advertising purpose...CLICK ON THIS!

Showing posts with label future-ristic. Show all posts
Showing posts with label future-ristic. Show all posts

Wednesday, 16 July 2014

Berkat ke gaji kita?

                  Assalammualaikum

Hehhe. First time update blog guna phone. And ni first time juga update blog untuk tahun ni.. almaklum la, my life miserable sangat sejak tak bergelar student ni. Tengah mencuba berdiri atas kaki sendiri orang kata.. hehehe

Well, aku tau ayat ni cliche tapi aku still nak cakap jugak. Dulu time study, sibuk tak sabar nak kerja. Sekarang rasa la sendiri, susah ke senang kerja tu. Tapi tak tau la kalau2 kerja aku sorang yang susah tahap nak meninggal. Sebab aku tengok orang lain steady je.. huuhuuu

Tapi sejak dah beberapa bulan bekerja ni, ada satu moral value yang aku dapat. Iaitu berkat. Dulu aku rasa gaji yang aku dapat tak selari dengan apa yang aku usaha. Usaha banyak tapi dapat ciputtt. Tapi yang takjubnya, gaji tu tak penah habis. Nak kata tak guna, macam2 aku dah belanja. Makan sana sini, enjoy sana sini, belanja family selalu, siap boleh saving dalam separuh!! Ajaib tak??

Tapi abah aku selalu tanya; "kerja macam mana?" Aku cakap la; "penat la bah. Banyak kerja". Then dia cakap, " elokla tu banyak kerja dari takde kerja, gaji pun berkat". Aku pun just senyap. No komen katenya.

Ada kawan aku pulak, dia penah bagi tazkirah ringkas kat 7eleven... hahaha (macam takde tempat lain pulak kan). Katanya, rezeki yang kita dapat tak semestinya hak kita seorang. Allah turunkan rezeki untuk kita berkongsi sesama kita. Tapi takde la suruh kita boros berbelanja. Dan juga rezeki tu jangan pula kita salah guna, jangan jadi punca riak. Contohnya beli phone atau kereta dengan tujuan menunjuk2.. masyaAllah....

Dan hasilnya, walaupun aku penat gila kerja. Kadang2 kerja sampai 12jam sehari uolls, tapi aku bersyukur dengan rezeki yang aku peroleh. Kadang2 simpan niat nak besarkan rumah untuk mak aku, beli tv untuk family, beli kereta untuk tak susahkan family aku datang hantar dan jemput aku.. semoga tercapai niat aku. Aminnn~

Tapi aku bukanla nak cakap gaji aku berkat. Siapala kita nak menilai keberkatan kan? Cuma sebagai manusia yang cuba nak balancekan dunia & akhirat, aku cuba jugakla sedaya upaya aku untuk kejar keberkatan tu walaupun sikit.

"Sesungguhnya segala perbuatan bermula dengan niat.."

Sekian, wassalam. Xoxo... miss N. :))

Thursday, 30 May 2013

practicumophobia.



assalammualaikum


first of all, nak bagitau awal-awal. entry ni adalah entry pertama yang takde gambar. kalau takde gambar, bermaksud entry ni sangat2 la serius. datang dari lubuk hati yang sangat dalam.. ewahhh. teehee~ padahal cuma nak cerita pasal life story yang sangat typical tapi agak huru hara and very confusing as well. kenmain bahasa aku ni. kahkahkah. lantak ah. huhuhu



bahawasanya first paper aku untuk sem ni bakal muncul 3 hari lagi. tapi masalahnya satu hape pong tak study lagi. tu tak risau sangat sebenarnya.. sebab memang sejak azali aku tak penahnya nak study awal. sepanjang hidup study last menit memanjang. bahahahaha. and lepas habes je first paper aku tu, aku nak balik kampong.. weehoooo. dah sebulan dah tak balik ni hoiii. rindu kat si naurah rambut sarang tebuan. ;p



tapi masalahnya sekarang adalah pasal tempat praktikum aku yang takde khabar pape ni. risau tahu?? memang la ade je coursemate yang tak dapat tempat lagi. masalahnya aku runsing gila ni. tahap kerunsingan aku ni dah sampai tahap paling maksimum, tahu tak??? grrr



memang la ada offer yang best gilaa tu, tapi kena pegi interview bagai. dah la service slow. aku ni pulak nak balik kampung. (again). jap lagi dia call aku time aku kat rumah. memang melepas la jawabnya kan?? sesaja je dia tanak bagi chance kat aku. grrrrrrr. geram pulak kita dibuatnya. so, aku ingat nak balik lambat sikit sebab nak kasi settle interbiu ni. tapi.................mak aku pulak kata gini;




aku :  hello mak, orang tak tau lagi la boleh balik terus tak lepas exam nanti. maybe balik lambat sikit kot                              

mak : kenapa pulak? ada apa?

aku :  alaa, interview hari tu belum lagi la. nanti satgi orang balik rumah, diorang call suruh datang pulak

mak : dah kalau camtu, balik je terus. tak payah pegi interview tu.

aku : (terkejut gilosss). eh mak, takpe ke kalau tak dapat praktikal kat situ???

mak : takpe. mak tak kisah pun. (dengan nada rilek dan angkuh)

aku : biar betul mak ni? mak ni macam lagi suka je kalau orang tak dapat praktikal situ... ??

mak : memang pun. (dengan nada selamba badaknya)

aku : alaaa, kenapa pulak???

mak : yelaa. kejap lagi karang susah nak balik. 4 bulan tak nampak batang hidung. raya pun takde kat rumah. teringin sangat ke nak pegi sana??

aku : entahlah...... tengok la nanti camne ye mak. (lepas tu terus tukar topik)..



actually aku pun taktau aku nak buat apa sekarang. ikut hati memangla teringin juga nak praktikal kat oversea tu. tapi bergantung kat rezeki jugak laa kan. tapi kalau dah mak sendiri pun macam tak redha je aku pergi, nak buat camane kan? kejap lagi orang kata tak berkat la pulak..



tapi bila ingat2 balik, macam terharu pun ada jugak. ye la kan, at least mak aku terasa kekurangan la sikit kott kalau aku takde nanti. aku tau sangat mak aku ni. dia kalau rindu, takkan pernah cakap yang dia rindu. lagi satu, rasa lega pun ada jugak sikit. terus kurang pressure aku tau. mane taknya, at least kalau in case tetiba tak dapat, takde la aku rasa macam aku dah kecewakan family aku. then aku takde la down sangat kan.



tapi bak kata member aku yang sorang tu, dia cakap," kalau tetiba diorang panggil interview tu sebelum aku balik klang atau selepas aku balik sintok, then maybe ini rezeki atau hint untuk aku. 
tapi if in case diorang call masa aku kat rumah, then aku patut lepaskan je peluang tu sebab bukan rezeki aku kott"



tapi orang kata, jangan pernah mengalah sebelum mencuba
so, jangan give up sebelum masanya.



ok la.. tu je.. bye bye.
wassalam. thanks sebab sudi baca.



Thursday, 18 April 2013

naik setingkat lagi



assalammualaikum



rasa macam rajin pulak aku ni. asyik update status twitter and belog jer. macam takde koje lain pun yer jugak. lepas settle assignment risk itu hari, sampai ke la ni, belum ada keje terbaru. selalunya time2 macam ni la assignment berlonggok-longgok mintak disiapkan. exam pun lambat lagi. tapi untuk insan pemalas macam aku, waktu sekarang ni memang heaven sesangat. *senyum lebarrrrrrr. ngeeee*



tapi dalam takde keje tu, mesti ada kekadang tu, tetiba termenung-menung, terpikir-pikir. kadang pasal diri sendirik, family, takpon kengkawan. lagi-lagi bila bukak fb and bace status twitter diorang. ada yang nak betunang, ada pulak yang dah nak kawen. yang nak bersalin pon ada and yang anak dah berderet pon ada jugak. advance sungguh la depa ni. life semua dah berubah. aku ni jer yang still sama dari dulu sampai sekarang, dok syok la duduk bawah ketiak family. belum puas lagi jadik childish. takmo jadi matured sangat. heee~



tapi.... bila tengok member aku yang sorang ni (syeri), macam tak pecaye pon ade jugak masa dia tetiba bagitau dah kena risik. memang ingat kena tipu hidup2. biasa la kan, gurau dengan kawan, so malas la nak pecaye. rupanya dia seriusss. aiseyyyy, tetiba terasa ketinggalan kat belakang la pulak. tapi dah memang jodoh dia laju macam fighter jet, nak buat cemana kan? and sekarang beliau dah masuk fasa bertunang.




my besties and her fiancee (6 april '13)
"azrul amri, do take care of my besties ya? or else, i'll smash u!!" hehe





ni pulak engagement fiefa (14 april '13).. ex-classmate masa form 5
tak dan nak pi ghumah dia. so credit pict to facebook AWIN





last; ni masa majlis resepsi member kitorang, NHAZMI (6 april '13). alaaa, yang menyibuk masa celebrate beday aku tu. tapi time tu kiranya nak celebrate dia sekali laaa kott. tak acii




ni je la memember yang engaged and married paling latest ni. yang lain dah basi sikit. hahaha. aku wish diorang semua happy. yang mana bertunang tu, cepat2 la nikah. mana yang get married tu, cepat2 la dapat junior. bahahhahaha. tapi yang paling penting, aku doakan korang bahagia sampai ke akhir hayat oke. aminnnnn~ jangan lupa doakan aku sekali ek.. hehe




ok la. tu je... k bai



xoxo. nadddddd



Monday, 22 October 2012

mission tak impossible.



assalammualaikum



okay okay.. tajuk memang sangat poyo. tapi content entry ni kira okay la. takde la nak phuiiii and annoying sangat. =').


actually, khamis ni (25 nov) dah start mid-sem break. tapi malam ni aku dah bertolak balik klang. weehuuuu~. ponteng class rabu. bahagia je dapat ponteng. since, cuti ni combine sekali dengan aidiladha, so dapatla break dalam seminggu lebih jeeeeee.



dalam masa seminggu ni, aku dah ade plan baikkkk punyerrrr. takdela plan gempak sangat pun. cume nak menghuru-harakan dapur rumah aku je. yelaaaaa, sempena mak dengan abah aku pegi buat haji, 3 minggu lagi baru nak balik, harusss la aku ambik kesempatan tanpa ade yang menyelia. kalau tak, ade je yang tak betul. sukat tepung salah la, gula banyak sangatla.. and etc... ok, aku tengah mengumpat mak aku, sorryy makkkk.



so, mission aku yang sebenarnye adalah nak buat something yang aku tak penah buat sebelum ni. saje nak bagi orang kat rumah tu sakit perut. sebab aku pun tak tau jadi ke tidak benda alah tu. kira diorang aku lantik jadi AJK perasa makanan. (teringat jawatan masa kat asrama dulu, korang adaaaaa???). =")



mission pertama, #1


#1 pavlova. 
garing di luar, lembut macam marshmallow kat dalam..




mission kedua #2


#2 lasagna
orang sebut la-za-nia. ade jugak yang sebut la-ze-nia. terpulang.
isi dia ade daging kisar, keju mozarella, parmesan, cheddar, dan sos putih.




mission ketiga #3


#3 tiramisu-in-cup.
buat dalam loyang pun boleh. tapi macam susah nak potong-potong. 
lagipun aku takde loyang jenis spring-foam.



kalau ade bahan lebih dari lasagna tu, boleh la sambung buat spaghetti bolognese pulak. tekak ni teringin la pulak. da lama tak makan. hopefully menjadi la. kalau tak sia-sia je cuti ni. lagipun, kan da besaq gedabaq, haruss la belajaq masak kan. ini tak, tiap hari makan nasi bungkuih je laaa. bosaaaaan.



hahahhaa. okay baii. thanksss sudi bace luahan dari perut yang laparrrr sesangat ni. p/s: pagi tadi makan maggi goreng kedai mamak. naik tangge turun tangge. dah start lapar balikk. dasar tank besarrr.. ishhh3



Sunday, 14 October 2012

hati terase nak ke overseas..


assalammualaikum



hai hai hai.. ni hao ma? da lama giler kot aku tak mengupdate blog aku yang tah pape ni. walaupun tah pape, at least sebulan sekali wajiblaa diupdatekan. ni tidak, dah dekat 5 bulan jugak aku ignore belog ni. kalau orang pregnant, 5 bulan da besarrrr gedabakkk kott perot tu.. dah macam orang tertelan tong gas kan. 



fyi, aku sekarang dah masuk sem 5. yeayyy. and so far so good, means belum ade repeat-repeat lagi setakat ni. alhamdulillahhh. ye la kan, program aku bukan macam budak engine punye program.. sebab tu boleh terselamat je tiap sem. tapi nak kate senang, takde la senang sangat pun. maybe aku ni termasuk dalam golongan bernasib baik kott. maybe la kot, maybeee.. sebabnyee selalu je sipi-sipi nak repeat. LOLzz



and-and, disebabkan program aku ni takde la nak tough sangat kott, jadi aku selalu tak serius, selalu play-play. selalu berangan sana-sini. kadang-kadang time weekdays, aku bole pulak tuang class pastu balik selangor. padahal dulu-dulu aku skema yang terover. nak ponteng pun takut. tapi sebenarnye tadek ape yang nak dirisaukan punn, sebab member aku bole tolong cover.. hehe. thankss kawansss!!



tapi sebab rutin aku selama 2 tahun ni asyik berulang je, so aku macam nak buat somethings new tau. macam pegi holidayyy kat overseas ke.. boleh tak?? sape nak temankan aku? sebab last sem da pegi langkawi, jadi niat aku melencong ke seberang pulak sem ni. bukan ape, even langkawi tu dekat je tapi pehhhh transport nak ke sana bapak mahal kottt. pakcik-pakcik teksi semua cekik darah tahap gaban. jadiknye, kalau nak pegi yang jauh lagi la mahal kan. lain la kalau transpot sendirik.. part transport tu je la aku malas nak pikir. tapi kalau expenses yang lain tu, insyaallah berehhh..



tapi aku takde la over sangat sampai nak ke Europe bagai. target aku just nak round yang Asia dulu. nanti dah keje ke, dah kawen ke, baru pikir yang Europe pulak nanti. eh, kawen?? opssss, tettttt.. tapi aku yang first timer ni kalau nak ke overseas, mestila kena ade yang guided. sebab tak penah lagi kan. insyaallah, kalau dah pandai, sorang-sorang pun aku tak kisah. keh-keh-keh. ayat kerek da keluar. tengok-tengok ade yang nangis dalam flight kang. hahaha. 


jom berangan sesama :)



ni baru namenye student. pi mana-mana pun buku still tak lepas. aku? memang tak la.. tapi kalau novel, maybeee kott.. heee~




bandung pun okey lagii. 




USS pun aku teringin nak pi gakk. jom, jom! heee~




krabi thailand pun best gakk.. berangan je la yang mampu :)




penat jugak bermimpi di siang hari ni. so aku nak save bende-bende ni untuk mimpi malam hari pulak. sekarang nak hadap alam realiti yang selalu buat aku pressure. kerja yang tak penah habis. bagi aku kerja tu boleh sebijik macam sayur mayur yang berlonggok-longgok kat pasar. belum lagi habis yang lama, terus tambah yang lagi baru.


tu je, okbai.. thanks sebab sudi baca and blogwalking kat blog ni... hehe. next entry pasal project utk cuti midsem a.k.a cuti eid adha pulak ye. stay tuneee. have a nice dayyy. muahhahahhaha




Saturday, 5 May 2012

saving planning for students


assalammualaikum


straight to the point, malas nak belok sana, belok sini. today aku terase macam nak share dengan korang-korang semua yang berminat nak tahu pasal cara aku untuk save money. euww, aku pon sendiri rase poyo jer nak share kat korang. sebabnye aku sendiri pon kadang2 terbabas dari monthly saving plan aku.. tapi tak kisahla semua tu, aku nak share jugak style aku save budget. tak kire, tak kire. nak jugak, nak jugak. (geliii)


disebabkan aku pon still seorang student lagi kan, so cara aku ni cuma sesuai dipraktikkan oleh golongan student je. reason? pasti la sebab student cuma dapat allowance satu kali je untuk satu semester, workers pulak dapat gaji setiap bulan. absolutely different. tapi aku tak jeless pon kat diorang. sebab bagi aku, orang dah kerje lagi banyak bende kena fikir, and paling penting lagi banyak bende kena bayar. kereta la, rumah la, etc. kesimpulannye, hidup aku sebagai student ni rilekk je walaupon duit tak la banyak mane kalau nak compare dengan orang yang dah kerje ni. cume kena pikir pasal student-tasks je la..lain la kalau korang anak orang kaya kan, anak dato' ke, anak tan sri ke, memang tak payah la nak pikir pasal save-save money ni. so, untuk makluman, aku sedang bercakap tentang student golongan sederhana dan bawahan. yang upper class tu tak termasuk okayy.






first, utamakan yang perlu dulu. contohnya, macam aku ni, setiap hujung sem memang otometik wajib asingkan a sum of money untuk bayar IPT fee untuk sem depan. almaklumla, elaun kan biasanye memang lambat masuk. and aku akan rase macam tak kena je selagi tak bayar yuran. terase umpame pendatang asing dalam kampus. so, that's means aku tak boleh la nak habiskan elaun aku di hujung sem. harus save sikit untuk sem depan dan jugak sebagai expenses di kala cuti sem menjelang. tak boleh la nak mintak parents selalu. lagipun, parents aku pun bukanla tanam pokok duit-duit kat belakang rumah kan..?



and yess, belakang rumah aku memang takde pokok ni.



second, asingkan wang mengikut kegunaan. maksud aku, dari awal semester memang dah kena plan berape banyak korang nak guna untuk itu, untuk ini, dan jugak untuk yang lain-lain. macam aku, aku prepare rm1000++ untuk yuran, pastu siap2 prepare duit tiket nak balik untuk satu sem, pastu duit makan at most rm10 per day, pastu nak travel lagi kena siap sedia duit awal-awal. nanti tak la frust bile mane tak dapat follow kengkawan yang lain disebabkan elaun dah habis guna untuk benda lain. kan? paling penting kena save untuk future awal-awal. and kalau ade lebih tu, baru la bole beli that kind of miscellaneous stuffs.. ada paham?


money-lock



third, tetapkan jumlah penggunaan untuk satu tempoh. contohnye, macam aku ni, aku fix-kan expenses aku sebanyak rm350 something untuk sebulan. ini untuk makan dan beli barang keperluan sikit-sikit. then kalau ade lebih, boleh la bawak ke bulan depan. tapi make sure bila duit ni habis, selagi belum start bulan baru, don't ever-ever pegi cucuk duit kat mesin atm korang tu. cara ni bakal melatih korang untuk merancang kewangan bulanan korang dengan lebih bijak sebab kalau korang betul-betul seorang yang berdisiplin, korang akan pikir seploh-doploh kali untuk beli sesuatu barang.


fourth, try to think of somethings that will inspire you to save money. contohnya, kalau korang berhajat nak pergi bercuti kat oversea atau berhati murni nak hantar mak ayah korang pergi tunaikan haji, kompem-kompem korang dengan automatiknya akan lebih bersemangat untuk simpan duit kan sebab korang tau niat korang tu perlu jumlah wang sangat banyak. so, kesimpulannya berangan tu kadang-kadang bagus. ia bagi inspirasi untuk berjimat.. tapi jangan la berjimat sampai korang abaikan benda yang penting macam makan or pelajaran. nanti at last, korang jugak yang susah.






tu je kot yang aku boleh share kat korang. sebab tu je la yang aku buat untuk save money for the future. lagi satu, menabung dalam tabung pun boleh jadi cara yang bagus jugak. tapi tak berkesan kat aku. sebab aku bila takde duit, aku terus cekau duit dalam tabung tu. entah bila tabung nak penuh pon tak tau la. tapi kalau korang menabung dalam bank ada la jugak faedahnye. and susah sikit nak korek kan. lagi-lagi kalau guna buku akaun je, tak apply atm card. *tetiba teringat tabung bentuk menara tabung haji yang faymes zaman sekolah rendah dulu* 


till then, selamat mencube untuk korang. ok bai.



p/s: kalau nak tau, inspirasi aku untuk menabung mestilah sebab nak beli kereta lepas grad nanti means sebelum praktikal. fully duit aku. baru boleh berlagak sikit. pastu aku berhajat nak pergi bercuti kat oversea. macam korea ke, europe ke, baru gah. sape nak joinn?? jom-jom.. tapi belanje sdn.bhd laaa. hahahaha.

Sunday, 25 March 2012

alamak..dah over bajet derr

assalammualaikum


gud morningss u olls. pagi ni aku terlambat bangun la pulak. terlambat bangun 30 minit daripada biasa. nasib baik takde class pagi ni. class tengahari nanti pun tetiba cancel. yeayyyy! lantas, aku tergaru-garu kepala yang tak gatal sebab dok pikir nak buat apa. mandi dah. basuh baju on the way. study??? nanti nantilah..uhuhu. ouh, tetiba aku teringat daily budgetting note aku yang dah lama sangat tak dikire total spending nya.. aku pun dengan semangatnya amek kalkulator sebab nak kira bajet untuk bulan mac ni.



dengan sepenuh jiwa aku kire bajet aku. kire punye kira. tambah tolak darab bahagi, akhirnya aku dah dapat total spending aku. semuanya ade la dalam RM 2300++.. mak aihhh, banyak gila aku dah belanje bulan ni. bila pikir2 balik, bulan mac belum pun habis, tapi bajet aku dah terlampau overrrrr. hadoiii. nak buat lagu mana ni?



camne boleh teroverrrr bajet ni? padahal sebelum sebelum ni, aku belanje rm400-rm500 je sebulan. tapi bulan ni dah naik beribu-ribu lemon kali ganda. then aku pun check ler note aku tu. pastu aku noted that macam mana la aku tak ter-overrrr, bulan ni la aku bayar ipt fees, bulan ni gak la aku beli olympus aku, pastu dengan langkawinya lagi. mana tak beribu riban habes??



actually, hujung bulan ni aku baru berniat nak beli samsung phone baru. dah jadi macam ni, macam kena tangguh dulu la niat murni aku nak menghabiskan duit. kang orang cop aku orang kaya baru pulak. ni kira nasib baik lagi. hari tu pas balik holiday, excited giler da plan nak pegi holiday lagi. nasib baik belum laksanakan lagi misi berholiday tu, kalau tak boleh botak gak la kepala.. hahahha. pasni tiap hari kena makan biskut cicah air je la jawabnya yek..sobsobsobsss. 


aduhh. tahap kebingungan aku dah mencapai tahap maksima


ok bai.~


Wednesday, 4 January 2012

tahun baru. azam tetap lama.


assalammualaikum..





biasanye asal masuk tahun baru je, semua sebok nak berazam baru. padahal azam lama tak tertunai lagi.. ish3. *terasa*. and aku baru notice rupenye azam aku ni jenis yang long-term punye azam. patutla tak tercapai-capai. yeah, seriously! at least lepas grad nanti baru bole tengok, sama ade tercapai ke tak. nak tahu ape azam aku? 
letsssscheckitout.. =')





1#- aku nak beli kete sendirik, and that car should have plate number of BMW. barulah gah. hewhewhew. sekarang belum mampu lagi. lepas congak-congak, duet aku maybe da cukup right after grad nanti. gah tak azam aku?? hikhikhik.. even mak aku sendiri sokong azam aku yang ni tau. 






2#- my second wish is i wish that when i am 25, i will have my own asset at least 20k.. the more the better.. yeahh. kengkadang aku memang materialistik. and sometimes materialistic is something that good tau. contohnya orang akan kejar kebendaan atas usaha sendiri. tapi orang selalu salah anggap. bila cakap materialistik je, terus fikir yang kita ni nak kikis harta orang lain. helloooo, come on la kan. perempuan zaman sekarang semua da reti berdikari hokayyy!







3#- next, aku berazam nak kekalkan berat yang sedia ada. which means tak mau ade sebarang peningkatan. kalau makin menurun lagi bagusss. senang citer tak mau lebih 50kg lah. almaklumla, aku ni kan rendang orangnya. nanti BMI aku tak balance la. kang terlampau comel pulak. kan da susah.. hehehe.






banker vs. interior designer

4#- pastu aku ingat pas grad nanti aku nak jadi seorang yang knowledgeable dalam banking field dan juga interior design field. rugila kalau aku belajar dua bidang tapi praktikkan satu je. berat sebelah pulak. tapi maybe aku akan lebih cenderung kepada banking field kot. yang design-design ni maybe untuk suka-suka je. at least bole decorate rumah sendiri kan. and bila orang datang, diorang akan tanya camni," wah, nice house. sape yang design and decorate?". and my answer would be like this "of course i do it myself hokayy. kenape, tak pecaya?". wooo. bangga siottt. kehkehkeh. berangan je lebeyy.







5#- Kuwait Finance House. aku tetiba macam rasa nak praktikal and kerja kat sini. and yess, memang sebelum ni aku tak pernah pulak terfikir pasal organisasi ni. but after aku bukak email student aku, tetiba keluar artikel pasal 8 students islamic banking and finance UUM diterima bekerja kat sini. ouhh, automatik aku set yang aku nak kerja kat situ sebab itu bawah program aku. and of course masa depan agak cerah kalau diterima kat sini sebab ianya international company. and fyi, this KFH adalah finance institution pertama kat dunia yang offer islamic products. sure company ni da stable kaaan? so, u all pray for me ya!


thats all my five wishes.. azam jangka panjang kan. anyway, secara jujurnya aku tak reti nak fikir nak mereka azam jangka pendek. asal aku dapat idea je, semua yang long-term punya. betul weh, aku tak tipu woo. macam orang lain, ade yang nak kahwin tahun ni, pastu ade yang nak dapat DL (deanlist) untuk sem ni.. entahlaaa. sebab bagi aku kalau yang long-term ni maybe lagi relevan and rasional kot sebab aku banyak lagi masa nak usaha. and of course aku tak suka benda spontan. at least kena plan baik punya and it's gonna take time to get the best thing.. kan?


hokayy. semoge azam kita semua terlaksana la ye.. aminnn! btw, thanks sebab sudi baca azam aku yang tak seberape ni. and wish us good luck untuk final ni. final fever la katekan. hehe. see u all in next entry. okey bye. wassalammm.