advertising purpose...CLICK ON THIS!

Wednesday 27 June 2012

hari-hari akhir semester 4


assalammualaikum


dah dekat seminggu aku terase-rase macam nak update blog usang aku ni. tapi bila nak tulis post baru, ade aje aral yang melintang. ececececeh. contohnya, ada orang ajak keluar la, pastu tetiba mengantuk la. pastu malas pun ada. tapi since 2-3 hari yang lepas wireless tempat aku ni tersangatlah hampeh. pastu terdengar rumours, katenya line takkan okey sampai hujung semester ni sebab staf kat ofis tu da tutup dah semua suis. so, aku time tu dah runsing giler. dah la aku ni kaki layan tonton. maklumla, semester ni pun tinggal berapa hari je lagi kan.



demi mengingatkan yang lagi sehari hari je aku bakal menamatkan semester ke-4 aku, so aku rase macam wajib jugakla update entry bebanyak. buat draf. pastu kat rumah nanti aku cuma kena publish je. senang. sebab sesungguhnya orang lain cuti duduk goyang kaki kat rumah, aku ni pulak umpama bibik yang diimport dari kedah. teruk ohh. mengeksploitasi kewujudan aku kat rumah. tapi aku seronokkk. ni statement pelik tapi benar.



actually, before aku balik selangor, aku dah berniat nak ronda-ronda negeri lain kat mesia ni dulu. cer teka aku nak lepak mana??? cehh, soalan suspen macam nak mintak pelempang je kan. padahal nak pegi perak je pun. aku ni kecoh je lebihhh. saje nak cuti-cuti mesia. pastu bukan nak pegi melancong pun. setakat nak hirup udara kat tempat orang je. and tempat tu adalah manjung. dah alang-alang pegi situ, nanti aku dah plan nak merempit dengan budak hud ke lumut. apa yang ada kat belah-belah situ eh?? itu yang aku tak tau...



maka disebabkan last two weeks aku baru je balik selangor. so, sebab tu la kot mak aku pun macam okey je aku balik lambat. asalkan pandai jaga diri and tak mintak duit belanja . tapi betul jugak, aku sebagai manusia yang dah berumuq 22tahun 2bulan 21hari memangla kena wajib pandai jaga diri sendiri and berdikari. takkanla nak pegi memane nak berhantar and berjemput kan. tak independent and otomatically tak cool la kan..ahakkks =') 



tak sabau nak bercuti panjang. nak berpuasa. pastu raya. pastu kumpul duit raya. yeayyy. part duit raya tu yang paling best. hahaha. baju raya pun dah siap beli 3 pasang. pasni nak beli lagi seploh pasang. kahkahkah. kemain lagi baju nak berbelas pasang kan. bajet retisss gituew. padahal bukan kemane sangat punnnn. okey la. semoge cuti kali ni lagi best and happenning. aminnnnnn~ 







okey. bye2 semester 4.. hikhikhik.


Monday 25 June 2012

cheesy bites steak pizza.. marvellous!


assalammualaikum






sebab tak sabar nak bagitau content entry aku, makanya awal-awal lagi dah tempek poster pizza hut yang dah tak berape nak baru ni.. ececececceh. nak kate aku dah makan pizza baru la ni kan?? ya betulll. sedap uolls. makan jejari tepi tu pon dah boleh bikin perut terasa puas and kenyang. apatah lagi makan yang centre tu kan.. hik3. ( ketawa gedik).



ni story masa balik selangor yang seminggu tu la. teringin sangat nak makan la konon-kononnya. maka, aku pon paksa la fariha bawak aku ke situ. almaklumla, i kan belum ade kete sendirik, makanya harusla berhantar berjemput. nak bawak kereta depa tu, depa takut aku jahanamkan kereta depa pulak kan. makanya dengan penuh rasa paksarela, fariha bawak aku ke pizza hut setia alam. take away je pun..




ni la namanye orang tak reti nak sabar. kengkonon nak makan kat rumah, tapi belum pun sampai kitprang dah bedal jejari dia. tu yang nampak rongak semacam tu.




ni aku amek yang chicken steak. padahal sebenarnya aku nak order yang beef steak. orang yang on-duty kat kaunter tu la. tak tanya pon kita nak flavour apa. tengok-tengok dia dah bawak masuk order kat dapur. bila aku tanya balik lepas tu, boleh pulak buat tak tau. cisciscisssss. tak tahu ke customer should be treated like a king?? huhhhh!! geram jee. part service aku bagi 0.1 bintang je. dah la slowesttt. tapi yang chicken pun sedap jugak sebenarnya.. nasib baik sedappp.




aku amek set hari tu. so ada 2 bowls of soup-of-the-day. and garlic bread.




pehhhhh. sampai sekarang terasa-rasa kenikmatan and kesedapan pizza ni. nyum nyum nyum. sedap sangat. part rasa dia, aku bagi seploh bintang. kahkahkah. mentang-mentang pizza tu memang pavret, boleh la kata sedap terlampau. cer bagi mak aku makan, kompem-kompem dia bagi 0.5 bintang je... layannn. hehe~




ok. tu je bedtime story untuk hari ni ye adik-adik. kita jumpa di hari dan diwaktu yang sama tahun depan kat  iluvfoodsomuch.blogspot.com ye.. hehhe. okayy bai. wassalammm







tips: khas untuk manusia yang susah nak tidur


assalammualaikum.. !


hai semua.. lately sejak2 assignment da makin berkurangan ni, mata ni macam susah giler nak tido. kadang2 pukul 2 pagi pun still berjaga lagi. padahal bukan ada keje pun. dulu mase banyak gile keje, asal pukul 11 je da menguap2 macam da dua hari tak tido. mata ni tak reti nak paham tuan dia kan?.

anyway aku dengan secara tetibenya dapat some ideas yang mungkin dapat dipraktikkan in case situasi di atas berlaku kepada korang jugak.. idea aku ni mungkin bagi korang idea yang agak lapuk. tapi seriusly sangat berkesan kat aku.

well. maybe best step kalau korang susah sangat nak tidur ialah:

1) BACA BUKU






2) BUAT NOTA and DO A REVISION








3) TENGOK TV (cerita yang agak-agak bosan sikit)






4) DENGAR LAGU YANG SLOW







5) KIRA BIRI_BIRI @ KAMBING kot








well, kalau tanya aku, kalau aku tak boleh tido kompem aku buat style yang nombor 4 tu. kompem terlelap. cara paling simple dan berkesan bagi aku. tapi paling aku tak penah buat adalah yang last nombor 5 tu. aku macam kompius la camne nak praktikkan cara ni. sebabnya dah biri-biri tu takde depan mata, macam mana nak kira kan.. ke korang penah buat?? berkesan kah?? takpe la nex-nex time je la aku try test.. hehe.



ok. bai.. nite. wassalam..



p/s:  entry ni da jadi draf sejak dari tengah-tengah sem hari tu. so macam dah out-dated jugak la..padahal sekarang dah hujung sem dahh..



bila otak tengah gila


assalammualaikum



itu hari, masa nak exam ape entah hari tu, aku dengan fara hudhud tengah-tengah malam dengan tengah-tengah lapar yang teramat decide la nak masak maggi. tapi terasa macam nak makan maggi telur yang dibuat sendirik, means bukan yang buatan kedai la. so, kitorang pun pegi la kafe nak beli telur sebijik and ais kosong doploh sen.. ni kengkonon kalau makan-makan boleh la kurang sikit ngantuk and bole la study sampai ke subuh. tapi last-last lepas habis sesi makan-makan, dua-dua terus terlelap. aisehhh. 


ehh, berbalik kepada story asal aku tadi, pas beli telur tadi dengan penuh excited si hudhud ni pegi la masak air dalam heater. aku pulak buat coffemix ais. hudhud plan nak masak maggi dalam heater. maklum la kitorang kan skema sikit. mane la bawak rice cooker semua tu kan. tapi for sure, tang buat maggi serah aje kat budak hudhud ni. kompem sedapp. lepas bubuh maggi, pastu telur yang sebijik tu. maggi telur pun siap. tadaaaaaa~




instant noodles with egg in progress




tadaaa~ maggi telur siap untuk dihidangkan dan dibelasah oleh dua makhluk kebulur.



sebenarnya tak la gempak mane pun cara aku ni. cuma rasa bosan la makan maggi tuang air panas pastu tutup sampai dua minit. pastu makan dengan gelojoh.. terasa nak makan maggi style lain je. tambah protein sikit. barula cukup khasiat kan. sedap pun sedap... tapi cume tang nak basuh heater tu yang macam payah sikit. jenuh nak membasuh. nak bagi hilang bau maggi kari kat heater tu. karang dibuatnya basuh ala kadar, esoknya ada la orang minum teh perasa maggi kari kan.. takmo takmo...tak penahnya dibuat orang.



haha. tu je nak share. nex time aku share benda lain pulak..ok bai. adioss sayonara... wassalammmm



MYFC?? best ke?


assalammualaikum



last week lepas je habis exam statistics, aku dengan mek klate pi changlun sat. dengan niat sebenarnya cuma nak pi beli beg besau saiz xxxL je untuk pack barang sebab kena simpan kat pantry nuu. tapi akibat penangan perut yang agak lapar, tau-tau je dah tersinggah kat MYFC ni. kebetulan time tu tekak ni terasa-rase macam nak makan fast food pulak. ngade tau tekak aku ni. haihh =')



actually, kitorang tak penah lagi makan kat situ. padahal sejak turun temurun memang restoran tu memang dah sedia ada kat situ. maklumla, students semua lagi prefer makan kat fast food yang lain. macam kat changlun ni, kalau bab-bab fast food, marrybrown dengan kfc je la jawabnye.. mcd, pizza memang dalam mimpi je la kalau nak dapat. kalau nak jugak, pi la merayau ke jitra dengan alor setar, baru la dapat hawaiian chicken, takpun doublecheese burger..




so, myfc ni kalau sekali tengok macam ada tiru-tiru kepsi sikit. nama pun dah dekat-dekat kan. myfc vs kfc. tak ke dah nak sama tu?? pastu menu dia okey la. tak la sama sangat dengan kfc tu. aku tengok myfc ni ada mushroom soup, pizza, pastu macam-macam jenis burger la. macam bbq burger, blackpepper burger, satay burger. blackpepper rice pun ade. tapi aku tak penah try lagi.








hari tu aku order satu set blackpepper burger. kalau amek ikut set, macam biasalah ada air and french fries. kira okey la tu kan. mek klate pulak makan set hot dog. dia kate sedap. burger aku pun boleh tahan sedap la. daging ayam dia besar gabak gila. jenuh jugak nak perabih sensorang. nasib ada mek klate tolong habiskan. tapi seriusly burger tu memang sedap. ayam dia rasa macam ayam chicken chop. lembut je.. nyom nyom nyom. sedappp. tapi tapi tapi. semalam aku ada pi myfc ni lagi. nak try crispy pizza dia. sangat tak digalakkan okey korang order pizza ni. tersangatlah tak boleh diterima oleh tekak aku ni. keras nak mampus. macam makan batu. memang dah takde rase roti dah. agaknya kalau nama crispy memang kena keras sekeras-kerasnya ekk??




kemain licin pinggan cik mek klate kitee. sedap sangat ler tuuuu~
sekelip mata je tengok-tengok da licin uolls...





ni la blackpepper burger aku with budak selekeh.





boleh la buat stok kenyangkan perut yang dah berlagu riang..




selain tu, bagi aku myfc ni best la jugak sebab harga dia semua da include tax. sama macam marrybrown jugak la. kiranya harga yang terpamer kat menu tu takde kos yang tersembunyik. tak payah la susah-susah kira bape tax dia semua. and tak payah nak takut-takut tak cukup duit bila nak bayar nanti. lagi satu, bagi aku harga makanan kat sini kompem lagi murah banding fast food yang lain. try laaa yek.. hehe




okey la, nak pack barang sikit. bai bai.. ouh2, sebelum terlupa. itu hari lepas aku keluar myfc, aku jumpa angry bird yang sangat comels and sedap uolls. jumpa kat gerai makcik cucuk-cucuk.. ehehehhe.




amacam, comel tak depa ni semua?? comels dan sedap lagi..



Tuesday 19 June 2012

bebudak nakal yang dirindu =)



assalammualaikum


sekarang aku macam dah malas dah nak update belog yang langsung tak seberape ni. dulu excited kemain, tiap dua hari aku update. sekarang, sengaja buat-buat lupa aku ada blogspot. :)


hari ni pon malas. so aku buat shortest entry je hari ni. 4 gambar geng-geng aku kat rumah. aku sebenarnya memang takde geng sangat kat rumah sekarang ni. sebab semuanya dah tak single. so aku carik geng yang single-single je.. syahdu tak cerita aku ni?.




hadoi.. gambar tak jadi pulak. tangan parkinson sape la yang snap gambar kan..
dari kiri: (farha si pembuli, si sweet naurah, si sepet afaf)




gambar versi buruk yang tak blurr pulak.
alahai olympusss~




tu diaaaa, kemain lagi gambar ni nak blurr2. 
alahaiiii, si afaf yang tak mesra kamera.




si biru afaf.. tercerewet di dunia.



time aku kat bumi sintok ni, memang la rinduw teramat kat depa. karang aku balik, rase macam nak gila layan diorang. perangai tu kalau sopan santun takpe la jugak. ni dah macam makhluk dalam zoo dah aku tengok. tapi kalau duduk senyap, diam tak gerak-gerak tengok tv nuuu, lagi la aku heran. dah namanye bebudak, gituewla stylenye.. 



akhirnye ter'update gak belog ni. sekian terima kasih. muehehehhehe~

Sunday 3 June 2012

gumbira. tak suka. kemalasan teramat.


assalammualaikum everyone.


tak tahu nak ucap good night or good morning sekarang ni. jam tunjuk pukul 11.59. lagi seminit da nak masuk 3 jun 2012. cepat je masa berlalu.. padahal aku sendirik yang tak pandai hargai masa. aku tak tau la ape aku buat sepanjang sem ni. tengok-tengok da hujung semester. sekarang tengah musim exam. T_T. honestly, aku tak tau harus suka atau tak musim exam ni. bercampur baur...
first aku happy sebab kelas dah habis. so, jadual takde la pack sangat macam bedak compact yang sangat padat tu. then aku happy sebab dah nak naik semester 5. yeayy. means that almost graduated. yeayyy again. lagi satu, antara subjects yang aku ambik, banyak la jugak gap sementara nak tunggu paper seterusnya. so, aku decide untuk pulang ke kampong dong.. terasa hampir dua bulan jugak tak balik ni. sobss sobss..



second things, aku ade la rase macam tak suka sikit bila musim exam muncul. sebab utama macam-macam perasaan timbul time-time camni. nervous, gerun, pastu tak cukup tido, gelabah, jealous bila tengok orang lain takde paper. semuanya buat aku unhappy. then bila unhappy, selera makan bertambah-tambah. pastu macam lagi tambah stress. (macam la selera makan aku pernah tak bertambah kan =p)



third, perasaaan kemalasan yang melampau dan keterlaluan. ahh, aku rasa hidup aku di kala exam sangat tak normal kot. mata panda, padahal bukan study sangat pun. aku rasa time aku study masa tak exam lagi effective kot. cepat je otak ni tangkap sikit. masa exam ni, baca buku punya la lama. tapi yang betul-betul masuk otak sebenarnya ciput jee. tu la, orang kata, kalau tak ikhlas memang jadik camtu. kan betul dah jadik kat aku.. kesimpulannya kenalah ikhlas selalu.. weeekkks.



well, orang kata jangan study untuk exam, study la dengan niat nak tuntut ilmu. beribu kali aku try tanam hasrat camtu dalam hati. tapi semua hancur lebur. tu la yang aku kata, nampak sangat tak ikhlas. ilmu pun susah nak lekat.dah la susah nak lekat, pastu kalau terlekat pun sekejap je. sebab tu aku study last menit. pas study terus curah ilmu kat exam paper. pastu ilmu pun hilang... camtu la yang jadi setiap kali exam.. hmmmm.



ok la. nak tido. esok bangun nak study.. hahaha. bye bye. wassalam!