advertising purpose...CLICK ON THIS!

Tuesday 5 August 2014

Aku punye raya 2014

Assalammualaikum

Tetiba macam terase nak update belog malam ni.. hehe. Tu pun sebab dapat balik kerja awal arini. Kalau tak, memang tak la kan.. so, ikut perkiraan aku yang entah betul entah salah ni, harini dah 17 syawal kan.. rase macam baru je 17 ramadhan (nuzul quran) kan.. tengok2 dah sebulan.

Bagi aku raya tahun ni macam slow sikit. Walaupun tetamu yang datang takde la berkurang ke ape kan, tapi rase macam kurengggg je. Beraya dengan kengkawan pun tak sempat uolls. Padahal cuti seminggu. Lama la jugak. Maybe sebab semu dah kerja, so komitmen semua lain2.

Walaupun agak tak bape best raya aku. Tapi aku nak share jugak la few raya pictures. Ohh, sebab lain yang buat raya aku agak tawar mungkin jugak sebab family aku semua dah berfamily, so just tinggal aku sorang... so agak boring sebenarnyeee..

Wednesday 16 July 2014

Berkat ke gaji kita?

                  Assalammualaikum

Hehhe. First time update blog guna phone. And ni first time juga update blog untuk tahun ni.. almaklum la, my life miserable sangat sejak tak bergelar student ni. Tengah mencuba berdiri atas kaki sendiri orang kata.. hehehe

Well, aku tau ayat ni cliche tapi aku still nak cakap jugak. Dulu time study, sibuk tak sabar nak kerja. Sekarang rasa la sendiri, susah ke senang kerja tu. Tapi tak tau la kalau2 kerja aku sorang yang susah tahap nak meninggal. Sebab aku tengok orang lain steady je.. huuhuuu

Tapi sejak dah beberapa bulan bekerja ni, ada satu moral value yang aku dapat. Iaitu berkat. Dulu aku rasa gaji yang aku dapat tak selari dengan apa yang aku usaha. Usaha banyak tapi dapat ciputtt. Tapi yang takjubnya, gaji tu tak penah habis. Nak kata tak guna, macam2 aku dah belanja. Makan sana sini, enjoy sana sini, belanja family selalu, siap boleh saving dalam separuh!! Ajaib tak??

Tapi abah aku selalu tanya; "kerja macam mana?" Aku cakap la; "penat la bah. Banyak kerja". Then dia cakap, " elokla tu banyak kerja dari takde kerja, gaji pun berkat". Aku pun just senyap. No komen katenya.

Ada kawan aku pulak, dia penah bagi tazkirah ringkas kat 7eleven... hahaha (macam takde tempat lain pulak kan). Katanya, rezeki yang kita dapat tak semestinya hak kita seorang. Allah turunkan rezeki untuk kita berkongsi sesama kita. Tapi takde la suruh kita boros berbelanja. Dan juga rezeki tu jangan pula kita salah guna, jangan jadi punca riak. Contohnya beli phone atau kereta dengan tujuan menunjuk2.. masyaAllah....

Dan hasilnya, walaupun aku penat gila kerja. Kadang2 kerja sampai 12jam sehari uolls, tapi aku bersyukur dengan rezeki yang aku peroleh. Kadang2 simpan niat nak besarkan rumah untuk mak aku, beli tv untuk family, beli kereta untuk tak susahkan family aku datang hantar dan jemput aku.. semoga tercapai niat aku. Aminnn~

Tapi aku bukanla nak cakap gaji aku berkat. Siapala kita nak menilai keberkatan kan? Cuma sebagai manusia yang cuba nak balancekan dunia & akhirat, aku cuba jugakla sedaya upaya aku untuk kejar keberkatan tu walaupun sikit.

"Sesungguhnya segala perbuatan bermula dengan niat.."

Sekian, wassalam. Xoxo... miss N. :))

Thursday 30 May 2013

practicumophobia.



assalammualaikum


first of all, nak bagitau awal-awal. entry ni adalah entry pertama yang takde gambar. kalau takde gambar, bermaksud entry ni sangat2 la serius. datang dari lubuk hati yang sangat dalam.. ewahhh. teehee~ padahal cuma nak cerita pasal life story yang sangat typical tapi agak huru hara and very confusing as well. kenmain bahasa aku ni. kahkahkah. lantak ah. huhuhu



bahawasanya first paper aku untuk sem ni bakal muncul 3 hari lagi. tapi masalahnya satu hape pong tak study lagi. tu tak risau sangat sebenarnya.. sebab memang sejak azali aku tak penahnya nak study awal. sepanjang hidup study last menit memanjang. bahahahaha. and lepas habes je first paper aku tu, aku nak balik kampong.. weehoooo. dah sebulan dah tak balik ni hoiii. rindu kat si naurah rambut sarang tebuan. ;p



tapi masalahnya sekarang adalah pasal tempat praktikum aku yang takde khabar pape ni. risau tahu?? memang la ade je coursemate yang tak dapat tempat lagi. masalahnya aku runsing gila ni. tahap kerunsingan aku ni dah sampai tahap paling maksimum, tahu tak??? grrr



memang la ada offer yang best gilaa tu, tapi kena pegi interview bagai. dah la service slow. aku ni pulak nak balik kampung. (again). jap lagi dia call aku time aku kat rumah. memang melepas la jawabnya kan?? sesaja je dia tanak bagi chance kat aku. grrrrrrr. geram pulak kita dibuatnya. so, aku ingat nak balik lambat sikit sebab nak kasi settle interbiu ni. tapi.................mak aku pulak kata gini;




aku :  hello mak, orang tak tau lagi la boleh balik terus tak lepas exam nanti. maybe balik lambat sikit kot                              

mak : kenapa pulak? ada apa?

aku :  alaa, interview hari tu belum lagi la. nanti satgi orang balik rumah, diorang call suruh datang pulak

mak : dah kalau camtu, balik je terus. tak payah pegi interview tu.

aku : (terkejut gilosss). eh mak, takpe ke kalau tak dapat praktikal kat situ???

mak : takpe. mak tak kisah pun. (dengan nada rilek dan angkuh)

aku : biar betul mak ni? mak ni macam lagi suka je kalau orang tak dapat praktikal situ... ??

mak : memang pun. (dengan nada selamba badaknya)

aku : alaaa, kenapa pulak???

mak : yelaa. kejap lagi karang susah nak balik. 4 bulan tak nampak batang hidung. raya pun takde kat rumah. teringin sangat ke nak pegi sana??

aku : entahlah...... tengok la nanti camne ye mak. (lepas tu terus tukar topik)..



actually aku pun taktau aku nak buat apa sekarang. ikut hati memangla teringin juga nak praktikal kat oversea tu. tapi bergantung kat rezeki jugak laa kan. tapi kalau dah mak sendiri pun macam tak redha je aku pergi, nak buat camane kan? kejap lagi orang kata tak berkat la pulak..



tapi bila ingat2 balik, macam terharu pun ada jugak. ye la kan, at least mak aku terasa kekurangan la sikit kott kalau aku takde nanti. aku tau sangat mak aku ni. dia kalau rindu, takkan pernah cakap yang dia rindu. lagi satu, rasa lega pun ada jugak sikit. terus kurang pressure aku tau. mane taknya, at least kalau in case tetiba tak dapat, takde la aku rasa macam aku dah kecewakan family aku. then aku takde la down sangat kan.



tapi bak kata member aku yang sorang tu, dia cakap," kalau tetiba diorang panggil interview tu sebelum aku balik klang atau selepas aku balik sintok, then maybe ini rezeki atau hint untuk aku. 
tapi if in case diorang call masa aku kat rumah, then aku patut lepaskan je peluang tu sebab bukan rezeki aku kott"



tapi orang kata, jangan pernah mengalah sebelum mencuba
so, jangan give up sebelum masanya.



ok la.. tu je.. bye bye.
wassalam. thanks sebab sudi baca.



Friday 17 May 2013

family gathering time is coming soon


assalammualaikum


woahh. ni first time aku update blog untuk bulan may 2013 ni. sebenarnya malas nak menaip pepanjang. entah nape ntah, sekarang ni mood asyik malas je memanjang. nak update status kat fb pun malas. kat twitter pon kekadang je. wechat rajin la kott. ehehe. ouhh. lagi satu, instagram pon aku rajin gak update. sebab tak payah taip banyak2 kott, sebab tu jadik rajin gituewww.. ehehehhehhe



tapi sebab aku ada banyak sangat masa terluang sekarang, so aku hapdate ler jugakkk belog gonjeng ni. citernya nak story pasal familia aku nak mai kedah, nak jemput eden balik selangor.. dah semester akhir katanyee. so, diorang pon terpaksa la amek aku dekat sini.. weehooooooo. tak kira la, terpaksa ke hape kan.. habeh tu, kalau tak hambik aku, mana la aku nak campak barang2 aku yang berlambak ni kan? ehehe. padahal sebenarnya boleh je pos. hikhikhik



tapi takpe la kottt. aku bukan paksa2 kosong tau. (eh??). aku plan nak bawak diorang pusing-pusing utara. tu la, mesti seronokkk. yeayyyy. tak sabaq ler pulak. almaklum, depa dah selalu sangat duduk selangor. time ni la nak rasa angin utara kan. lagipun, secara jujurnya kitorang tak penah pun pegi holiday 1 family. sobsss. sedihhnya cerita aku ni. lagipun parents aku bukan jenis suka bercuti. anak2 diorang je yang suka round the world. naseb ada kakak abang yang suka berjalan juga. hee~



family aku. lepas masing2 kahwin, jumlah members yang asalnya ada 7 orang dah jadik 11 orang. =') #happy sesangat#



so sekarang tengah dalam proses nak pujuk ke sebelas-sebelas orang ni join trip amek aku kat utara. harap diorang semua join. bukan apa, biasalaa bila adek beradik semua dah besau-besau, memasing buat kerja memasing. takde masa nak buat gathering langsung. kekadang si kakak takde, abang busy, kekadang aku yang tak balik. susahh! so ini lah masanya.orang kata, eratkan silaturrahim. ukhuwah katanye.



makanya, aku sekarang tengah sebok nak survey transport and places untuk kitorang stay. aku plan nak bawak diorang pusing langkawi dan around perlis juga. almaklum la, utara tak crowded dengan shopping mall macam selangor. so banyak la tempat yang cambest juga yang wajib dilawati. i excited tak hengat uollsssss. 






so, untuk plan ni. aku bertindak sebagai tourist guide. feel2 jadik travel agent gituew. so far ada jugak few hotel and car rental yang macam hokey dah masuk dalam list. tapi belum booked lagi. sebab takut depa tak suka. nak tak nak, tunggu la bulan jun nanti. discuss kat rumah je. senang cerita kan. dulu time pi dengan hostel-mates, ada stay satu resort ni. selesa tapi cam tak sesuwai pulak kalau datang dengan family. so, kena pikiaq lain. fening la pulakkk. haihhh.




okey la. tu je la kott. bai. doakan plan berjalan lancar yerr.
wassalam.




Thursday 18 April 2013

naik setingkat lagi



assalammualaikum



rasa macam rajin pulak aku ni. asyik update status twitter and belog jer. macam takde koje lain pun yer jugak. lepas settle assignment risk itu hari, sampai ke la ni, belum ada keje terbaru. selalunya time2 macam ni la assignment berlonggok-longgok mintak disiapkan. exam pun lambat lagi. tapi untuk insan pemalas macam aku, waktu sekarang ni memang heaven sesangat. *senyum lebarrrrrrr. ngeeee*



tapi dalam takde keje tu, mesti ada kekadang tu, tetiba termenung-menung, terpikir-pikir. kadang pasal diri sendirik, family, takpon kengkawan. lagi-lagi bila bukak fb and bace status twitter diorang. ada yang nak betunang, ada pulak yang dah nak kawen. yang nak bersalin pon ada and yang anak dah berderet pon ada jugak. advance sungguh la depa ni. life semua dah berubah. aku ni jer yang still sama dari dulu sampai sekarang, dok syok la duduk bawah ketiak family. belum puas lagi jadik childish. takmo jadi matured sangat. heee~



tapi.... bila tengok member aku yang sorang ni (syeri), macam tak pecaye pon ade jugak masa dia tetiba bagitau dah kena risik. memang ingat kena tipu hidup2. biasa la kan, gurau dengan kawan, so malas la nak pecaye. rupanya dia seriusss. aiseyyyy, tetiba terasa ketinggalan kat belakang la pulak. tapi dah memang jodoh dia laju macam fighter jet, nak buat cemana kan? and sekarang beliau dah masuk fasa bertunang.




my besties and her fiancee (6 april '13)
"azrul amri, do take care of my besties ya? or else, i'll smash u!!" hehe





ni pulak engagement fiefa (14 april '13).. ex-classmate masa form 5
tak dan nak pi ghumah dia. so credit pict to facebook AWIN





last; ni masa majlis resepsi member kitorang, NHAZMI (6 april '13). alaaa, yang menyibuk masa celebrate beday aku tu. tapi time tu kiranya nak celebrate dia sekali laaa kott. tak acii




ni je la memember yang engaged and married paling latest ni. yang lain dah basi sikit. hahaha. aku wish diorang semua happy. yang mana bertunang tu, cepat2 la nikah. mana yang get married tu, cepat2 la dapat junior. bahahhahaha. tapi yang paling penting, aku doakan korang bahagia sampai ke akhir hayat oke. aminnnnn~ jangan lupa doakan aku sekali ek.. hehe




ok la. tu je... k bai



xoxo. nadddddd



Monday 15 April 2013

I'M 23.



assalammualaikum


dah lama tak bukak blog ni. bajet busy la konon. sem akhir la konon. padahal busy dengan benda2 laghah. sebabnya asal tiba je hari isnin dengan khamis, mood meronda utara pun datang sekali. almaklum, kelas dua kali je seminggu (rasa macam 1000x dah mention) so, nanti kompem rindu giler dengan utara ni bila dah grad. omg, grad?? tempat praktikal pun tak dapat lagi. ada hati nak mimpi bergraduation ?? pelissss laaa.



btw, last week aku balik kampung. first time cuti untuk sem ni. orang lain cuti seminggu. aku cuti dekat dua minggu. takla over sangat kan. ni jap lagi #PRU13 ni, kompem balik seminggu lagi. ohh beshnyee. can't wait!! tapi masa hari tu balik, rasa berbaloi-baloi gilosss sebab balik awal. sebab my sis celebrate my birthdayyy. beshhh sangat.. heaven gilerrr kott. even makan yang takla mewah sangat tapi yang penting dengan family. tu yang paling best. bak kata orang, family come first.



untuk kawan2 yang wish birthday hari tu pun, aku nak wish thank you banyak2. yang doa umur panjang & murah rezeki pun thanks jugak okey. walaupun tak dann nak reply sebab busy jaga afaf hulma yang cerewet. nasib baik best frenss and family aku tak lupaa, tu yang aku senyum sampai ke telinga dari pagi sampai malam tu.. thanksss a lot yerrr. so, petang tu sis aku ambik aku kat rumah. pastu pegi pusing-pusing..


birthday katenyaaa. harussla ke secret recipe. taktau nak makan apa. so, rembat chocolate indulgence.




naurah kalau kat secret ni, memang dah buat macam rumah sendirik. fening jerr aku tengok.




abang ipaq aku and kawan kitorang pong follow sekali
ouh, meet our friend, nhazmi.




bangga lettew ayaq dia paling tinggi. tetiba tak sedap pulak katanyaaa. padan muka. hahhaha




takde gayo lain nak posing. peace pong boleee~




pastu jalan-jalan sat kat tesco. carik barang dapor la kononnya.




pastu pi melantak pizza hut pulak.. memang betul2 buat lemak ni.



pastu order menu wow savers pulak.. memang betul2 ho liao.. nyumnyum
Tempura Prawn Garlic Rice  # Blueberry Smoothie  # Cheese Baked Meatballs 




naurah dapat free sphagetti carbonara dengan air soya. kira okayyy la kan.




rambang mata. taktau nak makan mana satu dulu.





last; sesi gelak-tergelak beramai-ramai..




pastu, bila sampai rumah. rumah dah senyap sunyi. pastu sambung tengok the lord of the rings kat HBO sampai ke pagi... lepas tu, semua balik rumah masing-masing. pastu birthday aku pun habissssss.. *berapa banyak pastu la kan*...


btw, camtu la cara kitorang celebrate birthdayy biasanya.. takdenya nak beli kek sebijik pastu buat tiup2 lilin kat rumah. sebab semuanya dah besaq gedabak. lagipun, memang parents kitorang memang tak suka beli2 kek ni. so, selalunya makan ramai-ramai kat luar jer. tapi seronok sebab bukan selalu dapat kumpul ramai-ramai. sebab semuanya dah ada family sendirik...



# so, hargai family selagi diorang masih ada.. kawan-kawan & bf/gf boleh carik. family mana nak carik? tu je la yang hado...



ok la.. tu je. bai


XOXO.. naddddddddd~


Sunday 10 March 2013

makin sikit makin malas.



assalammualaikum



yeayyyyy akhirnya sampai jugak ke sem akhirr!! apa yang paling best kalau da sem last ni?? opkos la class yang makin sikit, dan jugak ada lebih masa untuk berpoya-poya. jangkamasa untuk beradu pun da jadi berlipat kali ganda berbanding sem lepas.. errr, maka badan pun makin berisi sejak-sejak asyik tido je memanjang ni.. apa la nak jadi kan?? hmmmmm



sem ni, aku ishtiharkan bahawasanya hari favret jatuh pada hari isnin dan khamis.. hehe. tu pun sebab nak balas dendam sempena selama 5 sem sebelum ni class berderet pada hari-hari tersebut.. tapi time paling best bila mana pagi-pagi tengok orang kelam kabut pegi class, sedangkan diri sendiri baru melenggang nak pegi mandi.. memang manyak syiokkk wooo.



mana tak nye, sem ni cuma ambik 4 subjek je. berderet class hari ahad dan rabu. hari lain heaven sangat-sangat. tapi susah juga bila dah free ni, godaan kawan-kawan ajak merayau sana sini susah betul nak tangkis. dan akhirnya terpaksa surrender secara suka dan rela serta senyuman lebar.. just imagine 5 hari cuti instead of 2 days of classes in a week.. sapa tak suka kan??





class teori amalan perniagaan islam (TAPI)
moga-moga aura baik terjangkit kat aku sikit. aminnnn~



tapi sebabkan class cuma 2 hari, jadi makin malas pulak nak pegi. dulu kemain berkobar-kobar nak pegi class. sekarang kalau boleh nak rehat 24/7. tu pun kalau boleh la.. tapi sure mesti tak boleh punya kan.. dah la risau dengan praktikum ni. haihhh. dapat mana la kan?? harap dapat dekat la. penat dah duduk jejauh dengan family ni. doakan dapat dekat okeyy~



tu jerrr. okey baiiii. assalam. 



XOXO. nadddd!



p/s: to juniorsss, pliss jangan jadi malas macam seniorss. hidup kena rajin. akhir kata, maju la juniorss untuk UUM.. bye :)