advertising purpose...CLICK ON THIS!

Saturday 23 February 2013

batas



assalamuualaikum



lamanya tak update blog. (intro cliche). tapi tetiba terase nak update something malam ni. btw, malam ni malam kedua aku kat bumi sintok yang agak kemarau ni.. dan ni adalah sem last aku kat sini. tak tau nak sedih ataupun nak hoorayy2.... sebabkan aku dah sem last, so aku kena la post something yang serious2 sikit kan? kan?




sebenarnya, lately aku asyik fikir pasal something yang pelik je.. that is pasal batas lelaki dengan perempuan. maksud aku yang bukan mahram. entah la. bukan la maksudnya aku nak tunjuk alim atau tunjuk pandai. tapi aku macam konfius pasal apa hukum couple?, apa hukum kalau dating2 ni?, macam mana pulak kalau keluar berdua walaupun without feeling antara keduanya? etc. banyak sangat aku fikir esp. time cuti hari tu.




sesapa terase jangan marah okeyy. ni just my random of thought je. berlaku pada diri sendiri dan bukan orang lain. ni just based on pemerhatian aku terhadap persekitaran dan sekeliling aku. so, aku perlukan jawapan, so that aku akan tau mana yang salah, mana yang betul..




1st, bila orang ajak couple, mesti kebanyakan kita akan fikir sama ada nak terima tau tak kan? tak ramai yang akan fikir sama ada couple itu harus atau haram. dulu aku penah terbaca satu artikel. stated that couple tu umpama kita makan nasi. makan nasi tu da tentu la harus. tapi kalau kita buat something inappropriate atau improper such as holding hands, hugging etc. automatic hukum couple tu akan jadi umpama makan nasik bercampur daging babi. (got what i mean?).








tu starting phase, fasa kedua pulak adalah bila keluar dating tanpa orang ketiga.. bak kata orang, kalau berdua je, mesti akan ada yang ketiga. time tu la, akan ada improper action happened. bukankah kita disuruh menjauhi perbuatan yang mendekatkan dengan zina?? someone penah berkata, apabila kita menjalinkan hubungan dengan seseorang, dan kita mematuhi batas-batas agama, maka kita adalah di jalan yang benar dan diredhai ALLAH. sebab tu kita tak digalakkan keluar berdua je dengan yang bukan mahram. tapi based on apa yang aku perasan, lelaki sekarang bila kita nak ajak member ikut sekali time diorang ajak keluar, mula la macam-macam alasan diorang bagi. konon malu la, nanti member kacau daun la, etc.. even you're engaged, both of you are still not mahram, isn't it?? sehinggalah pada saat kamu dinikahkan.




tapi lain pulak kalau kita keluar berdua dengan lelaki (bukan bf, tanpa ada perasaan, kawan mungkin). maybe bagi sesetengah orang, perkara ni bukan satu isu sebab kawan je punn kannnn. but still diorang bukan mahram kita. dan mungkin akan mendatangkan fitnah kepada sesiapa yang melihat.. tak begitu?? sila tegur jika kenyataan ini salah... tak salah jika kita bawa muhrim yang lain, kan? bukankah the more, the merrier??




entry ini bukan untuk menyinggung sesiapa. tetapi hanya peringatan terutama kepada diri sendiri.. sekiannn



1 comment:

  1. wah!!!!entry yg sgttt membina n buka fikiran...hehee...thnks yaaa cik nad =)
    xoxo publish!!

    ReplyDelete

thank you for visit my bloggie =')