advertising purpose...CLICK ON THIS!

Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

Sunday, 29 April 2012

friday i'm in love


assalammualaikum


rase macam dah lame giler tak update blog ni.. nak kate aku busy, memang busy pun. tapi takde la busy sangat sampai tak sempat nak online. lagipun aku ni selalu online bila mana aku tengah carik bahan untuk asignment aku. alang-alang dah surf kan, jari ni laju je nak log in facebook. tu yang hangpa selalu nampak aku online chat tu.. padahal aku tengah sebok menelaah.. ecececehh. 



so, kat u aku sekarang ni, semua bebudak tengah busy siapkan asignment, tutorial, portfolio, slide, etc. maklumla sekarang kan dah hujung april. kejap lagi masuk bulan mei. then hujung bulan mei dah final exam. so, kirenye syllabus pun banyak nak khatam dah. tapi bagi aku pulak, di saat-saat camni la aku dok melayan movie + tido asal ada mase terluang. padahal banyak lagi asignment tak siap. (asal post entry je aku story pasal asignment aku. tapi pecaye atau tak, dari dua bulan lepas satu kerja pun tak siap-siap).



selain dari tengok movie + tidur, aku ade hobi lain. iaitu layan drama-drama baru kat tv. walaupun aku kat hulu ni susah nak carik tv untuk isi masa lapang aku. tapi thanks to TONTON sebab kasik chance kat aku layan citer-citer yang aku missed nak tengok in case aku ade class or ada meeting program. *bajet macam aku orang penting je kan* and apa yang aku nak habaq kat angpa semua ari ni sebenarnya adalah pasai one of my pavret drama yang baru start tayang 2 minggu yang lepas..




poster pun da bajet macam drama korea =')




tapi seriously drama FRIDAY I'M IN LOVE ni memang klakar giler. sape yang tengah stress tu boleh la layan drama ni kat slot aurora tv9. kalau tak salah aku setiap hari khamis 8.30pm. aku pun tak sure sangat sebenarnye pukul bape dia tayang kat tv9 tu. bila aku dok u ni, macam tak bape nak alert sangat schedule program kat tv tu hah. lain lah kalau kat rumah, memang aku je yang tercongok depan tv tu.. 









drama ni dibintangi oleh Qi Qushairi (awang a.k.a amir hisham), pastu ada jugak Nellydia Senrose, Bella Dally, Aiman Hakim Redza, Rizal Jaafar, Zoey Rahman, etc.. so, good news untuk peminat drama Vanilla Coklat tv3, pelakon-pelakon drama tu pun ada dalam cerita ni. and yes, izara aishah pun bakal ada. tapi maybe untuk satu episod je kot.. kira okey la tu kan.




hah, ni masa lagu intro drama ni. tengok pun da tau citer ni giler-giler-giler =')




apa yang aku boleh story kat sini cuma drama ni mengisahkan Awang yang akan fall in love setiap hari jumaat dan akan berpisah pada next thursday. and the next friday once again akan fall in love lagi. so far yang aku dah tengok, first week ada fouziah ghous, 2nd week ada puteri sarah liyana. this week tak tahu la sape yang bakal muncul. tapi yang aku perasan, drama ni macam bagi banyak idea untuk tackle girls tau. sweet sangat.




80's style.



bagi aku, drama ni quite interesting tau. bagi korang tak tau la. bagi yang tak penah tengok tu, dun worry sebab korang boleh tengok kat TONTON for free. macam promote tonton la pulak kan. eh, tapi actually aku perasan cerita ni wujud pun bila aku kebetulan belek-belek tonton masa nak search drama lain. so harap korang pun enjoy layan drama ni. and seriously drama ni akan buat korang tersengih-sengih sambil tergelak-gelak sensorang.. hehehe




okey tu je... bai. wassalam




p/s: dalam drama ni, baru aku perasan yang Qi Qushairi ni macam quite sweet and cute gak. untung la yuna.
peaceeee. =')

Tuesday, 11 October 2011

ombak rindu.coming soon

assalammualaikum =')

bace tajuk entry pun mesti korang da tau kan ape yang aku nak share?okey,da tak surprise.hurmmm?nyway,korang mesti pernah dengar kan pasal novel 'ombak rindu'? and filem yang diadaptasi from this novel will be released tak lame lagi tau.dengar2 macam 1 disember ni.can't wait @_@!da la lame gile tak tengok wayang. bile tengok je trailer ombak rindu kat you tube hari ni, uishhh terus berkobar kobar nak pegi tengok.actually novel ni da lame published, faymes time2 sekolah dulu.entah sekarang da cetakan ke berape entah.:))
well, aku ni memang suke tengok citer2 yang adaptasi dari novel macam nora elena, stanza cinta, trilogi cinta, lagenda budak setan, cinta pertama etc....lagi2 time lagenda budak setan tu, memang aku excited gile la. bermati-matian ni nak pegi pawagam. nasib baek la member aku c budak radzrein tu dengan sweetnyerrr belanje aku tengok LBS tu..thanks wehh.=') tapi citer tu da lame kan.last year punye citer da tak hot sangat.. so.pasal ombak rindu ni sape yang tak pernah bace novel tu,meh la aku kasi story sikit pasal sinopsis die.orait???

ni ler cover novel tu.ada ingat ka?
SINOPSIS

IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.


Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.


Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.


Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


hah,korang tengok interesting tak poster die?

anyway..antara reason utama aku nak tengok movie ni ialah maybe aku ni peminat setia lisa surihani kot. semua movie and drama die semua aku minat woooo. and dalam filem ni die berlakon watak antagonis, means watak ni tak sama macam watak yang selalu die bawak. selalu kan die jadi watak baik2 je,sopan2,sweeet2,except for V3 samseng jalanan.haa,yang tu memang lain giler. besides,pelakon yang lain pun not bad la. aaron aziz pun besh giler. maya karin pun macam 1st time berlakon karakter macam ni kan. so,mestila nak tengok.berjaya x berjayanye die bawak watak macam ni kan? pastu ade bront palarae. aku ni dah la sejak tengok filem sekali lagi hari tu rase macam budak bront ni not bad la jugak..tapi aku tak taula dalam ni die berlakon jadi ape.wait and see je larhhhh

so,these are some sweeeeet scenes in this movie.layannnn~





aaron aziz and maya karin lagi


finally,ade pun gambar lisa!yeayyy
the heroinsss

hehe.cukupla tu kot buat mase ni kan.nanti lepas tengok movie ni bulan 12 nanti,aku sambung review,okeyy! itupun kalau rajin tengok kat pawagam,kalau malas tunggu je la insan2 yang rajin mendownload pass movie ni kat aku.hehe.=').tu je.thanks a lot.bye gudnite.have a nice dream yaaa!

p/s: dengar citer pelakon asal citer ni nur fathia.alaaa,yang kat stanza cinta tu.so,what say u kalau betul die yang berlakon dalam movie ni?makin best ke makin tak best,huhhh?
aaaaaaand also,aku rase aku much prefer my gorgeous lisa berlakon jadi izzah.what do u think?