advertising purpose...CLICK ON THIS!

Wednesday 16 July 2014

Berkat ke gaji kita?

                  Assalammualaikum

Hehhe. First time update blog guna phone. And ni first time juga update blog untuk tahun ni.. almaklum la, my life miserable sangat sejak tak bergelar student ni. Tengah mencuba berdiri atas kaki sendiri orang kata.. hehehe

Well, aku tau ayat ni cliche tapi aku still nak cakap jugak. Dulu time study, sibuk tak sabar nak kerja. Sekarang rasa la sendiri, susah ke senang kerja tu. Tapi tak tau la kalau2 kerja aku sorang yang susah tahap nak meninggal. Sebab aku tengok orang lain steady je.. huuhuuu

Tapi sejak dah beberapa bulan bekerja ni, ada satu moral value yang aku dapat. Iaitu berkat. Dulu aku rasa gaji yang aku dapat tak selari dengan apa yang aku usaha. Usaha banyak tapi dapat ciputtt. Tapi yang takjubnya, gaji tu tak penah habis. Nak kata tak guna, macam2 aku dah belanja. Makan sana sini, enjoy sana sini, belanja family selalu, siap boleh saving dalam separuh!! Ajaib tak??

Tapi abah aku selalu tanya; "kerja macam mana?" Aku cakap la; "penat la bah. Banyak kerja". Then dia cakap, " elokla tu banyak kerja dari takde kerja, gaji pun berkat". Aku pun just senyap. No komen katenya.

Ada kawan aku pulak, dia penah bagi tazkirah ringkas kat 7eleven... hahaha (macam takde tempat lain pulak kan). Katanya, rezeki yang kita dapat tak semestinya hak kita seorang. Allah turunkan rezeki untuk kita berkongsi sesama kita. Tapi takde la suruh kita boros berbelanja. Dan juga rezeki tu jangan pula kita salah guna, jangan jadi punca riak. Contohnya beli phone atau kereta dengan tujuan menunjuk2.. masyaAllah....

Dan hasilnya, walaupun aku penat gila kerja. Kadang2 kerja sampai 12jam sehari uolls, tapi aku bersyukur dengan rezeki yang aku peroleh. Kadang2 simpan niat nak besarkan rumah untuk mak aku, beli tv untuk family, beli kereta untuk tak susahkan family aku datang hantar dan jemput aku.. semoga tercapai niat aku. Aminnn~

Tapi aku bukanla nak cakap gaji aku berkat. Siapala kita nak menilai keberkatan kan? Cuma sebagai manusia yang cuba nak balancekan dunia & akhirat, aku cuba jugakla sedaya upaya aku untuk kejar keberkatan tu walaupun sikit.

"Sesungguhnya segala perbuatan bermula dengan niat.."

Sekian, wassalam. Xoxo... miss N. :))

No comments:

Post a Comment

thank you for visit my bloggie =')