advertising purpose...CLICK ON THIS!

Saturday 31 December 2011

lain negeri lain budaya

WARNING: THIS FOLLOWING ENTRY WOULD BE THE LONGEST ENTRY EVER

assalammualaikum..



tahukah anda bendera negeri apakah ini??
A: SELANGOR      B: PERAK      C: SARAWAK      D: KEDAH






kalau korang join RM1000000 money drop ni, sure korang bankrap terus
sebab jawapan sebenarnye adalah..... NEGERI SEMBILAN !! =')





MOTIF TANYE SOALAN MEREPEK??



padahal takdela merepek sangat kan? general knowledge kotttttt... haha. takde la sebenarnya aku nak story morry sikit pasal eksplorasi aku ke negeri sembilan last week. hewhewhew.. padahal bukanla explore sangat pun kan, just setakat joint venture majlis bertandang cousin aku ke belah husband die je ponn.. hehe.tapi macam orang kate la jauh perjalanan, luas pemandangan. daripada duduk terperap kat selangor, baiklah tengok negeri orang kan??


and that day arah tuju kami adalah TANJUNG IPOH, NOGHORI SEMILAN yooo.. my sista (FAREYHA) and i thought of dropping at nilai after everything was settled. unfortunately, we have been entrusted to bring along 3 kids with us.. so, our plan have to be cancelled *frustt wooo*



HABIBAH, ANIS, TURSINA
(our cousins)


and again aku ingat perjalanan tu maybe dalam sejam je. yelahh, bukan ke noghori semilan tu cume sebelah selangor je?? ke... ilmu geografi aku yang salah ni? dengan penuh kompius.. last2 sampaila jugak ke senawang. kire da dekat ler tu.. masuk sana, masuk sini, belok sana, belok sini, akhirnya sampaila jugak ke tanjung ipoh tuuu. fuhhhhh.. ingatkan da sampai. ghupenya masuk lagi, lagi dan lagi dalam. memang adventure gile laaa. haishhh. dalam 2 jam camtu, baru la sampai. singgah kat rumah abang pengantin, bagi laluan untuk pengantin bersiap2 jap. that day, the theme colour was blue.. and again aku dengan fareyha salah tema lagi. we were wearing purple... aiyakkkkk~



fareyha with the bride and the kids as well.


antara yang join majlis bertandang



suasana kampung. jalan ni muat untuk satu kereta je. then biri-biri merata-rata.



fareyha parking kereta betul2 sebelah gate D'Kok Eco Camp
(excuse me, kereta besau ni bukanla kete fareyha okeyy!! huhuhuhu)

adat n9: pengantin akan diarak atas tandu



selamat datang ke majlis perkahwinan Ija dan Jaz



family pengantin belah perempuan



serba biru




fareyha and i. sape lagi tinggi??





kids, me and my nenek




kengkonon muka licin
jangan tertipu !! gimik camera semate2




rumah pengantin lelaki. bagi aku rumah ni nampak klasik dan unik. tak gitu?






fareyha was exhausted






bebudak pun da keletihan



berjaya menapaw. 15biji 1 kereta.. hewhewhew~
time kaceh tuan rumah!


pastu kami pun beransur la. takkan nak tidur sane pulak kan. lagi2 bawak anak orang pulak yang 3 orang tu. lambat balik karang kena menjawab pulak kat mak ayah diorang.. so, niat nak singgah ICEROOM kat nilai terpaksa dibatalkan. cissssss!. sampai rumah, tengok2 mak ayah diorang belum balik. dengar citer bershopping dulu entah kat mane tah.. aku macam berapi la jugak. tak aci woooo~


ohh.. lupa. jiran depan rumah aku ade jugak buat kenduri arini. dari pagi sampai petang kalau tak silap. tapi segan la pulak nak masuk sebab macam dah abes je majlis tu. tapi rase bersalah la pulak sebab tak pegi. takpe kot~ konon2 alasan penat la kan. hehehe. 


malam tu, dalam penat tak abes lagi, aku dengan fareyha pegi meronda tesco, tengok barang ape yang best yang mampu dibeli. pusing punye pusing sambil tolak troli yang gedabak, last2 just beli 6 tin air and 1 botol losyen. euwwww, memalukan..keh3. nak balik tu kitorang singgah mencari makan kat EWAN CORNER atau lebih faymes lagi kedai nasi ayam RM2. tapi takdela makan nasi ayam. dah malam kot. so, just order mee goreng, teh ais and neslo.



teh ais je mampu di snap. sebab mee goreng awal2 lagi da licin. sedap gilerrr kot mee goreng die.
next time boleh la pegi lagi.. hehehehe~


tu je kot. panjang tak entry aku?? huahuahua~
okeyla.byeee. wasssalammm !!



teatime @ MK Fatimah


assalammualaikum..


hari kedua aku kat rumah last week diteruskan lagi dengan mengeksplorasi tempat makan yang tak pernah aku jejak sebelum ni. jom makan-makan malaysia. hari ni kitorang pilih restoran MK FATIMAH untuk minum petang. actually tak plan pun nak melepak kat sini. tapi dah alang2 da on the way ke bukit kapar. so kami singgah restoran ni jap..


restoran ni ala-ala mamak sikit. jom pekena maggi goreng die.


my sis khusyuk layan mee goreng mamak sampai anak dilupakan. ish3


jom melantakk~


tu dia.. little monster da bangun..baby, say hiii~


geng melantak. anyway, botol susu tu bukan aku punye okeyy.


overall, bagi aku makanan kat restoran ni tak marvellous sangat. biase2 je kot. aku order teh ais pun macam tak kaw langsung. tapi neslo dengan teh tarik die boleh tahan la. makanya, aku bagi restoran ni 2 bintang je.. huhuhu~

p/s: oh ye, this MK Fatimah is not the one which is at setia alam tu tau. ini yang outlet kat meru tu. maybe outlet lain lagi sedap kot. time aku datang tak ramai customer pun. tapi yang setia alam tu mak aihhh selalu  full seated..

tu je. okey bai~
wassalam jangan dilupakan..huahuahua


welcoming 2012


assalammualaikum...



alhamdulillah.. tahun baru kembali lagi. dan tuhan masih panjangkan usia untuk menempuh kehidupan yang makin mencabar. tibanya tahun 2012 ni bermakna usia da makin meningkat dan secara tak langsung tanggungjawab yang dipikul semakin berat. make sure azam 2011 dah tercapai sebelum buat azam yang baru okeyy.. 

and also to anyone who will celebrate this new year eve with examination paper just like I do: 
GOOD LUCK !!!

okey.bai.wassalam~


Friday 30 December 2011

visiting our new-born cousin AFAF HULMA

assalammualaikum...


macam yang aku da gembar-gemburkan, last week aku da berjaya balik selangor dengan jayanya. tapi takde la lame sangat pun. dalam 6 hari je. and bagi aku, cuti ni langsung tak macam study week, for me its more to travel week... heheeee~ padahal sebenarnye bukanla travel sangat, just pusing2, ronda, tanpa arah tuju...

and my first day at home aritu, takde buat ape sangat pun. konon2 nak berehat dulu gara2 penat dan letih along the journey. tapi seriously, memang letih giler. walaupun aku bukannye orang yang drive bas tu tapi duduk selama 8jam dengan posisi yang terbatas sesungguhnya sangatla meletihkan. tak percaya?? try yourself..=')

then, lepas penat aku da hilang sikit, aku ajaklah kakak aku pegi lawat our new-born cousin. alang2 that day bebudak farha dengan farah ade sekali bolehla bawak diorang. tapi time nak pegi tu, budak kecik farha tido la pulak. kan da kena tinggal...


farha and farah. (a part of de picture have to be cropped)


inilah die my new-born cousin. introducing AFAF HULMA


the baby with the innocent farah hazhirah


and again. the baby with the REAL farah hazhirah


the baby sangat comelsss. walaupun melawat baby adalah perbuatan yang sangat usual. tapi bagi aku macam best giler. lagi2 bawak budak farah tu. selambe badak giler.. ditambah pulak dengan minum petang yang sedap kat rumah my makcik and pakcik. thanks for the karipap panas yang rangup dan juge nescafe panas yang marvellous..

tu je untuk kali ni.. nak study ni hoiii..kehkehkeh..
okeyyy bai. wassalam


Thursday 22 December 2011

makan-makan jerrrr


assalammualaikum


hai u olzz, aku excited giler ari ni. finally dapat jugak aku balik kampung kat klang nun. nak buat macam mane kan, kelas aku 6 hari seminggu. then tiap jumaat ade je program. pendek kate 7 hari berturut-turut aku busy dengan tugas seorang student. da nasib badan.

dan berkat kesabaran dan ketekunan serta kededikasian aku, sem 3 aku nampaknya akan berakhir dengan jayanye tak lama lagi. this morning, my last class for this sem was over. yeayyy. but next 31st will be my first paper for my final. tapi paper tu macam okey sikit la. then another 1 week pastu, aku bakal ade 4 paper berturut-turut start from 7th january. for sure that time aku takkan dapat bersukeria macam sekarang dah.

ohh. semalam my process writing class adelah buat makan sikit-sikit. walaupun just sikit-sikit je, tapi sangat enjoy tau. tapi yang tak bestnya, semua makanan ditaja oleh lecturer. student langsung tak bawak pape. macam tak elok la pulak kan. nak buat macam mane, bilik kat hostel bukan ade dapur nak masak2 ni..hehee~ (padahal, lecturer aku pun beli je semua tu..) hikhikhik


so, that gorgeous lady with brown scarf is my english lecturer, MISS NURUL =')
with mira, yana and nisa.


moist choc cake; sponsored by MISS NURUL aka MISS NUNU =')


cik syeri and i (macam muka bangun tido)


macam2 ragam. aku pulak macam invisible kat situ. huh ! =D


last; THIS IS US !!


in conclusion; class process writing sem ni tersangatlah enjoy.. because we have miss nunu as our lecturer. dah la sporting, comel, and cun lagi. hopefully sem depan dapat class yang lebih happening.. yeahh..ayuh semangat.. huhhhhhhuuuu~ okeylah bai. wassalam.


OUCH.IT'S AN EXCITING DARBIAN NIGHT GUYSSS

assalammualaikum 



whoa, dua hari lepas my dpp (dewan penginapan pelajar) ada buat dinner special untuk semua resident die kat dewan mas (muadzam shah). at first, aku memang malas gile la nak pegi. tapi lepas kena blackmail macam2, aku pun macam surrender untuk join dinner ni. padahal bukan ade pape pun kalau tak join. cissssss. :)

well, nak dijadikan citer. aku seriously sangat malas bile haruss pikir pasal outfit untuk dinner2 ni. haishhh. tapi at last dapatla juge baju untuk dipakai malam dinner tu nanti. walaupun tak vogue, tak ayu, tak bape nak anggun, dan juge tak brape nak liplap liplap.dan jauh sekali ikut tema die iaitu elegant... tapi bole la takat buat makan2 untuk dinner ni =')

anyway.. aku harus highlight kat sini yang bahawasanya pada malam tu, aku tengok semua orang memang cun and meletop abesss. aku rase aku sorang je yang paling tak elegan dengan muke serabai, mekap pun takde, baju biase2 je..memang rase ketinggalan giler woooo..sobssss.

gambar aku pon tak banyak malam tu. datang lambat, balik awal. ngantuk. tak sempat nak bergambar dengan kengkawan lain. nah, aku serve korang dengan gambar2 time malam tu. tu pun hasil daripada stalk pacebuk kengkawan aku. hik3.. 


DEWAN MAS YANG GAH


time baru sampai (huda, aku, kak yana) peaceeee !!


geng mazura and ema. vogue siottt.


aku dengan huda. duduk satu table wif other seniors.


suasana malam tu. tapi kitorang dapat table belakang sebab lambat. tapi dekat dengan makanan. ahaksss


my bff cik syeri.. dapat meja VIP.. wowwww


antara performance menarik malam tu
(akustik band, persembahan dari pengetua, persembahan dari student indonesia)


izati and the geng.. meletoppp!


dayah, ina,wani and the gengsss


santapan untuk kami malam tu; nasi beriyani ;))


nombor lucky draw. tapi tak bertuah pun..yang penting dah have fun. yeayyy!


banyak sangat gambar malam tu. sampai tak tau nak letak yang mane satu. nyway malam tu kitorang enjoy la jugak walaupun lapar woo. makanan tak cukup. selain nasik beriyani ade juge mee kari, kuih muih dan lain2. tak hingat.. performance pon not bad la. even student somalia pun ade perform gak. tapi tak snap pulak. tapi paling nervous bile part spotlight tu.. haishh, gelabah gileee. kot kot hala kat aku. tak pasal2 kena menyanyi tanpe lirik atas stage.. takmo takmo......huuuu~

okeyla. tu je kot..see u in next entryy. wassalam =0


Wednesday 21 December 2011

wordless wednesday: motivation

assalammualaikum !!




my deskstop wallpaper sebagai motivation sepanjang tahun
berkesan ke cara ni ?
boleh fit ke ??
ENTAH !!


ok bai..wassalammmm

Tuesday 20 December 2011

true friendship


assalammualaikum !!


today aku bukak blog best quote and aku terbace this poem which is bout friendship kot. tetiba rase macam nak share pulak poem tu kat blog ni. and this is it:




I know I'm not a perfect friend,
You're broken heart, I've tried to mend.
Instead I made you hurt and cry,
Maybe I should say goodbye.
Would it be better for me to go?
I asked you, and you said "No".
Why say no when I hurt you so bad,
But believe me, You're not the only one that's sad.
I made my best friend hurt like mad,
If I left would you be glad?
Deep in my heart,
I'll always know,I'll love you always,

Even if I go!


yeah.aku sukekan friendship between spongebob dan patrick !!


haha. thanks for reading. see u in next entry..ok bai !!

#padahal malas nak menaip entry baru. copy n paste#

Friday 16 December 2011

SEMESTER YANG MENYESAKKAN.

assalammualaikum !


well, finally my 3rd sem almost over. yeayyy !! tapi dalam gembira2 tu tetibe muncul pulak part yang merisaukan kepale eden. adehhh. ini semua gara2 add drop session yang baru berakhir 2 hari lepas.. memang lah lega teramat bile add drop da setel tapi masalahnye, timetable pulak makin padat teramat. so, cite2 nak balik hometown tercinte selalu terpakse dilupekan. cisssssssss !! huh..




ni belum start sem baru lagi ni. bile start je sem depan, jadual ni automatik akan bertambah lagi satu subject. ya, satu lagi subjek di hari sabtu (hari untuk merehatkan otak). lokasi tiap kelas pulak jauh2 semuanye. hujung sem depan kompem aku makin kurus..ahaksss (memang tipu la).


anyway.. mungkin ini la yang dinamakan sacrifice kot. lumrah hidup seorang student yang malang.. huuu~ malang la sangat kan. padahal enjoy sana sini kemain.


ok la bye. nak completekan portfolio hiasan dalaman. esok dah kena submit. hah, ni baru namanya student sejati. terpaksa rajin sebab buat kerje last minit.. huahuahua..bai.wassalamm !


Sunday 11 December 2011

HARI MEMBAZIR SEDUNIA


ASSALAMMUALAIKUM.



hai korang, last friday aku join group member aku ni meronggeng ke alor setar. nak carik baju untuk dinner la kononnye.. tapi aku macam tak jumpe yang berkenan. tetibe ternampak kelibat MCD kat ground floor. weehuuu.. (padahal memang da tau kat situ ade mcd). dalam hati da terbayang2 prosperity yang baru tu. dah la dari pagi belum makan pape. memang lapar gile. so, kitorang pon decide untuk makan mcd secare beramai2..huhuhuuu. 


amacam?? burger, mc fizz and twister potato?

tapi..tetibe kat kaunter tu macam kompius nak makan cheeseburger ke, nak makan prosperity.. sebab cheeseburger pon aku suke jugak..hik3. tetibe member aku CIK SYERI ajak aku makan prosperity. aku follow je. and bagi aku prosperity memang marvelous...=')


inilah kami @ mcd star parade, alor setar.*colourful kan*

pas jenjalan ke sane sini, aku nampak GUARDIAN pulak. aku usha2 la area2 skin care. then aku pon amek few CLINELLE products sebab aku punye da nak abeh. tetibe ade promoter datang suggest NANO WHITE. aku da la memang senang nak terpengaruh. time part nak bayar tu la, mak aihhh mahal giler kot. nak tak nak bayar la jugak..huhuhu.tapi tak menyesal beli sebab memang puas hati =')

then masuk pulak POPULAR kat level 3..wah, aku da la kaki novel. nampak pulak novel2 top seller. memang aku rambang mata. aku carik novel BUKAN PUTERI LINDUNGAN BULAN sebenarnye. tapi takde. last2 aku beli ni:

top seller kat mph dengan popular.*1049 ms*..
(buku financial management aku pun tak tebal camtu.)

then, lepas melepak2 kat star parade and city plaza, kitorang singgah la kat jitra mall nak tengok wayang la konon. tetibe tiket sold out ler pulak. then pegi usha baju2 sikit. dapat la 2 helai. masuk pulak area barang dapur. tak rase nak beli pape. tapi last2 dapat barang 1 plastik besar. membazir lagi kat situ. haihhh. da la semua yang jenis2 3in1 tu. memang stok pemalas betul..huhuhu.

then, kitorang decide nak balik. akhirnye pembaziran da dapat dihentikan. yeayyyy. tapi tetibe KAK AINA (driver of the day) tu stop kete. singgah beli makanan pulak. aku pun tumpang sekaki la beli kan. then diorang kate MOI SUP kat situ sedap. aku beli la bungkus sebab nak try kan.sekali tu, bile makan sedap gile woo.hehe


ni lah die moi sup (bubur nasi + sup). mule2 dulu aku tak tau orang panggil bende ni moi =')


actually aku tak sedar pun yang aku da berbelanje banyak giler hari tu. tapi bile aku calculate balik, yang aku da spend untuk 1 hari tu je same dengan bajet 3 minggu aku. mak aihhh. so, untuk 3 minggu yang akan datang ni, aku kena ikat perut la nampaknye...sob3

dasyat tak pemborosan aku?. bak kate member aku, aku jarang keluar. tapi bile da keluar mule la shopping tak ingat dunie..wahahha. aku sendiri tak sedar. tapi tak pe la, nex time aku kena buat list dulu sebelum kua.

okey la. bye. thanks a lot....wassalamm

p/s: at the end of the day, aku tak beli pun baju untuk dinner tu. bende lain pulak aku borong..*sigh*