advertising purpose...CLICK ON THIS!

Monday, 22 October 2012

mission tak impossible.



assalammualaikum



okay okay.. tajuk memang sangat poyo. tapi content entry ni kira okay la. takde la nak phuiiii and annoying sangat. =').


actually, khamis ni (25 nov) dah start mid-sem break. tapi malam ni aku dah bertolak balik klang. weehuuuu~. ponteng class rabu. bahagia je dapat ponteng. since, cuti ni combine sekali dengan aidiladha, so dapatla break dalam seminggu lebih jeeeeee.



dalam masa seminggu ni, aku dah ade plan baikkkk punyerrrr. takdela plan gempak sangat pun. cume nak menghuru-harakan dapur rumah aku je. yelaaaaa, sempena mak dengan abah aku pegi buat haji, 3 minggu lagi baru nak balik, harusss la aku ambik kesempatan tanpa ade yang menyelia. kalau tak, ade je yang tak betul. sukat tepung salah la, gula banyak sangatla.. and etc... ok, aku tengah mengumpat mak aku, sorryy makkkk.



so, mission aku yang sebenarnye adalah nak buat something yang aku tak penah buat sebelum ni. saje nak bagi orang kat rumah tu sakit perut. sebab aku pun tak tau jadi ke tidak benda alah tu. kira diorang aku lantik jadi AJK perasa makanan. (teringat jawatan masa kat asrama dulu, korang adaaaaa???). =")



mission pertama, #1


#1 pavlova. 
garing di luar, lembut macam marshmallow kat dalam..




mission kedua #2


#2 lasagna
orang sebut la-za-nia. ade jugak yang sebut la-ze-nia. terpulang.
isi dia ade daging kisar, keju mozarella, parmesan, cheddar, dan sos putih.




mission ketiga #3


#3 tiramisu-in-cup.
buat dalam loyang pun boleh. tapi macam susah nak potong-potong. 
lagipun aku takde loyang jenis spring-foam.



kalau ade bahan lebih dari lasagna tu, boleh la sambung buat spaghetti bolognese pulak. tekak ni teringin la pulak. da lama tak makan. hopefully menjadi la. kalau tak sia-sia je cuti ni. lagipun, kan da besaq gedabaq, haruss la belajaq masak kan. ini tak, tiap hari makan nasi bungkuih je laaa. bosaaaaan.



hahahhaa. okay baii. thanksss sudi bace luahan dari perut yang laparrrr sesangat ni. p/s: pagi tadi makan maggi goreng kedai mamak. naik tangge turun tangge. dah start lapar balikk. dasar tank besarrr.. ishhh3



EDC hotel, protocol and etiquette


assalamamualaikum.



selama ni aku ingat kursus protokol and etiquette tersangatla membosankan. dari sem 1 aku dok dengar pasal kursus protokol ni. dah la kena bayar mahal-mahal, pastu bosan pulak tu. memang tersangatlah tak berbaloi. itu kata orang-orang la.



bagi aku pulak, selepas setengah hari attend kursus tu kat EDC HOTEL UUM hari sabtu lepas, aku boleh consider yang course ni sangat sangat interesting sebenarnya. maybe depends kat orang yang bagi talk tu jugak kott. time aku pegi hari tu, puan suzainni yang in-charged. so sangat besttt. kenyang dan banyak input. makanan pun sedappp. Errr, walaupun biase-biase jeerrr.




EDC UUM. terletak antara uum dengan changlun.




laparrrr. urmmm, makanan tak serve lagi




appetizer. bun and butter jeee




next, soup... creamy sangatt. prefer mushroom soup kat pizza hut.




main course. chicken chopp.nampak je sikit. lepas makan memang tak larat nak bangun.
p/s: baru tau cara yang betul untuk makan coleslaw.




finally dessert. brownies + ice cream. prefer vanilla flavour, match with bitter brownies.





and last.....







licin licau. sebab kebulur sebab sedap. dan jugak sebab kebuluq..




hehe. tu je yang nak di share kali ni. nama pun iluvfoodsomuch kan. harusss la story pasal makanan. thankss sebab sudi baca luahan perut yang kenyang ni. peaceeeee!






Sunday, 14 October 2012

hati terase nak ke overseas..


assalammualaikum



hai hai hai.. ni hao ma? da lama giler kot aku tak mengupdate blog aku yang tah pape ni. walaupun tah pape, at least sebulan sekali wajiblaa diupdatekan. ni tidak, dah dekat 5 bulan jugak aku ignore belog ni. kalau orang pregnant, 5 bulan da besarrrr gedabakkk kott perot tu.. dah macam orang tertelan tong gas kan. 



fyi, aku sekarang dah masuk sem 5. yeayyy. and so far so good, means belum ade repeat-repeat lagi setakat ni. alhamdulillahhh. ye la kan, program aku bukan macam budak engine punye program.. sebab tu boleh terselamat je tiap sem. tapi nak kate senang, takde la senang sangat pun. maybe aku ni termasuk dalam golongan bernasib baik kott. maybe la kot, maybeee.. sebabnyee selalu je sipi-sipi nak repeat. LOLzz



and-and, disebabkan program aku ni takde la nak tough sangat kott, jadi aku selalu tak serius, selalu play-play. selalu berangan sana-sini. kadang-kadang time weekdays, aku bole pulak tuang class pastu balik selangor. padahal dulu-dulu aku skema yang terover. nak ponteng pun takut. tapi sebenarnye tadek ape yang nak dirisaukan punn, sebab member aku bole tolong cover.. hehe. thankss kawansss!!



tapi sebab rutin aku selama 2 tahun ni asyik berulang je, so aku macam nak buat somethings new tau. macam pegi holidayyy kat overseas ke.. boleh tak?? sape nak temankan aku? sebab last sem da pegi langkawi, jadi niat aku melencong ke seberang pulak sem ni. bukan ape, even langkawi tu dekat je tapi pehhhh transport nak ke sana bapak mahal kottt. pakcik-pakcik teksi semua cekik darah tahap gaban. jadiknye, kalau nak pegi yang jauh lagi la mahal kan. lain la kalau transpot sendirik.. part transport tu je la aku malas nak pikir. tapi kalau expenses yang lain tu, insyaallah berehhh..



tapi aku takde la over sangat sampai nak ke Europe bagai. target aku just nak round yang Asia dulu. nanti dah keje ke, dah kawen ke, baru pikir yang Europe pulak nanti. eh, kawen?? opssss, tettttt.. tapi aku yang first timer ni kalau nak ke overseas, mestila kena ade yang guided. sebab tak penah lagi kan. insyaallah, kalau dah pandai, sorang-sorang pun aku tak kisah. keh-keh-keh. ayat kerek da keluar. tengok-tengok ade yang nangis dalam flight kang. hahaha. 


jom berangan sesama :)



ni baru namenye student. pi mana-mana pun buku still tak lepas. aku? memang tak la.. tapi kalau novel, maybeee kott.. heee~




bandung pun okey lagii. 




USS pun aku teringin nak pi gakk. jom, jom! heee~




krabi thailand pun best gakk.. berangan je la yang mampu :)




penat jugak bermimpi di siang hari ni. so aku nak save bende-bende ni untuk mimpi malam hari pulak. sekarang nak hadap alam realiti yang selalu buat aku pressure. kerja yang tak penah habis. bagi aku kerja tu boleh sebijik macam sayur mayur yang berlonggok-longgok kat pasar. belum lagi habis yang lama, terus tambah yang lagi baru.


tu je, okbai.. thanks sebab sudi baca and blogwalking kat blog ni... hehe. next entry pasal project utk cuti midsem a.k.a cuti eid adha pulak ye. stay tuneee. have a nice dayyy. muahhahahhaha




Wednesday, 27 June 2012

hari-hari akhir semester 4


assalammualaikum


dah dekat seminggu aku terase-rase macam nak update blog usang aku ni. tapi bila nak tulis post baru, ade aje aral yang melintang. ececececeh. contohnya, ada orang ajak keluar la, pastu tetiba mengantuk la. pastu malas pun ada. tapi since 2-3 hari yang lepas wireless tempat aku ni tersangatlah hampeh. pastu terdengar rumours, katenya line takkan okey sampai hujung semester ni sebab staf kat ofis tu da tutup dah semua suis. so, aku time tu dah runsing giler. dah la aku ni kaki layan tonton. maklumla, semester ni pun tinggal berapa hari je lagi kan.



demi mengingatkan yang lagi sehari hari je aku bakal menamatkan semester ke-4 aku, so aku rase macam wajib jugakla update entry bebanyak. buat draf. pastu kat rumah nanti aku cuma kena publish je. senang. sebab sesungguhnya orang lain cuti duduk goyang kaki kat rumah, aku ni pulak umpama bibik yang diimport dari kedah. teruk ohh. mengeksploitasi kewujudan aku kat rumah. tapi aku seronokkk. ni statement pelik tapi benar.



actually, before aku balik selangor, aku dah berniat nak ronda-ronda negeri lain kat mesia ni dulu. cer teka aku nak lepak mana??? cehh, soalan suspen macam nak mintak pelempang je kan. padahal nak pegi perak je pun. aku ni kecoh je lebihhh. saje nak cuti-cuti mesia. pastu bukan nak pegi melancong pun. setakat nak hirup udara kat tempat orang je. and tempat tu adalah manjung. dah alang-alang pegi situ, nanti aku dah plan nak merempit dengan budak hud ke lumut. apa yang ada kat belah-belah situ eh?? itu yang aku tak tau...



maka disebabkan last two weeks aku baru je balik selangor. so, sebab tu la kot mak aku pun macam okey je aku balik lambat. asalkan pandai jaga diri and tak mintak duit belanja . tapi betul jugak, aku sebagai manusia yang dah berumuq 22tahun 2bulan 21hari memangla kena wajib pandai jaga diri sendiri and berdikari. takkanla nak pegi memane nak berhantar and berjemput kan. tak independent and otomatically tak cool la kan..ahakkks =') 



tak sabau nak bercuti panjang. nak berpuasa. pastu raya. pastu kumpul duit raya. yeayyy. part duit raya tu yang paling best. hahaha. baju raya pun dah siap beli 3 pasang. pasni nak beli lagi seploh pasang. kahkahkah. kemain lagi baju nak berbelas pasang kan. bajet retisss gituew. padahal bukan kemane sangat punnnn. okey la. semoge cuti kali ni lagi best and happenning. aminnnnnn~ 







okey. bye2 semester 4.. hikhikhik.


Monday, 25 June 2012

cheesy bites steak pizza.. marvellous!


assalammualaikum






sebab tak sabar nak bagitau content entry aku, makanya awal-awal lagi dah tempek poster pizza hut yang dah tak berape nak baru ni.. ececececceh. nak kate aku dah makan pizza baru la ni kan?? ya betulll. sedap uolls. makan jejari tepi tu pon dah boleh bikin perut terasa puas and kenyang. apatah lagi makan yang centre tu kan.. hik3. ( ketawa gedik).



ni story masa balik selangor yang seminggu tu la. teringin sangat nak makan la konon-kononnya. maka, aku pon paksa la fariha bawak aku ke situ. almaklumla, i kan belum ade kete sendirik, makanya harusla berhantar berjemput. nak bawak kereta depa tu, depa takut aku jahanamkan kereta depa pulak kan. makanya dengan penuh rasa paksarela, fariha bawak aku ke pizza hut setia alam. take away je pun..




ni la namanye orang tak reti nak sabar. kengkonon nak makan kat rumah, tapi belum pun sampai kitprang dah bedal jejari dia. tu yang nampak rongak semacam tu.




ni aku amek yang chicken steak. padahal sebenarnya aku nak order yang beef steak. orang yang on-duty kat kaunter tu la. tak tanya pon kita nak flavour apa. tengok-tengok dia dah bawak masuk order kat dapur. bila aku tanya balik lepas tu, boleh pulak buat tak tau. cisciscisssss. tak tahu ke customer should be treated like a king?? huhhhh!! geram jee. part service aku bagi 0.1 bintang je. dah la slowesttt. tapi yang chicken pun sedap jugak sebenarnya.. nasib baik sedappp.




aku amek set hari tu. so ada 2 bowls of soup-of-the-day. and garlic bread.




pehhhhh. sampai sekarang terasa-rasa kenikmatan and kesedapan pizza ni. nyum nyum nyum. sedap sangat. part rasa dia, aku bagi seploh bintang. kahkahkah. mentang-mentang pizza tu memang pavret, boleh la kata sedap terlampau. cer bagi mak aku makan, kompem-kompem dia bagi 0.5 bintang je... layannn. hehe~




ok. tu je bedtime story untuk hari ni ye adik-adik. kita jumpa di hari dan diwaktu yang sama tahun depan kat  iluvfoodsomuch.blogspot.com ye.. hehhe. okayy bai. wassalammm







tips: khas untuk manusia yang susah nak tidur


assalammualaikum.. !


hai semua.. lately sejak2 assignment da makin berkurangan ni, mata ni macam susah giler nak tido. kadang2 pukul 2 pagi pun still berjaga lagi. padahal bukan ada keje pun. dulu mase banyak gile keje, asal pukul 11 je da menguap2 macam da dua hari tak tido. mata ni tak reti nak paham tuan dia kan?.

anyway aku dengan secara tetibenya dapat some ideas yang mungkin dapat dipraktikkan in case situasi di atas berlaku kepada korang jugak.. idea aku ni mungkin bagi korang idea yang agak lapuk. tapi seriusly sangat berkesan kat aku.

well. maybe best step kalau korang susah sangat nak tidur ialah:

1) BACA BUKU






2) BUAT NOTA and DO A REVISION








3) TENGOK TV (cerita yang agak-agak bosan sikit)






4) DENGAR LAGU YANG SLOW







5) KIRA BIRI_BIRI @ KAMBING kot








well, kalau tanya aku, kalau aku tak boleh tido kompem aku buat style yang nombor 4 tu. kompem terlelap. cara paling simple dan berkesan bagi aku. tapi paling aku tak penah buat adalah yang last nombor 5 tu. aku macam kompius la camne nak praktikkan cara ni. sebabnya dah biri-biri tu takde depan mata, macam mana nak kira kan.. ke korang penah buat?? berkesan kah?? takpe la nex-nex time je la aku try test.. hehe.



ok. bai.. nite. wassalam..



p/s:  entry ni da jadi draf sejak dari tengah-tengah sem hari tu. so macam dah out-dated jugak la..padahal sekarang dah hujung sem dahh..



bila otak tengah gila


assalammualaikum



itu hari, masa nak exam ape entah hari tu, aku dengan fara hudhud tengah-tengah malam dengan tengah-tengah lapar yang teramat decide la nak masak maggi. tapi terasa macam nak makan maggi telur yang dibuat sendirik, means bukan yang buatan kedai la. so, kitorang pun pegi la kafe nak beli telur sebijik and ais kosong doploh sen.. ni kengkonon kalau makan-makan boleh la kurang sikit ngantuk and bole la study sampai ke subuh. tapi last-last lepas habis sesi makan-makan, dua-dua terus terlelap. aisehhh. 


ehh, berbalik kepada story asal aku tadi, pas beli telur tadi dengan penuh excited si hudhud ni pegi la masak air dalam heater. aku pulak buat coffemix ais. hudhud plan nak masak maggi dalam heater. maklum la kitorang kan skema sikit. mane la bawak rice cooker semua tu kan. tapi for sure, tang buat maggi serah aje kat budak hudhud ni. kompem sedapp. lepas bubuh maggi, pastu telur yang sebijik tu. maggi telur pun siap. tadaaaaaa~




instant noodles with egg in progress




tadaaa~ maggi telur siap untuk dihidangkan dan dibelasah oleh dua makhluk kebulur.



sebenarnya tak la gempak mane pun cara aku ni. cuma rasa bosan la makan maggi tuang air panas pastu tutup sampai dua minit. pastu makan dengan gelojoh.. terasa nak makan maggi style lain je. tambah protein sikit. barula cukup khasiat kan. sedap pun sedap... tapi cume tang nak basuh heater tu yang macam payah sikit. jenuh nak membasuh. nak bagi hilang bau maggi kari kat heater tu. karang dibuatnya basuh ala kadar, esoknya ada la orang minum teh perasa maggi kari kan.. takmo takmo...tak penahnya dibuat orang.



haha. tu je nak share. nex time aku share benda lain pulak..ok bai. adioss sayonara... wassalammmm