advertising purpose...CLICK ON THIS!

Showing posts with label random of thoughts. Show all posts
Showing posts with label random of thoughts. Show all posts

Sunday, 10 March 2013

makin sikit makin malas.



assalammualaikum



yeayyyyy akhirnya sampai jugak ke sem akhirr!! apa yang paling best kalau da sem last ni?? opkos la class yang makin sikit, dan jugak ada lebih masa untuk berpoya-poya. jangkamasa untuk beradu pun da jadi berlipat kali ganda berbanding sem lepas.. errr, maka badan pun makin berisi sejak-sejak asyik tido je memanjang ni.. apa la nak jadi kan?? hmmmmm



sem ni, aku ishtiharkan bahawasanya hari favret jatuh pada hari isnin dan khamis.. hehe. tu pun sebab nak balas dendam sempena selama 5 sem sebelum ni class berderet pada hari-hari tersebut.. tapi time paling best bila mana pagi-pagi tengok orang kelam kabut pegi class, sedangkan diri sendiri baru melenggang nak pegi mandi.. memang manyak syiokkk wooo.



mana tak nye, sem ni cuma ambik 4 subjek je. berderet class hari ahad dan rabu. hari lain heaven sangat-sangat. tapi susah juga bila dah free ni, godaan kawan-kawan ajak merayau sana sini susah betul nak tangkis. dan akhirnya terpaksa surrender secara suka dan rela serta senyuman lebar.. just imagine 5 hari cuti instead of 2 days of classes in a week.. sapa tak suka kan??





class teori amalan perniagaan islam (TAPI)
moga-moga aura baik terjangkit kat aku sikit. aminnnn~



tapi sebabkan class cuma 2 hari, jadi makin malas pulak nak pegi. dulu kemain berkobar-kobar nak pegi class. sekarang kalau boleh nak rehat 24/7. tu pun kalau boleh la.. tapi sure mesti tak boleh punya kan.. dah la risau dengan praktikum ni. haihhh. dapat mana la kan?? harap dapat dekat la. penat dah duduk jejauh dengan family ni. doakan dapat dekat okeyy~



tu jerrr. okey baiiii. assalam. 



XOXO. nadddd!



p/s: to juniorsss, pliss jangan jadi malas macam seniorss. hidup kena rajin. akhir kata, maju la juniorss untuk UUM.. bye :)


Saturday, 23 February 2013

batas



assalamuualaikum



lamanya tak update blog. (intro cliche). tapi tetiba terase nak update something malam ni. btw, malam ni malam kedua aku kat bumi sintok yang agak kemarau ni.. dan ni adalah sem last aku kat sini. tak tau nak sedih ataupun nak hoorayy2.... sebabkan aku dah sem last, so aku kena la post something yang serious2 sikit kan? kan?




sebenarnya, lately aku asyik fikir pasal something yang pelik je.. that is pasal batas lelaki dengan perempuan. maksud aku yang bukan mahram. entah la. bukan la maksudnya aku nak tunjuk alim atau tunjuk pandai. tapi aku macam konfius pasal apa hukum couple?, apa hukum kalau dating2 ni?, macam mana pulak kalau keluar berdua walaupun without feeling antara keduanya? etc. banyak sangat aku fikir esp. time cuti hari tu.




sesapa terase jangan marah okeyy. ni just my random of thought je. berlaku pada diri sendiri dan bukan orang lain. ni just based on pemerhatian aku terhadap persekitaran dan sekeliling aku. so, aku perlukan jawapan, so that aku akan tau mana yang salah, mana yang betul..




1st, bila orang ajak couple, mesti kebanyakan kita akan fikir sama ada nak terima tau tak kan? tak ramai yang akan fikir sama ada couple itu harus atau haram. dulu aku penah terbaca satu artikel. stated that couple tu umpama kita makan nasi. makan nasi tu da tentu la harus. tapi kalau kita buat something inappropriate atau improper such as holding hands, hugging etc. automatic hukum couple tu akan jadi umpama makan nasik bercampur daging babi. (got what i mean?).








tu starting phase, fasa kedua pulak adalah bila keluar dating tanpa orang ketiga.. bak kata orang, kalau berdua je, mesti akan ada yang ketiga. time tu la, akan ada improper action happened. bukankah kita disuruh menjauhi perbuatan yang mendekatkan dengan zina?? someone penah berkata, apabila kita menjalinkan hubungan dengan seseorang, dan kita mematuhi batas-batas agama, maka kita adalah di jalan yang benar dan diredhai ALLAH. sebab tu kita tak digalakkan keluar berdua je dengan yang bukan mahram. tapi based on apa yang aku perasan, lelaki sekarang bila kita nak ajak member ikut sekali time diorang ajak keluar, mula la macam-macam alasan diorang bagi. konon malu la, nanti member kacau daun la, etc.. even you're engaged, both of you are still not mahram, isn't it?? sehinggalah pada saat kamu dinikahkan.




tapi lain pulak kalau kita keluar berdua dengan lelaki (bukan bf, tanpa ada perasaan, kawan mungkin). maybe bagi sesetengah orang, perkara ni bukan satu isu sebab kawan je punn kannnn. but still diorang bukan mahram kita. dan mungkin akan mendatangkan fitnah kepada sesiapa yang melihat.. tak begitu?? sila tegur jika kenyataan ini salah... tak salah jika kita bawa muhrim yang lain, kan? bukankah the more, the merrier??




entry ini bukan untuk menyinggung sesiapa. tetapi hanya peringatan terutama kepada diri sendiri.. sekiannn



Saturday, 26 May 2012

don't merungut people


assalammualaikum


dah lame sangat rasenye aku tak mengupdate belog aku yang entah pape ni. seingat aku, post terakhir aku itu hari adalah pasal abang chik kan? abaikan je lah pasal bang chik yang merapu meraban tu. time tu kan aku macam ter'poyo sikit, tu yang ter'post tu. so people, sekarang aku dah jadik normal balik dah. (^^) mueheheheheh..


jam aku sekarang tunjuk pukul 11.54pm. kalau aku post entry time-time memalam camni, maksudnye ade la bende aku nak merepek-repek ni. tapi masalahnye, nak merepek pon takde tajuk ni. adehh. tapi bila mengenang hari2 terakhir untuk semester ni, aku dapatla tajuk kat atas nun, which is 'jangan merungut'.. and yess. aku sangat pantang dengan orang yang suka merungut tanpa sebab musabab yang kukuh.. *tu diaaa, zaman sekarang nak merungut pun kena ade sebab yang kukuh, barulah rungutan korang diterima oleh aku*.hahahha


camni lah contoh rungutan yang unacceptable yang aku terpaksa dengar tiap hari, tambah-tambah pulak kalau time tu aku tengah depressed or stress, memang tindak balas refleks aku camni la jawabnye..



RUNGUTAN (i);
alaaa, kawan ajak keluar shopping, tengok wayang, tapi poket dah kering pulak.. cemane ni? stress2.


then aku pun respon camni;
takpe la, next time awal sem tu save la sikit. jangan boros sangat.


padahal dalam hati aku, syaitan berbisik suruh cakap camni (nauzubillah);
padan la dengan muka kau, tak dapat enjoy. tu la sebok shopping sane sini awal sem. berlagak macam shopping kompleks tu bapak engkau yang punye kan. nahh, sekarang kau duduk la senyap2 dalam bilik tu makan biskut kering cicah air kopi je. dah, aku nak pegi makan pizza hut ni ok bye. huh!





RUNGUTAN (ii)
alaa, nak balik kampung.. tapi banyak asignment tak siap lagi ni. nak buat sekarang, tapi tak tahu cemane nak buat. hari tu mase lecturer tunjuk cara, aku tak datang kelass..


respon aku;
takpe la, siapkan la dulu asignment tu. kalau tak tau, tanye la member2 class. kalau dah siap, esok luse kan boleh balik. kalau tak sempat jugak, nanti gap banyak mase exam kan boleh la balik. 


respon reflek hati aku tanpa perasaan (nauzubillah);
tu laaa, sape suruh buat asignment last menit. ade class tau nak ponteng je. orang sebok pegi class, kau sebok pegi dating la, shopping la. naseb kau la kan kalau tak dapat balik. dulu tak dapat masuk U, sebok merayu2. dah dapat masuk U, main tuang2 class pulak. ni la budak zaman sekarang. pandai buat, pandai tanggung la. laa ni, kau duduk la kat hostel ni sorang-sorang time study week ni. dah, jangan kacau aku, aku nak pack barang ni. (sambil tayang tiket balik kampung) muehehehehe.




that's why la aku tak boleh la kalau orang merungut pasal benda-benda yang disebabkan kesilapan sendiri ni. rase macam mulut dengan hati ni bakal cakap benda yang mengundang penampar je nanti sebab sakitkan hati orang lain kan. lagipun aku ni bukanlah orang yang selalu ade belas kasihan sangat. kadang-kadang main cakap lepas je. tang cakap lepas tu yang kadang-kadang buat aku menyesal teramat. habis hilang kawan la, kawan kecik hati la... haishh, mintak dijauhkan.


lagipun, bukan ke merungut tu perbuatan tak elok dan langsung dan sangatlah tak digalakkan. sebabnya, ia macam pertikaikan takdir tuhan kan. contohnya, kalau ada orang tu merungut sebab hidup susah. pastu merungut pasal benda yang dah jadi, contoh paling faymes andaikata orang cakap perkataan KALAU, "kalaulah hari tu, aku buat camtu.........", "kalaulah masa tu, aku tak buat macam ni ...............". bukan ke tu namenye pertikaikan takdir tuhan?? so, sebaiknya kalau apa-apa terjadi pada kita, kita sabar dan redha je. sebab bak kata kawan lama aku dulu, yang baik tu semuanya datang dari ALLAH, dan yang buruk tu datang dari diri kita sendiri. so, terima je la semua benda dengan hati terbuka okey..


eh, macam islamik la pulak post aku kali ni kan. tapi apa yang aku bebel kat atas ni semuanya dari hati aku la.. tak tau la pulak kalau korang rasa salah kan? anyway, renung-renungkan dan selamat beramal..heee~ gudniteee people.. okeyy bye.


Thursday, 19 April 2012

tolong.... berat aku dah melambung

assalammualaikum


selase lepas, kawan aku si fara and huda farahuda ajak aku pergi kompleks changloon (c-mart) sebab akak die nak singgah situ. aku macam berbelah bagi la jugak nak pegi ke tak mau kan, sebab esoknya ada exam. by the way, dah lama giler kot aku tak jejakkan kaki kat situ. padahal tu la tempat paling famous-amous bagi student uum cam kitorang ni. makanye, aku pun ter' setuju nak ikut.. 





tapi.... ape yg aku nak citer sekarang ni bukan la pasal changlun ni. tapi sebenarnye pasal berat badan aku yang semakin melonjak-lonjak naik. ape kaitan antara changlun-berat badan melambung? actually, masa aku tengah bersiap-siap nak keluar pi changlun tu, aku tarik la jeans yang agak lame aku tak pakai. pehhhh, sekali pakai da macam sarung cempedak dah aku tengok. ketat gila woo. mase dulu2 aku pakai longgar je. ape maksudnya tu?? (paham-paham sudaaaah) T__T. tapi secara positifnya aku pikir, maybe seluar tu mengecut masa dicuci kot.. *sedapkan hati sendirik* kehkehkeh.


then, masa kat changlun tu, kitorang round banyak tempat gak la, banyak masa terluang sebab target balik pukul 5. ade lagi berjam-jam. so, aku ajak si huda ni masuk satu kedai buku. aku usha buku-buku yang ada. aku macam tertarik nak beli satu novel ni. 'ISTERI SEPARUH MASA'. macam best je aku tengok sinopsis dia. pastu aku pusing-pusing lagi dalam kedai tu. jumpa buku lain pulak. tak tahu nak beli yang mana.






cer teka last-last aku beli yang mana? hehe, jawapannya aku beli yang ade gambar buah epal hijau tu. heeeheee~ bila aku pikir-pikir balik, aku sebenarnya lagi prefer novel. tapi disebabkan aku tengah ada krisis dengan berat badan, so aku pilih buku ni. lagipun aku tengah musim exam, mati la aku kalau beli novel tu, memang nota-nota semua aku ketepikan dulu. bagi laluan kepada novel. haha. novel come first. study come second. oh no no no no.


so far aku tak bace lagi buku tu. tak tau best ke tak. tengok la nanti bebila free, baru aku baca buku tu. almaklum la, minggu ni aku busy giler la. exam berderet sampai next week. pastu asignment pun banyak yang dateline die dah around the corner. insyaallah, pas baca nanti boleh la aku share tips-tips kat korang semua. teruja tak, teruja tak?? mana la tau berguna kat korang. nak harap aku ni, beli je rajin. hasilnya entah hado ke idak.. hahaaa.


tengah taip-taip entry ni, lapo la pulak perut ni. padahal baru je melantak nasi goreng satu polisterin bape minit lepas. entah perut hape pon aku tak tau. hesyyyyy. okey la. bye... 


Monday, 16 April 2012

sebelum. semasa. selepas.


assalammualaikum


ni adalah kisah hidup aku yang sangat simple semenjak seminggu dua kebelakangan ni:


sebelum cuti:


kemain lagi excited nak balik bercuti.
seminggu sebelum balik semua da sebok pack barang.




semasa cuti:


enjoy sakan. bajet macam dapat cuti 4 bulan. hewhewhew




selepas cuti:
pressure
sebab assignment berlonggok-longgok yang dah diperam terlampau lama
 and menghitung saat nak jawab exam(s)
with empty brain.



ok bye. nak pengsan kejap.

Thursday, 5 April 2012

finally after 50 days


assalammualaikum



saat ni aku tengah bersenang lenang dalam bilik ostel aku yang umpama macam heaven bagi aku
sangat heaven
sebab segalanya aku buat dalam bilik ni
makan, study, tengok muvie, paling penting tempat tido aku kat sini
dah macam rumah kedua
and malam ni aku bakal tinggalkan rumah kedua aku selama seminggu
tak la sedih pun sebenarnye
rase excited nak balik rumah pertama aku lebih dari segalanya.
(^___________^)



malam ni aku nak bertolak balik ke rumah pertama aku kat selangor nun
sekarang tengah belek belek tiket. takut salah date. nasib baik betul.
5 april 2012, 10.45 pm.
klang here I come
dah 50 hari @ dekat dua bulan jugak tak balik rumah
tapi sem ni terase cepat je mase berjalan. tak terase lame.
kalau sem sem lepas, seminggu macam sebulan 
tapi maybe sebab aku da agak senior kott kat sini, so da boleh adapt.



tapi cuti midsem kali ni seminggu je
macam tak cukup la
boleh tak, nak extend cuti tu? dua minggu ke, sebulan ke? masyuk sikittt
nak jumpa tut, nak jumpa tutt, nak jumpa tutttt lagi.. 
hurm... memang kompem tak cukup masa. 
nak tunggu cuti hujung sem, lambat lagi. lagi 3 bulan.
haihhhh



tapi takpe la, ni la namenye dugaan hidup sebagai student
karang dah habis blaja, rindu pulak nak ulang alik dari selatan-utara, utara-selatan ni kan.
errr, selangor tu utara ke? aku bab bab geografi memang failed sikit
ahaha. ok la. lapar dah ni. nak jalan jalan carik makan jap.
byeeeeeeeee~





Friday, 23 March 2012

padan la dengan muke aku

assalammualaikum


hai semua.. dah lame tak update blog. maklum la, ke'busy'an aku kan mengalahkan ke'busy'an wakil rakyat. terkejar ke sana. terkejar ke sini, dengan asignment berbukit lagi. (padahal busy buat asignment jalan jalan carik makan). (^_^)! sampai nak makan nasik kat cafe pun tak sempat u olls.. hah, yang ni tak tipu. serius ni, busy meng'on9 sambil main game, tengok2 dah pukul 4 petang. terlupe nak makan. tapi bagi aku, ni kire gud thing la jugak. dah kate pun tengah diet.. kuang3



tapi kekadang bila dah terlupe nak makan, mula lah perut buat bunyi-bunyi pelik. mula-mula try buat tak tau je. tapi bila perut ni betul2 tak tahan, tangan ni dengan lajunya tarik laci makanan bawah katil nun. niat sebenarnye nak grab roti ke, biskut ke, tapi mata ni pulak nakal semacam, tangan pulak gatal terus rembat chocolate bar yang diimport khas dari langkawi itu hari. dah la curik cokolat yang dah dipack kemas2 yang sepatutnya nak bawak balik ke klang nanti. isyyy. tak patut tau. degil betul tangan ni!!





ingatkan lepas makan satu bar beryl's camior, boleh la bagi perut ni kenyang sikit. tapi nampaknya takde effect langsung. then aku amek pulak cadbury, pastu baru perut aku macam okey sikit. tak bunyik-bunyik macam tadi. tapi part yang tak best nye pulak, aku repeat mende yang same tiap hari. even perut tak lapar pun, aku tetap grab chocolate. lagi lagi time tengok movie. lagi la mengunyah je.



and.... lepas dua minggu gitu, aku perasan muka aku macam dah jadi lain gile la. jerawat berlumba-lumba naik umpama kulat tumbuh kat roti yang dah expired tuuuu. euwwwww~ cuma bezanya jerawat aku takde la keluar warne biru, hijau dan sebagainye.. last2 aku terpakse tahan nafsu makan coklat aku. kena sorok coklat tu kat tempat lain. tension jeee. untung laaa family aku yang jauh di mate tu, nanti dapat coklat yang tak bape nak luak...


MOOD MENULIS ENTRY HARI NI:
pressure teramat 
tapi nak buat cemane, bintik kat muka kalau dihitung2, tambah tolak darab bahagi, 
total nya lagi banyak dari semua coklat2 tuuuu. haihhhh~



ok bai. wassalam


Friday, 16 March 2012

risau

ASSALAMMULAIKUM


risau. risau. risau. ahhhhh. aku risau gilerr. kerisauan aku kali ni memang da sampai tahap yang agak kronik. camne aku tak bimbang, minggu ni aku rasa yang aku macam dah berubah 360 darjah banding dari minggu lepas. aduyaii, camne nak explain ni? aku pun tak sure ape yang berubah, maybe hormon kot. tapi orang around aku semua perasan perubahan aku ni. aku pun sebenarnye perasan gak perubahan tu, tapi bila orang2 sekeliling pun perasan, maksudnya memang dah betul2 obvious la kan? aduhh makin risaaaaau.


actually case ni sebenarnye camni, selama seminggu ni (means every single day in dis week), aku notice yang pengambilan makanan aku dah lain sangat. minggu lepas and minggu2 sebelumnya, aku makan nasi 3-4 kali je seminggu. tapi sekarang aku makan nasi 2 kali sehari means 14 kali seminggu la kan? so, nampak tak betape obviousnye perbezaan kat situ. aku takut menyesal kemudian hari je.. adehhh. time aku taip entry ni pon, aku tengah sebok mengunyah.. *mengeluh*


tu belum citer part aku pegi pasar malam changlun rabu lepas. macam2 aku beli macam beli untuk buat kenduri, padahal makanan tu aku melantak sorang-sorang. betapa tak senonohnye aku kan? tapi nak buat cemane dah aku lapar. haishhh.. bertambah tambah risau.


okey la, nak cuba berhenti mengunyah sekarang ni. baik aku pegi jogging ke, bergosip kat bilik member ke lagi berpekdah dari dok mengunyah 24/7 kan? okeyy bai u ollss.



Saturday, 14 January 2012

finally. tapi risau sikit.

assalammualaikum..



wahhh. akhirnye aku da berjaye meng'graduate'kan sem 3 ni. tahniah! tahniah!. tinggal pack barang sikit. pastu da bole balik selangor lagi. tak abes-abes nak balik. padahal baru balik aritu. hesyy! da la barang sumer nye gedabak-gedabak. nak kena pack bawak ke tingkat 3. tapi takpe, bajet kengkonon bole exercise la kan. (^o^)


baru sejam yang lepas aku abes last paper. nak kate excited, takde la sangat. sebab bagi aku dalam 6 paper yang aku amek, rase dua je senang. yang lain macam speechlessss. lagi-lagi financial management. huihh, macam ade instinct kena repeat. abehla rekod bersih aku. lagipun baru plan sem akhir nanti nak relax-relax je. tak mo dah amek subjek bebanyak. da jadi camni, risau ler pulak. T_T




sementare result belum kuar ni, baik aku bersukeria dulu. nanti pas da keluar bole lah menangis beramai-ramai dengan kawan-kawan tercinte.. sebelum balik ni, nak layan movie puas-puas. balik nanti sure malas nak bukak lappy punyer sebab banyak lagi bende lain yang lagi besh kat rumah..hikhikhik. contohnye macam makan and tdoooo.=D


okeyla. nak pack barang sikit. okey byeeee~

Saturday, 31 December 2011

welcoming 2012


assalammualaikum...



alhamdulillah.. tahun baru kembali lagi. dan tuhan masih panjangkan usia untuk menempuh kehidupan yang makin mencabar. tibanya tahun 2012 ni bermakna usia da makin meningkat dan secara tak langsung tanggungjawab yang dipikul semakin berat. make sure azam 2011 dah tercapai sebelum buat azam yang baru okeyy.. 

and also to anyone who will celebrate this new year eve with examination paper just like I do: 
GOOD LUCK !!!

okey.bai.wassalam~


Friday, 16 December 2011

SEMESTER YANG MENYESAKKAN.

assalammualaikum !


well, finally my 3rd sem almost over. yeayyy !! tapi dalam gembira2 tu tetibe muncul pulak part yang merisaukan kepale eden. adehhh. ini semua gara2 add drop session yang baru berakhir 2 hari lepas.. memang lah lega teramat bile add drop da setel tapi masalahnye, timetable pulak makin padat teramat. so, cite2 nak balik hometown tercinte selalu terpakse dilupekan. cisssssssss !! huh..




ni belum start sem baru lagi ni. bile start je sem depan, jadual ni automatik akan bertambah lagi satu subject. ya, satu lagi subjek di hari sabtu (hari untuk merehatkan otak). lokasi tiap kelas pulak jauh2 semuanye. hujung sem depan kompem aku makin kurus..ahaksss (memang tipu la).


anyway.. mungkin ini la yang dinamakan sacrifice kot. lumrah hidup seorang student yang malang.. huuu~ malang la sangat kan. padahal enjoy sana sini kemain.


ok la bye. nak completekan portfolio hiasan dalaman. esok dah kena submit. hah, ni baru namanya student sejati. terpaksa rajin sebab buat kerje last minit.. huahuahua..bai.wassalamm !


Saturday, 26 November 2011

just go with the flow


ASSALAMMUALAIKUM =')



haihhh,lately asyik hujan je kaaan?. nak basuh baju pun malas.nak sidai pun susah nak kering..so,petang2 yang hening and mendung ni terpikir nak update blog pulak.walhal asignment melambak berbukit.. tapi itulah aku, kalau esok nak hantar, hari ni baru nak buat.seriously, aku dari dulu memang macam tu.yeahh,aku tau memang la risky kan.kalau buat last minit selalunye tak perfect, and banyak masalah yang timbul.but again itulah aku. macam time nak amek paper physics mase spm dulu pon same gak (maybe worse), lagi sejam nak jawab exam, boleh lagi nak bace novel.adehhhh..and finally my physics paper hancusssss..and sekarang aku bukan lagi dalam science stream.=').tapi aku tak pernah menyesal.well, everythings happen for a reason people.

walaupun kekadang aku ni seorang yang sambil lewa, tapi sometimes aku ni tetibe boleh jadi serius jugak. bile kematangan aku datang secare tetibe, memang time tu aku akan jadi sangat sangat sangat serius. lagi lagi bile aku da mule pikir pasal mase depan..fyi, aku ni bukannye seorang yang datang dari family yang sangat kaye raye sampaikan 7 keturunan pun harte takkan habis dimakan. so that, start from now, aku harusss mule carik harte sendiri.sometimes aku ade dengar orang cakap camni,"rilekla kite baru 21 tahun,enjoyla weh".oh noooo,dis is so not me.bak kate mak aku, susah2 dulu senang2 kemudian..so,aku praktiskan dalam hidup.and u know what,ramai yang pelik bile nampak ade daily budgetting note dalam pencil case aku yang aku bawak ke sane sini tiap ari.

for the sake of our futures

and again bile terpikir pasal future ni, aku selalu pikir macam 'betul ke jalan yang aku amek ni?' or 'betul ke aku takkan menyesal kalau buat macam ni?'.mase cuti aidiladha aritu aku ade la tengok drama ni. ade satu babak ni si anak tanye opinion dari ayah die pasal decision yang die da buat..and cer teka ape jawapan ayah die??~well, her father said,"whatever happen, just go with the flow".and bagi aku,that quotation gives me a very deep meaning..asalkan kite dah berusaha,da berdoa dan tawakal,so da takde ape yang patut disesalkan.




and macam yang aku story morry tadi, bile mane aku punye result spm memang dah sah2 tak cukup gempak, aku da mule putus asa. member2 aku semua result power2 and even my cousin boleh dapat 11A,and aku??. hurmmmm,sampaikan bile diorang buat makan2,aku langsung tak join sebab aku malu+kecewa.dan as i expected, aku langsung tak dapat offer dari ipta. sedangkan bestfren2 aku semua dapat tempat yang best2..satu hari, one of my bestfren suggest aku amek form six.actually aku tak penah pun terpikir nak amek stpm.and malam mase kawan aku bagitau tu,esoknye da kena daftar form 6.then,aku macam blurrrrr.kalau korang,ape korang rase??and u know what,ape yang buat aku rase yang aku memang da tertulis nak amek form six adelah bile barang2 keperluan macam kasut putih,baju sekolah,beg semua memang da tersedia malam tu.actually,kasut tu aku baru beli sebulan before spm and mak aku da nak bagi kasut tu kat cousin2 aku yang kecik2.tapi ,malangnye kasut tu tak muat kat diorang and kalaupun ade yang muat,diorang tak bole nak pakai sebab skola diorang kena pakai kasut hitam.and baju pon elok lagi terletak dalam almari,tak buang lagi.kalau tak, mane nak cilok baju dengan kasut pukul 1 pagi??for me,it looks exactly macam betul2 aku harus ambik form 6..


and at last,aku sangat bersyukur sebab aku amek form 6.aku rase jiwe aku jiwe art stream.art tu bukanla yang sastera2 tu.mase form 6,aku amek ekonomi.aku rase macam bez gile ekonomi.andaikata kalau time tu aku dapat offer dari ipta.sure2 aku dapat science course yang aku tak bape nak ngam.and tak mustahil aku kena tendang dari u.sebab mase dulu2 aku macam nak sangat engineering program.tapi sekarang baru belajar autocad sikit pon aku da mengeluh..haaiihhhh.




and using my stpm result yang lower than i expected,aku dapat offer futher degree dalam islamic finance and banking field.ramai yang cakap yang aku ni memang serasi dengan banking field sebab dari aku sekolah zaman dulu2,aku selalu jadi bendahari pegang duit2 ni. ye,aku memang happy dengan semua ni. dan yang lebih mgembirekan aku ialah aku dah tak perlu mintak duet kat parents aku lagi since aku da ade source of money sendiri.and tu sedikit sebanyak boleh tambah saving aku untuk mase depan..and sape tahu cita-cita and impian aku selame ni mungkin boleh jadi kenyataan..=')


in conclusion,walaupun ade ketikenye kite gagal dalam sesuatu, itu mungkin satu permulaan yang baik..selamenye berjaye tapi akhirnye gagal pon tak gune jugak so,just go with the flow.sesungguhnye tuhan da tentukan jalan yang terbaik untuk kite.tapi sebagai manusia, kite kena berusaha jugak.takde siape akan tolong kite melainkan diri kite sendiri kan? =')


untuk renungan semua :)

tu je kot untuk arini.mekaceh....wassalam
ok.byeeeeee~


“If you just go with the flow, no matter what weird things happen along the way, you always end up exactly where you belong.” 


'if a fish lives its whole life in this river, does it know the river's destiny?'
No!
'only that it will runs on and on out of its control
it just follow where it flows, but it cannot see the end'


Friday, 7 October 2011

tetibe teringat zaman sekolah..

hai semua.gud afternoon n also gud morning to those who juz woke up..its already 2.03 pm okey, wake up wake up!! heyyyy,talk about wake up tetibe teringat lagu 'wake me up when september ends' by green day.. lagu ni aku first2 dengar adelah dalam 3 tahun lpas.time2 skola lagi mase tu.maybe sebab aku ni memang type of people yang sangatla suke lagu2 slow,so lagu ni jadi favret la time tu..tak kesahla lagu omputih ke lagu malay ke..lagu indon pun aku layan jugak kadang2.tu pun yang bez2 je la.kalau yang xbest memang sorry to say larhh kan..n diz song act. kawan aku yang introduce kan.she was so fanatic wif english songs.well,budak english A1 la katekan..radio pun nak channel hitz dengan fly je.era dengan hot tak maen la kan.cehhhhh! =')
bercakap soal kawan2 skola, buat aku teringat zaman skola aku yang ntah ape2..apetah lagi aku punye zaman skola terlebey lame dari membe2 seangkatan aku..means aku amek stpm,so 1 year and half lebih dari diorang.first rase macam #$%^%#@^! tapi lame2 rase seronok dan bangge dan juge grateful sebab ALLAH decide the best way for me.and since dat, i believe that everything happen for a reason.yeahhh believe me (*_____*)!! intro sudah tersangat panjang.hehhe.so, as usual kalau teringat something harusss tengok gambor kan...jom la ape lagi?

form 6 class @ kelas 1 malaysia.macam2 ade.

i am an ex highskoolian.klang high school
and high school klang ni jugak pernah jadi set utama untuk shoot drama 6 progresif..n i've never missed to watch each episode..n my juniors became de extras.n aku da terlepas chance la nak masuk tv sebab time tu da masuk u..haaaa drama ni la yang aku cube nak citer

6 PROGRESIF.shoot in laz 2010
da la shoot kat klaz kitorang.kitorang yang design untuk class ni okey..curtain,board,frame etc sume kami yang choose n buy.diorang tak tukar2 sampaila shoot drama ni.hishhh,bebudak junior memang pemalas takpun diorang tak berseni macam kitorang.hehe

see..my beautiful classroom =')

ni mase jamuan akhir tahun form six.macam biase,baju putih kain biru.:)

ni pas last paper stpm.bajet macam pasni da takmo jejak kaki kat skola lagi

ni la class kesayangan aku 6A6.korang nampak tak slip2 tampal kat meja tu?ni la namenye exam.haha.and time ni aku sorang je jawab exam kat class ni sebab aku diKUARANTIN..chicken pox babe.dasyat xdasyat laa.kena pakai face mask.
aku join persatuan sejarah.as u can see,2orang je malay students

ni mase graduation day form five dulu.cube carik aku yang mane?kalu jumpe memang power

ni pic class mase form five.memang kene bagi besau sket bagi korang nampak muke aku.time ni aku salah port.:)

and this is my fren who olwez be with me since kindergarten kot,until now.same tadika,skola rendah,menengah,masuk ostel sesame,stpm,universiti and same hostel kat uum ni.<3

aini syamimi (right side) and me (left)

well.tu je kot yang bole aku share buat mase ni.lappy aku pon da panas macam nak meletop je gayenye sebab da bukak dari pagi tadi.(pagi apenye,bangun je da lunch hour)hehe...
anyway.thanks a lot.have a gud weekend.
bubyeeeee.nak sambong tido.ZZZZZzzzzzzzz.tak seno'oh!