advertising purpose...CLICK ON THIS!

Monday, 25 June 2012

MYFC?? best ke?


assalammualaikum



last week lepas je habis exam statistics, aku dengan mek klate pi changlun sat. dengan niat sebenarnya cuma nak pi beli beg besau saiz xxxL je untuk pack barang sebab kena simpan kat pantry nuu. tapi akibat penangan perut yang agak lapar, tau-tau je dah tersinggah kat MYFC ni. kebetulan time tu tekak ni terasa-rase macam nak makan fast food pulak. ngade tau tekak aku ni. haihh =')



actually, kitorang tak penah lagi makan kat situ. padahal sejak turun temurun memang restoran tu memang dah sedia ada kat situ. maklumla, students semua lagi prefer makan kat fast food yang lain. macam kat changlun ni, kalau bab-bab fast food, marrybrown dengan kfc je la jawabnye.. mcd, pizza memang dalam mimpi je la kalau nak dapat. kalau nak jugak, pi la merayau ke jitra dengan alor setar, baru la dapat hawaiian chicken, takpun doublecheese burger..




so, myfc ni kalau sekali tengok macam ada tiru-tiru kepsi sikit. nama pun dah dekat-dekat kan. myfc vs kfc. tak ke dah nak sama tu?? pastu menu dia okey la. tak la sama sangat dengan kfc tu. aku tengok myfc ni ada mushroom soup, pizza, pastu macam-macam jenis burger la. macam bbq burger, blackpepper burger, satay burger. blackpepper rice pun ade. tapi aku tak penah try lagi.








hari tu aku order satu set blackpepper burger. kalau amek ikut set, macam biasalah ada air and french fries. kira okey la tu kan. mek klate pulak makan set hot dog. dia kate sedap. burger aku pun boleh tahan sedap la. daging ayam dia besar gabak gila. jenuh jugak nak perabih sensorang. nasib ada mek klate tolong habiskan. tapi seriusly burger tu memang sedap. ayam dia rasa macam ayam chicken chop. lembut je.. nyom nyom nyom. sedappp. tapi tapi tapi. semalam aku ada pi myfc ni lagi. nak try crispy pizza dia. sangat tak digalakkan okey korang order pizza ni. tersangatlah tak boleh diterima oleh tekak aku ni. keras nak mampus. macam makan batu. memang dah takde rase roti dah. agaknya kalau nama crispy memang kena keras sekeras-kerasnya ekk??




kemain licin pinggan cik mek klate kitee. sedap sangat ler tuuuu~
sekelip mata je tengok-tengok da licin uolls...





ni la blackpepper burger aku with budak selekeh.





boleh la buat stok kenyangkan perut yang dah berlagu riang..




selain tu, bagi aku myfc ni best la jugak sebab harga dia semua da include tax. sama macam marrybrown jugak la. kiranya harga yang terpamer kat menu tu takde kos yang tersembunyik. tak payah la susah-susah kira bape tax dia semua. and tak payah nak takut-takut tak cukup duit bila nak bayar nanti. lagi satu, bagi aku harga makanan kat sini kompem lagi murah banding fast food yang lain. try laaa yek.. hehe




okey la, nak pack barang sikit. bai bai.. ouh2, sebelum terlupa. itu hari lepas aku keluar myfc, aku jumpa angry bird yang sangat comels and sedap uolls. jumpa kat gerai makcik cucuk-cucuk.. ehehehhe.




amacam, comel tak depa ni semua?? comels dan sedap lagi..



Tuesday, 19 June 2012

bebudak nakal yang dirindu =)



assalammualaikum


sekarang aku macam dah malas dah nak update belog yang langsung tak seberape ni. dulu excited kemain, tiap dua hari aku update. sekarang, sengaja buat-buat lupa aku ada blogspot. :)


hari ni pon malas. so aku buat shortest entry je hari ni. 4 gambar geng-geng aku kat rumah. aku sebenarnya memang takde geng sangat kat rumah sekarang ni. sebab semuanya dah tak single. so aku carik geng yang single-single je.. syahdu tak cerita aku ni?.




hadoi.. gambar tak jadi pulak. tangan parkinson sape la yang snap gambar kan..
dari kiri: (farha si pembuli, si sweet naurah, si sepet afaf)




gambar versi buruk yang tak blurr pulak.
alahai olympusss~




tu diaaaa, kemain lagi gambar ni nak blurr2. 
alahaiiii, si afaf yang tak mesra kamera.




si biru afaf.. tercerewet di dunia.



time aku kat bumi sintok ni, memang la rinduw teramat kat depa. karang aku balik, rase macam nak gila layan diorang. perangai tu kalau sopan santun takpe la jugak. ni dah macam makhluk dalam zoo dah aku tengok. tapi kalau duduk senyap, diam tak gerak-gerak tengok tv nuuu, lagi la aku heran. dah namanye bebudak, gituewla stylenye.. 



akhirnye ter'update gak belog ni. sekian terima kasih. muehehehhehe~

Sunday, 3 June 2012

gumbira. tak suka. kemalasan teramat.


assalammualaikum everyone.


tak tahu nak ucap good night or good morning sekarang ni. jam tunjuk pukul 11.59. lagi seminit da nak masuk 3 jun 2012. cepat je masa berlalu.. padahal aku sendirik yang tak pandai hargai masa. aku tak tau la ape aku buat sepanjang sem ni. tengok-tengok da hujung semester. sekarang tengah musim exam. T_T. honestly, aku tak tau harus suka atau tak musim exam ni. bercampur baur...
first aku happy sebab kelas dah habis. so, jadual takde la pack sangat macam bedak compact yang sangat padat tu. then aku happy sebab dah nak naik semester 5. yeayy. means that almost graduated. yeayyy again. lagi satu, antara subjects yang aku ambik, banyak la jugak gap sementara nak tunggu paper seterusnya. so, aku decide untuk pulang ke kampong dong.. terasa hampir dua bulan jugak tak balik ni. sobss sobss..



second things, aku ade la rase macam tak suka sikit bila musim exam muncul. sebab utama macam-macam perasaan timbul time-time camni. nervous, gerun, pastu tak cukup tido, gelabah, jealous bila tengok orang lain takde paper. semuanya buat aku unhappy. then bila unhappy, selera makan bertambah-tambah. pastu macam lagi tambah stress. (macam la selera makan aku pernah tak bertambah kan =p)



third, perasaaan kemalasan yang melampau dan keterlaluan. ahh, aku rasa hidup aku di kala exam sangat tak normal kot. mata panda, padahal bukan study sangat pun. aku rasa time aku study masa tak exam lagi effective kot. cepat je otak ni tangkap sikit. masa exam ni, baca buku punya la lama. tapi yang betul-betul masuk otak sebenarnya ciput jee. tu la, orang kata, kalau tak ikhlas memang jadik camtu. kan betul dah jadik kat aku.. kesimpulannya kenalah ikhlas selalu.. weeekkks.



well, orang kata jangan study untuk exam, study la dengan niat nak tuntut ilmu. beribu kali aku try tanam hasrat camtu dalam hati. tapi semua hancur lebur. tu la yang aku kata, nampak sangat tak ikhlas. ilmu pun susah nak lekat.dah la susah nak lekat, pastu kalau terlekat pun sekejap je. sebab tu aku study last menit. pas study terus curah ilmu kat exam paper. pastu ilmu pun hilang... camtu la yang jadi setiap kali exam.. hmmmm.



ok la. nak tido. esok bangun nak study.. hahaha. bye bye. wassalam!


Monday, 28 May 2012

what's your flavour?


assalammualaikum


sape ni suka makan mcdonald's sundae macam aku? aku bukan setakat suka, dah macam addicted pun ada. kalau menapak kat mcd, dah tak boleh dah order mende lain. msti kena ade sundae gak. tapi biasenya makan double cheeseburger set plus sundae je.tu pun macam nak meletop perut  ni sebab kenyang sangat. tak kisah la sundae perisa ape pon, yang penting wajib ada satu sundae. =')



double cheese and sweet caramel sundae




dulu aku paling suka makan sundae chocolate. tapi sekarang dah ubah angin. rasa macam lagi prefer yang strawberry tu. sedap, masam-masam manis gitu. sesuai la dengan tekak aku ni. biasanya memang ada dua flavour tu je. tapi untuk masa yang terhad ni, ada extra satu lagi flavour untuk korang pilih. which is sweet caramel. tak tahu la ada lagi ke tak kat mcd nuu, sebab offer yang caramel ni macam da lama jugak laa. fuhhh, naseb baik aku sempat rasa itu hari.. sedapp. but too sweet kot for me. strawberry jugak paling sedap. yummy!




sekali lagi double cheese. tapi dengan favret strawberry sundae




nak dijadikan cerita, i had my first sundae in 2007. masa tu aku balik dari kelas tuisyen. biasela kan, kalau bebudak pergi tuisyen mestila merayau-rayau dulu sebelum balik. tak melepak, tak nampak macam remaja la kan? ^__^. then, time tu la member aku sorang ni (teahh) belanja aku sundae chocolate. sejak tu pantang jumpa mcd, mesti kena beli satu. unless time tu tengah pokai takpun tengah kenyang giler. time tu niat nak makan sundae akan terbatal dengan sendiriknyaaaa. muehehehhehe... so, thanks to teahh sebab introduce aku dengan sundae ni.




marvellousssssssss.




walaupon aku tahu yang bahawasanya, kat mcd ada banyak lagi desserts and beverages yang lain, macam variety flavours of mc'flurry (terbaru horlicks crunch) , chocotop, flavor twist, milk shake, and etc,.. aku akan tetap setia dengan dengan sundae. sebab sedapppppss. 




yang caramel ni ade lagi ke eh kat mcd? aku pun tak sure..




IN CONCLUSION, I'M A HARDCORE FAN of MCD's SUNDAE. ahaaksssss




sekian terima kasih. ok baiii. thanks sudi baca this post =')


they are priceless :)


assalammualaikum



today aku nak story pasal barang-barang yang agak bernilai bagi aku. kirenya bagi aku, benda-benda tu semua ada sentimental value yang agak tinggi jugak la. tak bole suka-suka jual, tak bole suka-suka buang. pendek cerita, diorang (walaupun bukan orang) sangat priceless.. tak terharga... nak tahu barang apa? let's check it out yowww!



my hand watch. from my abah.. thanks abah.
walaupun takde la mahal sangat, tapi aku sayang giler jam ni. =')




 handset sony from my sis, fariha
beli handset ni 2008 kot. sampai sekarang still okay lagi. dah berjasa kat aku almost 4 tahun jugakla. 
sayang nak tukar yang baru.




 lappy from my sis, fariha
aku start guna lappy ni since old lappy aku kne curik dua sem lepas. sayang giler lappy ni.
 tak tahu la ape jadi kalau lappy ni takde. sebab dah berjase banyak sangat.




ni bears from my 'bestfriend everrr'
belah kiri name dia farah. belah kanan name dia chipmunk. =)
hello farah, hello chipmunk!




ni bantal pooh and cute small bear from cik syeri
present for my birthday last year..thankss




keychain 4 april from sasa and suhaila for my birthday 4 years ago.
keychain I love U from fariha 3 years ago.




bantal nightmare before christmas from my sis, nazrah  
masa mula-mula beli comel gile, sekarang dah banyak peta dah. sebab dah buat bantal busuk. muehehehehe




olympus VG-120 aku
my first pocket camera. so sayang gilerr la.



sebenarnye banyak lagi barang yang priceless bagi aku. unfortunately, takde pictures of them la pulak. kalau nak buat list memang sampai esok pon tak habis mention. kesimpulannya banyak giler barang tu semua. contohnya camni:


  1. bantal mr bean - mr. zack ikmal bagi
  2. black diary - from cik awin 8 years ago.. form 2 kot.
  3. baju t-shirts cute - from  izzati and mek ain for my birthday last year.
  4. pink shawl - from miss hudhud for my last birthday
  5. pooh clock - from bebudak dorm fatimah az zahra mase form 2.
  6. buku zikir lepas solat, handkerchief, sabun berukir bunga + bebola bunga kaca - from mr.ex.
  7. cream scaft - miss suhaila
  8. a lovely drawing - from mr. apiss
  9. pinky bear keychain + loket jade - from budak paiz
  10. sarung bantal pink masa form 1 - penuh dengan autograph and wishes 'ikhlas' kengkawan
  11. potret karikatur of mine - from teahh
  12. etc... sebab banyak sangat benda priceless kat dalam almari. hehehe... 


kesimpulannya, segala barang or hadiah yang orang bagi kat aku semuanya ade sentimental value yang tersendiri bagi aku. rase sayang sangat nak buang. sampai sanggup mampatkan almari, daripada buang bebarang tu semua. see, how much i appreciate all these thingsss.. so, in conclusion, bagi la hadiah banyak-banyak kat aku. kompem aku hargai sesangat and takkan buang mende tu.. huhuh0oooo..


ok la. tu je kot. k bye.. wassalam.. zZzzzZzzz. ngantukss


Saturday, 26 May 2012

don't merungut people


assalammualaikum


dah lame sangat rasenye aku tak mengupdate belog aku yang entah pape ni. seingat aku, post terakhir aku itu hari adalah pasal abang chik kan? abaikan je lah pasal bang chik yang merapu meraban tu. time tu kan aku macam ter'poyo sikit, tu yang ter'post tu. so people, sekarang aku dah jadik normal balik dah. (^^) mueheheheheh..


jam aku sekarang tunjuk pukul 11.54pm. kalau aku post entry time-time memalam camni, maksudnye ade la bende aku nak merepek-repek ni. tapi masalahnye, nak merepek pon takde tajuk ni. adehh. tapi bila mengenang hari2 terakhir untuk semester ni, aku dapatla tajuk kat atas nun, which is 'jangan merungut'.. and yess. aku sangat pantang dengan orang yang suka merungut tanpa sebab musabab yang kukuh.. *tu diaaa, zaman sekarang nak merungut pun kena ade sebab yang kukuh, barulah rungutan korang diterima oleh aku*.hahahha


camni lah contoh rungutan yang unacceptable yang aku terpaksa dengar tiap hari, tambah-tambah pulak kalau time tu aku tengah depressed or stress, memang tindak balas refleks aku camni la jawabnye..



RUNGUTAN (i);
alaaa, kawan ajak keluar shopping, tengok wayang, tapi poket dah kering pulak.. cemane ni? stress2.


then aku pun respon camni;
takpe la, next time awal sem tu save la sikit. jangan boros sangat.


padahal dalam hati aku, syaitan berbisik suruh cakap camni (nauzubillah);
padan la dengan muka kau, tak dapat enjoy. tu la sebok shopping sane sini awal sem. berlagak macam shopping kompleks tu bapak engkau yang punye kan. nahh, sekarang kau duduk la senyap2 dalam bilik tu makan biskut kering cicah air kopi je. dah, aku nak pegi makan pizza hut ni ok bye. huh!





RUNGUTAN (ii)
alaa, nak balik kampung.. tapi banyak asignment tak siap lagi ni. nak buat sekarang, tapi tak tahu cemane nak buat. hari tu mase lecturer tunjuk cara, aku tak datang kelass..


respon aku;
takpe la, siapkan la dulu asignment tu. kalau tak tau, tanye la member2 class. kalau dah siap, esok luse kan boleh balik. kalau tak sempat jugak, nanti gap banyak mase exam kan boleh la balik. 


respon reflek hati aku tanpa perasaan (nauzubillah);
tu laaa, sape suruh buat asignment last menit. ade class tau nak ponteng je. orang sebok pegi class, kau sebok pegi dating la, shopping la. naseb kau la kan kalau tak dapat balik. dulu tak dapat masuk U, sebok merayu2. dah dapat masuk U, main tuang2 class pulak. ni la budak zaman sekarang. pandai buat, pandai tanggung la. laa ni, kau duduk la kat hostel ni sorang-sorang time study week ni. dah, jangan kacau aku, aku nak pack barang ni. (sambil tayang tiket balik kampung) muehehehehe.




that's why la aku tak boleh la kalau orang merungut pasal benda-benda yang disebabkan kesilapan sendiri ni. rase macam mulut dengan hati ni bakal cakap benda yang mengundang penampar je nanti sebab sakitkan hati orang lain kan. lagipun aku ni bukanlah orang yang selalu ade belas kasihan sangat. kadang-kadang main cakap lepas je. tang cakap lepas tu yang kadang-kadang buat aku menyesal teramat. habis hilang kawan la, kawan kecik hati la... haishh, mintak dijauhkan.


lagipun, bukan ke merungut tu perbuatan tak elok dan langsung dan sangatlah tak digalakkan. sebabnya, ia macam pertikaikan takdir tuhan kan. contohnya, kalau ada orang tu merungut sebab hidup susah. pastu merungut pasal benda yang dah jadi, contoh paling faymes andaikata orang cakap perkataan KALAU, "kalaulah hari tu, aku buat camtu.........", "kalaulah masa tu, aku tak buat macam ni ...............". bukan ke tu namenye pertikaikan takdir tuhan?? so, sebaiknya kalau apa-apa terjadi pada kita, kita sabar dan redha je. sebab bak kata kawan lama aku dulu, yang baik tu semuanya datang dari ALLAH, dan yang buruk tu datang dari diri kita sendiri. so, terima je la semua benda dengan hati terbuka okey..


eh, macam islamik la pulak post aku kali ni kan. tapi apa yang aku bebel kat atas ni semuanya dari hati aku la.. tak tau la pulak kalau korang rasa salah kan? anyway, renung-renungkan dan selamat beramal..heee~ gudniteee people.. okeyy bye.


Monday, 7 May 2012

abang chik


assalammualaikum


korang tau tak, bahawasanya hidup kat kolej atau universiti sangat sunyi bila kita takde member. dah la family pon jauh kat kampong nun. yang kita ada cuma member-member je. dah macam keluarga. member aku siap prepare nickname lagi untuk FFL (friends for life) dia. ala-ala macam family la. along, angah, achik and adik. and tetiba aku jadi achik. pelik jugak la tetiba ada nama panggilan baru. selame ni diorang kan dok panggil aku 'nad'. tapi aku layan kan jee. member aku tu pon anak tunggal, sebab tu la kot terase nak ada siblings. lagipon kitorang takde hal pun kalau dia nak panggil cenggitu.. ^__^



dari kiri: rosmarina, syerida, aku, dayah



ida (along), ina (angah), dayah (adik)




diorang bertiga asal kelantan. aku sorang je selangor. tapi okey je. diorang takde la sisihkan aku. dulu aku macam risau giler nak kawan dengan budak kelantan. sebab kengkawan aku semua cakap bebudak klate ni macam sombong sikit. pastu macam tak geng dengan negeri lain. tapi aku rase diorang okey je. lain tempat, lain cara kot. tapi sebabkan U aku memang kat utara kan, so memang tak boleh lari dari kawan dengan budak utara dengan pantai timur. sebab diorang golongan majoriti kat sini. buktinya, asal pegi memane je. for sure akan ade insan-insan berloghat timur + utara, even dalam toilet. =')


nak dijadikan citer, si along ni dah ade abang long. means ehem-ehem die laa. tapi tak tau nak kategorikan apa. sebab diorang tak kapel, diorang teman tapi mesra je. tapi kitorang panggil that boy, 'abang long'. wah, terasa macam ada abang ipar la pulak. tapi abang long dengan kitorang okey je. kiranye, kalau diorang menjadi, kitorang restu je relationship diorang.. hehe



wish you happily ever after.. =')



adik (dayah) pon dah ade bf jugak tapi takde gambar, so tak boleh nak matching-kan. tak tahu nak panggil pakwe dia apa . maybe adik su, nope! abe su kot.. sebab dia lagi tua dari kitorang semua. lainla abang long tu, nak panggil ape pon boleh sebab sama umor. pastu turn angah pulak, tapi angah belum ada calon. so, skip dulu. pastu giliran aku pulak, hahaha. 





siapalah yang bakal jadi abang chik tu kan. hahaha. actually aku dah ade dah calonnya, tapi entahla. tak tahu nak cakap camane. aku cuma bahasakan diri abang chik je kat diorang. nama sebenar dirahsiakan. malu la nak kecoh-kecoh pasal benda ni. even empunya diri pun tak tahu aku gelarkan dia abang chik. kang kalau dia tahu, aku tak tahu nak nyorok muka kat mana. so far kitorang kawan-kawan je. kadang-kadang dia macam bagi hint, tapi aku tak sure la. then, aku pun buatla macam biasa-biasa je. gaduh macam biasa.. tapi aku harap sem depan application dia nak masuk uum diterima. nama sebenar dirahsiakan, sebab aku malu gila kalau dia tau.. lagipun si budak along tu bukan boleh pecaye sangat, karang di'search'nya nama abang chik tu kat friendlist aku, abes kantoi. lagi parah lagi kalau dia bagitau yang aku panggil dia abang chik..aisehhh...


gitu la alkisahnya pasal abang chik tu. tu sebab tajuk entry ni 'abang chik'. intro lain, ending lain. tah pape tah kan. ahhh, tak kisah la semua tu. yang penting aku, dia, mereka dan korang yang bace tu bahagia. haha bengong. ehh, panjang umor orang tu, baru cakap pasal dia, dia da call. ok baii..nak jawab abang chik call ni. haha. by the way, happy monday everyone..