least ajak la pegi bercuti kat pulau ke, kat hills ke.. lain la kalau anak beranak pi, ade la jugak motipnye. kengkonon nak bagi anak tengok gajah and ziraffe la kan. tapi aku follow je, sebab bukan senang nak kumpul ramai-ramai camni.



that day cuti deepavali agaknya. memang public holiday and that zoo was sangat crowded owww mase memula masuk. bebudak pun senang-senang je nak sesat. naseb baik naurah tak sesat, sebab acik maya asyik dukung die je.. suka la tu nak tambah macik lagi sorang..huh



lama giler tak datang sini woii. last datang masa 17tahun lepas. tu pun mase trip tadika dulu. tapi time kite tecik, mane la ingat pape pun kan. so, ni kire macam nak rewind balik laa. tapi rasenye macam banyak sangat yang da berubah.



entrance.




zoo's map.




direction. poning eden.




rusa, chameleon, penguinn.




the birdsssss




depa ni suke benar dengan gajahh. untung la budak tecik tuuu~




ularrr. serammmm. naik bulu romaa.. larikkkkk~




cik maya kecik cam semut bawak naurah berat cam gajah.




apes a.k.a beruk a.k.a orang utan.




look like kangaroo. tapi name die cam lain. maybe sedare jauh kangarooooo :D



batman dengan keluang man pemalass. tido je kejenyeee. bangun bangun!!




hyppo... comel rupenye badak air ni. kulit die macam lembik, pastu berair, pastu licin jerrr. kalah kulit aku..




fariha touched the snakee. euwww. and the amoi hold it.. euwww, balik jangan lupa samak oiiii.




#singa    #giraffe    #unta    #kura-kura gergasi kotttt?




aku kat taman rama-rama




toilet ladybird. comelss




tram zoo negara. kitorang tak naik pun




time ni da nak balik. depa dok khusyuk tengok hippopotamus


.





comel tak kera atas ni? ade macam muke korang tak? ekekekeke.. ok la tu je citernyee. motif: tak tau nak update apeee. takde mende nak story kat angpa semua... okbyeeee. asssalammmmmmmualaikummm!!