advertising purpose...CLICK ON THIS!

Monday 17 December 2012

mudah tapi sukar



assalammualaikum


Allah ta’ala berfirman:
الَّذِينَ يَأْكُلوُنَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَآءَهُ مَوْعِظَةُُ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ {275} يَمْحَقُ اللهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللهُ لاَ يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ {276} إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُوا الصَّلاَةَ وَءَاتَوُا الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ {277} يَآأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَذَرُوا مَابَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ {278} فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُونَ وَلاَ تُظْلَمُونَ {279} وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرُُ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ {280} وَاتَّقُوا يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَّاكَسَبَتْ وَهُمْ لاَيُظْلَمُونَ {281}

...maksudnya
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan lan-taran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusan-nya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal shalih, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua hutang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Dan peliharalah dirimu dari (adzab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua   dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakan, sedang mereka sedikit pun tidak dianiaya dirugikan
  (Al-Baqarah: 275-281)

?motip aku post al-baqarah pepagi buta ni

 sebab aku tengah dalam progress nak menghafal 7 ayat tu demi nak menambah carrymark dalam subjek qawaid fiqh aku untuk sem ni

 ?motip kena hafal ayat ni 

sebab ayat ni ade mention tentang perintah Allah yang mengharamkan riba  dalam transaksi perniagaanda nama pun student islamic finance and banking kan

~so tak boleh mengeluhhhh. haihhhh



 ,,, pastuuu boleh la balik klang dengan senang hatinyaaaa~yeayyyy,,,byeeee



Saturday 15 December 2012

sisters-in-future



assalammm...mualaikumm.


hai uollss.. da berape lama ek aku tak update blog ni?? aku pun tak hengat.. sem ni paling malas nak berblog. tapi takde la berniat nak remove blog ni. i sayang tau iluvfoodsomuch ni. nanti bila dah tua-tua, boleh la tunjuk belog ni kat anak-cucu-cicit-piut, nak jugak tunjuk yang opah diorang ni pun takdela buta IT sangat walaupun zaman opah 2012 tak setanding dengan zaman korang, ermm maybe tahun 2052 kot mase tu.. muahahahha berangan je lebihhh. tapi tak mustahil kalau umoq panjang la nooo. in-sya-ALLAH.



ohhh. sudah-sudahla intro yang merepek meraban tu kan, actually todayyy aku nak story kat angpa semua pasal someone yang almost jadik new family member aku. kalau kira-kira, dalam sebulan je lagi aku nak dapat seorang lagi kakak baru. tak sabar-tak sabar-tak sabar!! tapi bukanla maksudnya sisters yang available sekarang tak cukup baik, tapi aku kan someone yang sukakan kemeriahan dalam rumah, so bagi aku, makin ramai makin bagusss. tu yang aku happyy. and yess aku seriously happyy.. 



sooooo, ini la dieee; jengjengjeng :D



nama dia aku tak bape sure nak spell cemane. maybe nur ziha la kot.
tapi panggil maya jer. pelik kan?? ni pic mase engagement hari tu. tapi i'm not around sebab exam.
so, pic ni aku curikkk dari facebook beliau.. ekekekekke




diapit oleh her future mother-in-law (brown scarf) and  her own mom (black scarf).




kami. macam kakak dengan adik kan? aku kakak, die pulak adik. ok foinee.




aku memang suka jadi penyibokk. duduk tengah-tengah. kacau daun.




so-suwittttt.
btw, ni bukan pic curikk. snap by my own hokayyy. diorang je tak sedarr yang aku dok perhati. ;p




dua-dua memang suka giler snap gambarr.
ni first day aku jumpa dia. aku beraya rumah dia. dia beraya rumah kitorang..




cukupla kott gambar tu. nanti aku sambung dengan gambar mase wedding ceremony pulak yer. will be united officially on 19th january 2013. the receptions will be on 20th january (bride side) and 27th january (groom side). soo, korang semua are all invited okay for the second reception. aku belanja angpa suma makan nasik minyak noo. nak tunggu nasik minyak aku memang lambat tersangatla.. takut tak dan je nak jemputt korang nanti. almaklumla time sendirik nak kawin, mestila bizy gilerr. kan kan kan?? tau tau je kan.




okey la tu jer.. da lewat sangat ni. my roomate pun da tidoq da. letih makan durian kott. sempena program anak PERMATA terengganu petang tadi. satu kepala tiga ringgit jer.. okey la tu, at least merase jugak tekak aku makan durian kat bumi sintok ni. 


p/s: ehh japp, tetiba teringat citer istanbul aku datang pulak. dian (lisa) kan kaki blogging dalam movie tu. and tiap kali die nak end post die, mesti kena ade xoxo D (for dian).. aku pun nak buat jugak la..
XOXO Nad~ hehhh!! wassalammm


Saturday 10 November 2012

mission accomplished!!


assalammualaikum



ingat tak pasal mission yang tak brape nak impossible yang aku aimed hari tu? alaaa... yang pasal nak menghuru-harakan dapur rumah mak aku tu... kalau lupa, terjah balik kat SINI. so, dengan ini dengan bangganya aku nak habaq kat korang semua yang bahawasanya mission aku da accomplished. yeayyy!! tak sia-sia aku kumpul macam-macam resepi, paksa akak abang aku pegi tesco, giant dengan carrefour nak carik barang nak masak. sebabnya aku tak bape nak familiar beli benda-benda baru tuu..



tapi, sebagai first timer memang korang nak expect lebih-lebih laa kan. kate pun first time. haruslaaa ada salah dan silap. tapi semua tu benda kecik jer, yang penting jadik, ada rasa, ada rupa. tak gitu uollsss? ada yang mengkritik, ada yang puji. tapi yang tak tahannya, aku dengan penuh kompidennya hantar lasagna aku kat jiran depan rumah, yelaaa dah la diorang memang tekak mat saleh, tuan rumah pulak keje hotel, takat lasagna aku tu, dah sah-sah satu bintang pun tak lepasss. aisehhhh



tapi tak kisah la sumer tu, yang penting ada hasilnyaaa. hehe. so, dengan ini aku persembahkan kat korang hasil ayaq tangan aku. jeng jeng jeng...




1# tiramisu- in- cup.




2# beef meatball spaghetti bolognese.




3# pavlova




4# last one, lasagna.



hehe. so far, ni je la yang mampu aku bikin kat dapur kecik ku. cuti pun kejap, so sikit je la yang mampu dibuat. kalau ada yang tersakit perut sebab makan benda-benda alah ni, harap dimaafkan la ye. hehe. walaupun gambar tak bape nak menarik, tapi bak kata orang, jangan nak rupa je cantik, yang penting sedap dan boleh diterima anak tekak. muahahhaha. padahal sedapkan hati sendirik je... ekekekekke.



so, tu je untuk entry kali ni. tak dan nak bubuh gambar bebanyak, tengah rushing nak pi satu tempat yang amat jauh kat mesia ni... babaiiiii. :)


Tuesday 6 November 2012

cuti-cuti aidiladha



assalammualaikum



aidil adha da dekat 2 minggu kot berlalu. tapi aku baru nak meng'hupdate sekarang. nak buat cemana, line kekadang macam sipot sangat. kalau tak macam sipot pun, mesti lappy yang da lebih setengah dekad ni buat mogok. nak semput je kejenyaa. haihhh. ape la nasib kan. nasib baik asignment tak datang tiap minggu. kalau tak, bole pitam dibuatnyaaa.... 



ohh. nak habaq ni, tahun ni pestaim tau, aku tak sambut raya kat rumah. beraya kat rumah pun bukan ade ape sangat. ketupat pun takde, lemang lagi laaa memang takde. tapi petang raye tu aku ade buat tiramisu dalam gelas, akak aku pulak buat bubur kacang satu periuk belange.. ape tah simboliknya tiramisu, bubur dengan hari raye haji. aku pun tak pahamm.. padahal saje je nak tunjuk skill memasak yang terpendam selama ni. ekekekeke



so pagi raye tu, aku dengan my big bro pi melantak ketupat rendang kat rumah nenek tercinta, dengan alasan saje datang melawat sambil bawak bubur kacang semalam. dalam hati, betape bersyukur sangat sebab at last dapat jugak makan ketupat homemade.. alhamdulillah, ade jugak rezeki. ehehehe



petang tu baru kami berlima gerak pegi daki cameron highlands. daki la sangat kan. tapi sebelum tu kemas-kemas rumah dulu. takut ade yang berkunjung. name pun raye kan.. rupenye memang ramai pun makhluk yang berkunjung. siap stay 2 malam kat situ. my bro ajak memember dia lepak tengok movie.. takut la tu tinggal sensorang. hik3



FIRST DAY


isi perot dulu dekat hentian. laparrrr. budak tecik ni laaa, sebok  nak makan kat atokkkk dia.




lepas berpusing-pusing, sampai jugak kat rumah member. tumpang sehari dua kat kuarters TNB cameron ni.
jimatttt....




usha-usha tanah rata tengah-tengah malam. sejukkkk. lepak pekena teh tarik sup daging dulu.. masyukkkk



SECOND DAY

1#  LATA ISKANDAR



usha gerai tepi-tepi jalan




meriah sesangat




diorang dua beranak je yang mandi. kitorang basahkan kaki jerr. rugi tak bawak baju spare. :(




last, fariha and i...



2#  LADANG TEH BOH


daki puncak ladang teh boh.. pehhhh, penatt sangat.




bukan senang nak bawak budak kecik yang sorang ni. naseb baik sorang.. :)



kemain lagi posing semata-mata nak tunjuk view dari atas :)




penat-penat naik, sekarang time turun pulak.. nasib baik redup jerr. ok, next destination!!



3#  BIG RED STRAWBERRY FARM


jom pegi makan strawberryyyyyy. yeayyyyy!!




sempat merasa strawberry sundae, strawberry waffle, and french fries untuk minum petang.




antara tanaman yang ada




kami :)




kami 3 beradik.. with my niece.



4# PASAR MALAM BRINCHANG


signboard pasar malam brinchang. buka cuma hari sabtu jer




antara barangan yang di jual. tapi banyak strawberry je. bantal strawberi, kasut strawberi, keychain, baju, etc..tapi ada jugak bunga segar. yang lain-lain macam pasar malam biasa jer.



LAST DAY



last pic.
depan rumah yang kitorang stay.. gambar rumah lupa pulak nak ambik
thanks so much ye tuan rumahh. hehe




pagi tu jugak kitorang gerak balik. bila da sampai rumah baru tersedar, aku langsung tak beli pape. cuma beli strawberry je. tu pun untuk buat pavlova.. hehehe. so, jangan ada yang mintak ole-ole. sebab memang langsung takde.. huhu. at least cuti ni ade jugak tempat yang aku explore kan..:)


tu je untuk entry kali ni. soriii, gambar banyak sangat. tak tau nak cut yang mana. tamak haloba betul. hik3.
see u olls in next entryyyy. byeeeeeee


Monday 22 October 2012

mission tak impossible.



assalammualaikum



okay okay.. tajuk memang sangat poyo. tapi content entry ni kira okay la. takde la nak phuiiii and annoying sangat. =').


actually, khamis ni (25 nov) dah start mid-sem break. tapi malam ni aku dah bertolak balik klang. weehuuuu~. ponteng class rabu. bahagia je dapat ponteng. since, cuti ni combine sekali dengan aidiladha, so dapatla break dalam seminggu lebih jeeeeee.



dalam masa seminggu ni, aku dah ade plan baikkkk punyerrrr. takdela plan gempak sangat pun. cume nak menghuru-harakan dapur rumah aku je. yelaaaaa, sempena mak dengan abah aku pegi buat haji, 3 minggu lagi baru nak balik, harusss la aku ambik kesempatan tanpa ade yang menyelia. kalau tak, ade je yang tak betul. sukat tepung salah la, gula banyak sangatla.. and etc... ok, aku tengah mengumpat mak aku, sorryy makkkk.



so, mission aku yang sebenarnye adalah nak buat something yang aku tak penah buat sebelum ni. saje nak bagi orang kat rumah tu sakit perut. sebab aku pun tak tau jadi ke tidak benda alah tu. kira diorang aku lantik jadi AJK perasa makanan. (teringat jawatan masa kat asrama dulu, korang adaaaaa???). =")



mission pertama, #1


#1 pavlova. 
garing di luar, lembut macam marshmallow kat dalam..




mission kedua #2


#2 lasagna
orang sebut la-za-nia. ade jugak yang sebut la-ze-nia. terpulang.
isi dia ade daging kisar, keju mozarella, parmesan, cheddar, dan sos putih.




mission ketiga #3


#3 tiramisu-in-cup.
buat dalam loyang pun boleh. tapi macam susah nak potong-potong. 
lagipun aku takde loyang jenis spring-foam.



kalau ade bahan lebih dari lasagna tu, boleh la sambung buat spaghetti bolognese pulak. tekak ni teringin la pulak. da lama tak makan. hopefully menjadi la. kalau tak sia-sia je cuti ni. lagipun, kan da besaq gedabaq, haruss la belajaq masak kan. ini tak, tiap hari makan nasi bungkuih je laaa. bosaaaaan.



hahahhaa. okay baii. thanksss sudi bace luahan dari perut yang laparrrr sesangat ni. p/s: pagi tadi makan maggi goreng kedai mamak. naik tangge turun tangge. dah start lapar balikk. dasar tank besarrr.. ishhh3



EDC hotel, protocol and etiquette


assalamamualaikum.



selama ni aku ingat kursus protokol and etiquette tersangatla membosankan. dari sem 1 aku dok dengar pasal kursus protokol ni. dah la kena bayar mahal-mahal, pastu bosan pulak tu. memang tersangatlah tak berbaloi. itu kata orang-orang la.



bagi aku pulak, selepas setengah hari attend kursus tu kat EDC HOTEL UUM hari sabtu lepas, aku boleh consider yang course ni sangat sangat interesting sebenarnya. maybe depends kat orang yang bagi talk tu jugak kott. time aku pegi hari tu, puan suzainni yang in-charged. so sangat besttt. kenyang dan banyak input. makanan pun sedappp. Errr, walaupun biase-biase jeerrr.




EDC UUM. terletak antara uum dengan changlun.




laparrrr. urmmm, makanan tak serve lagi




appetizer. bun and butter jeee




next, soup... creamy sangatt. prefer mushroom soup kat pizza hut.




main course. chicken chopp.nampak je sikit. lepas makan memang tak larat nak bangun.
p/s: baru tau cara yang betul untuk makan coleslaw.




finally dessert. brownies + ice cream. prefer vanilla flavour, match with bitter brownies.





and last.....







licin licau. sebab kebulur sebab sedap. dan jugak sebab kebuluq..




hehe. tu je yang nak di share kali ni. nama pun iluvfoodsomuch kan. harusss la story pasal makanan. thankss sebab sudi baca luahan perut yang kenyang ni. peaceeeee!






Sunday 14 October 2012

hati terase nak ke overseas..


assalammualaikum



hai hai hai.. ni hao ma? da lama giler kot aku tak mengupdate blog aku yang tah pape ni. walaupun tah pape, at least sebulan sekali wajiblaa diupdatekan. ni tidak, dah dekat 5 bulan jugak aku ignore belog ni. kalau orang pregnant, 5 bulan da besarrrr gedabakkk kott perot tu.. dah macam orang tertelan tong gas kan. 



fyi, aku sekarang dah masuk sem 5. yeayyy. and so far so good, means belum ade repeat-repeat lagi setakat ni. alhamdulillahhh. ye la kan, program aku bukan macam budak engine punye program.. sebab tu boleh terselamat je tiap sem. tapi nak kate senang, takde la senang sangat pun. maybe aku ni termasuk dalam golongan bernasib baik kott. maybe la kot, maybeee.. sebabnyee selalu je sipi-sipi nak repeat. LOLzz



and-and, disebabkan program aku ni takde la nak tough sangat kott, jadi aku selalu tak serius, selalu play-play. selalu berangan sana-sini. kadang-kadang time weekdays, aku bole pulak tuang class pastu balik selangor. padahal dulu-dulu aku skema yang terover. nak ponteng pun takut. tapi sebenarnye tadek ape yang nak dirisaukan punn, sebab member aku bole tolong cover.. hehe. thankss kawansss!!



tapi sebab rutin aku selama 2 tahun ni asyik berulang je, so aku macam nak buat somethings new tau. macam pegi holidayyy kat overseas ke.. boleh tak?? sape nak temankan aku? sebab last sem da pegi langkawi, jadi niat aku melencong ke seberang pulak sem ni. bukan ape, even langkawi tu dekat je tapi pehhhh transport nak ke sana bapak mahal kottt. pakcik-pakcik teksi semua cekik darah tahap gaban. jadiknye, kalau nak pegi yang jauh lagi la mahal kan. lain la kalau transpot sendirik.. part transport tu je la aku malas nak pikir. tapi kalau expenses yang lain tu, insyaallah berehhh..



tapi aku takde la over sangat sampai nak ke Europe bagai. target aku just nak round yang Asia dulu. nanti dah keje ke, dah kawen ke, baru pikir yang Europe pulak nanti. eh, kawen?? opssss, tettttt.. tapi aku yang first timer ni kalau nak ke overseas, mestila kena ade yang guided. sebab tak penah lagi kan. insyaallah, kalau dah pandai, sorang-sorang pun aku tak kisah. keh-keh-keh. ayat kerek da keluar. tengok-tengok ade yang nangis dalam flight kang. hahaha. 


jom berangan sesama :)



ni baru namenye student. pi mana-mana pun buku still tak lepas. aku? memang tak la.. tapi kalau novel, maybeee kott.. heee~




bandung pun okey lagii. 




USS pun aku teringin nak pi gakk. jom, jom! heee~




krabi thailand pun best gakk.. berangan je la yang mampu :)




penat jugak bermimpi di siang hari ni. so aku nak save bende-bende ni untuk mimpi malam hari pulak. sekarang nak hadap alam realiti yang selalu buat aku pressure. kerja yang tak penah habis. bagi aku kerja tu boleh sebijik macam sayur mayur yang berlonggok-longgok kat pasar. belum lagi habis yang lama, terus tambah yang lagi baru.


tu je, okbai.. thanks sebab sudi baca and blogwalking kat blog ni... hehe. next entry pasal project utk cuti midsem a.k.a cuti eid adha pulak ye. stay tuneee. have a nice dayyy. muahhahahhaha




Wednesday 27 June 2012

hari-hari akhir semester 4


assalammualaikum


dah dekat seminggu aku terase-rase macam nak update blog usang aku ni. tapi bila nak tulis post baru, ade aje aral yang melintang. ececececeh. contohnya, ada orang ajak keluar la, pastu tetiba mengantuk la. pastu malas pun ada. tapi since 2-3 hari yang lepas wireless tempat aku ni tersangatlah hampeh. pastu terdengar rumours, katenya line takkan okey sampai hujung semester ni sebab staf kat ofis tu da tutup dah semua suis. so, aku time tu dah runsing giler. dah la aku ni kaki layan tonton. maklumla, semester ni pun tinggal berapa hari je lagi kan.



demi mengingatkan yang lagi sehari hari je aku bakal menamatkan semester ke-4 aku, so aku rase macam wajib jugakla update entry bebanyak. buat draf. pastu kat rumah nanti aku cuma kena publish je. senang. sebab sesungguhnya orang lain cuti duduk goyang kaki kat rumah, aku ni pulak umpama bibik yang diimport dari kedah. teruk ohh. mengeksploitasi kewujudan aku kat rumah. tapi aku seronokkk. ni statement pelik tapi benar.



actually, before aku balik selangor, aku dah berniat nak ronda-ronda negeri lain kat mesia ni dulu. cer teka aku nak lepak mana??? cehh, soalan suspen macam nak mintak pelempang je kan. padahal nak pegi perak je pun. aku ni kecoh je lebihhh. saje nak cuti-cuti mesia. pastu bukan nak pegi melancong pun. setakat nak hirup udara kat tempat orang je. and tempat tu adalah manjung. dah alang-alang pegi situ, nanti aku dah plan nak merempit dengan budak hud ke lumut. apa yang ada kat belah-belah situ eh?? itu yang aku tak tau...



maka disebabkan last two weeks aku baru je balik selangor. so, sebab tu la kot mak aku pun macam okey je aku balik lambat. asalkan pandai jaga diri and tak mintak duit belanja . tapi betul jugak, aku sebagai manusia yang dah berumuq 22tahun 2bulan 21hari memangla kena wajib pandai jaga diri sendiri and berdikari. takkanla nak pegi memane nak berhantar and berjemput kan. tak independent and otomatically tak cool la kan..ahakkks =') 



tak sabau nak bercuti panjang. nak berpuasa. pastu raya. pastu kumpul duit raya. yeayyy. part duit raya tu yang paling best. hahaha. baju raya pun dah siap beli 3 pasang. pasni nak beli lagi seploh pasang. kahkahkah. kemain lagi baju nak berbelas pasang kan. bajet retisss gituew. padahal bukan kemane sangat punnnn. okey la. semoge cuti kali ni lagi best and happenning. aminnnnnn~ 







okey. bye2 semester 4.. hikhikhik.


Monday 25 June 2012

cheesy bites steak pizza.. marvellous!


assalammualaikum






sebab tak sabar nak bagitau content entry aku, makanya awal-awal lagi dah tempek poster pizza hut yang dah tak berape nak baru ni.. ececececceh. nak kate aku dah makan pizza baru la ni kan?? ya betulll. sedap uolls. makan jejari tepi tu pon dah boleh bikin perut terasa puas and kenyang. apatah lagi makan yang centre tu kan.. hik3. ( ketawa gedik).



ni story masa balik selangor yang seminggu tu la. teringin sangat nak makan la konon-kononnya. maka, aku pon paksa la fariha bawak aku ke situ. almaklumla, i kan belum ade kete sendirik, makanya harusla berhantar berjemput. nak bawak kereta depa tu, depa takut aku jahanamkan kereta depa pulak kan. makanya dengan penuh rasa paksarela, fariha bawak aku ke pizza hut setia alam. take away je pun..




ni la namanye orang tak reti nak sabar. kengkonon nak makan kat rumah, tapi belum pun sampai kitprang dah bedal jejari dia. tu yang nampak rongak semacam tu.




ni aku amek yang chicken steak. padahal sebenarnya aku nak order yang beef steak. orang yang on-duty kat kaunter tu la. tak tanya pon kita nak flavour apa. tengok-tengok dia dah bawak masuk order kat dapur. bila aku tanya balik lepas tu, boleh pulak buat tak tau. cisciscisssss. tak tahu ke customer should be treated like a king?? huhhhh!! geram jee. part service aku bagi 0.1 bintang je. dah la slowesttt. tapi yang chicken pun sedap jugak sebenarnya.. nasib baik sedappp.




aku amek set hari tu. so ada 2 bowls of soup-of-the-day. and garlic bread.




pehhhhh. sampai sekarang terasa-rasa kenikmatan and kesedapan pizza ni. nyum nyum nyum. sedap sangat. part rasa dia, aku bagi seploh bintang. kahkahkah. mentang-mentang pizza tu memang pavret, boleh la kata sedap terlampau. cer bagi mak aku makan, kompem-kompem dia bagi 0.5 bintang je... layannn. hehe~




ok. tu je bedtime story untuk hari ni ye adik-adik. kita jumpa di hari dan diwaktu yang sama tahun depan kat  iluvfoodsomuch.blogspot.com ye.. hehhe. okayy bai. wassalammm







tips: khas untuk manusia yang susah nak tidur


assalammualaikum.. !


hai semua.. lately sejak2 assignment da makin berkurangan ni, mata ni macam susah giler nak tido. kadang2 pukul 2 pagi pun still berjaga lagi. padahal bukan ada keje pun. dulu mase banyak gile keje, asal pukul 11 je da menguap2 macam da dua hari tak tido. mata ni tak reti nak paham tuan dia kan?.

anyway aku dengan secara tetibenya dapat some ideas yang mungkin dapat dipraktikkan in case situasi di atas berlaku kepada korang jugak.. idea aku ni mungkin bagi korang idea yang agak lapuk. tapi seriusly sangat berkesan kat aku.

well. maybe best step kalau korang susah sangat nak tidur ialah:

1) BACA BUKU






2) BUAT NOTA and DO A REVISION








3) TENGOK TV (cerita yang agak-agak bosan sikit)






4) DENGAR LAGU YANG SLOW







5) KIRA BIRI_BIRI @ KAMBING kot








well, kalau tanya aku, kalau aku tak boleh tido kompem aku buat style yang nombor 4 tu. kompem terlelap. cara paling simple dan berkesan bagi aku. tapi paling aku tak penah buat adalah yang last nombor 5 tu. aku macam kompius la camne nak praktikkan cara ni. sebabnya dah biri-biri tu takde depan mata, macam mana nak kira kan.. ke korang penah buat?? berkesan kah?? takpe la nex-nex time je la aku try test.. hehe.



ok. bai.. nite. wassalam..



p/s:  entry ni da jadi draf sejak dari tengah-tengah sem hari tu. so macam dah out-dated jugak la..padahal sekarang dah hujung sem dahh..